Tuesday, January 31, 2012

AYAT-AYAT SYIFA'


uikss??

hari tu, aku ade dengar satu ceramah ni. ade sorang ustaz ni cakap, terdapat beberapa ayat dalam Al-Quran ini yang di gelar Ayat Syifa iaitu bermaksud ayat yang boleh di amalkan sebagai rawatan alternatif untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. kalau kite istiqamah mengamalkan ayat-ayat tersebut, waima cancer sekali pun, dapat dipulihkan dengan izin Allah S.W.T. lepas tu, aku pun google dan rupe-rupenye ade ayat lain lagi selain 2 ayat yang ustaz tu bagitaw. 

ulama'-ulama' telah menyusun ayat-ayat dari Al-Quran yang mempunyai tenaga penyembuh iaitu gabungan dari ayat-ayat yang terdapat dalam surah At-Taubah ayat 14-15, surah Yunus ayat 57, surah An Nahl ayat 69, surah Al-Isra' ayat 82, surah Asy Syu'ara ayat 78-80 dan surah Hamim Sajadah ayat 44.

kesemua ayat-ayat Syifa' diatas boleh diamalkan dengan merujuk kaedah-kaedah seperti di sini.

selain itu, kite jugak boleh amalkan selawat syifa, sebagai selawat harian kita. basahkan bibir kite dengan selawat. boleh kan?



dalam hidup ni, tak kirelah seberat mana penyakit yang menimpa kite, kite janganlah sesekali berputus asa untuk melawan penyakit tersebut. selagi kite masih di izinkan olehNya untuk bernafas, selagi itulah kite kene terus berjuang, berikhtiar untuk mencari jalan dalam mengharungi kesakitan yang ingin di uji oleh Allah S.W.T. perjuangan kite tak kan berhenti, hinggalah ke hembusan nafas yang terakhir. berdoa itu juga satu usaha dan berserahlah kepadaNya jika kite dah puas berusaha. at least, berusaha kan? daripada dok atas katil menyesali takdir yang telah ditentukan kepada kite. kan?


[ked's skecthing]

Sunday, January 29, 2012

SPAM COMMENT? APEKAH?


uikss??

anak dolphin melompat-lompat
melompat-lompat di tanjung rambutan
saye blogger baru nak dapat
ni tak taw, tolong tunjukkan
hewhewhew


beb! serius aku nak tanye ni. tadi, aku bukak la comments aku kan. pastu, aku baru pasan, kat sebelah publish tu, ade part spam. aku tengok ade 2. aku pon view la. rupe-rupenye, ade komen-komen yang di kategorikan sebagai spam sebelum ni. oh mann! nape ek jadi camtu? kenape komen-komen tersebut tak di publish teros je. aku tengok, sume tu takde la letak link pape pon. oh, baru kusedari. makin noob rupenye aku dalam bidang blogging ni ye kawan-kawan. sobsobsob.


see? tu lah komen-komen tersebut. why aa? ade sesape leh explain kat aku camne spam ni terjadi. hukhukhuk


" tunjuk ajarku sifuuu"

[ked's sketching]

Saturday, January 28, 2012

KISAH SI ANAS : ANAS RABUN!!


uikss??

happy saturday peeps! dah lame kan aku tak post pasal adik bongsu bertuah aku, si anas ni hah. anas cam bese la. sifat lurus teramat die tu selalu memeriahkan keluarga kami. dan baru-baru ni, aku terkejut bile ibu kate, anas dah rabun!


rabun? oh tidakkkkk! anas mude lagi. tak masuk pon 10 tahun lagi. takkan dah rabun dah? lam adik beradik kitorang, aku ngan de aku je yang rabun. tu pon mase dah masuk skolah menengah. ni anas? tak dapat aku imagine la camne.

ibu start discover pon mase cikgu skolah anas la yang cakap kat die. cikgu tu kate, anas ni bile nak salin something kat papan hitam, mesti die ke depan. so, cikgu die assume yang die ni tak nampak la.

then, petang semalam kitorang bawak la anas gi kedai spec. check mate die. and, surprisingly, anas memang rabun. nak taw power die berape? kanan 100, silau 50. kiri 175! banyak giler! dah same ngan power spec aku dah anas ooi!


kompem da la anas kena pakai spec pasni. huhu. aishh. anas, anas. alangkan beg skolah die pon letak merate, pastu cari-cari pon tak jumpe, ni pulak nak jage spec ni hah. aduyai

komen anas pas pakai spec tu : bapok terangnye anas nampok!

see, die rabun tapi die tak taw yang die tu rabun. budak-budak kan. mane la nak taw rabun tu ape. so, aku punye suggestion kalau korang ade adik baye anas ni hah, bawak-bawak la gi check mate diorang. mane taw kot-kot rabun. hihihi

[ked's sketching]

Friday, January 27, 2012

MISI MENYELAMATKAN PANKY


uikss??

pagi tadi, ibu wat mee goreng. sebelum ibu keluar nak menoreh, beliau sempat lagi berpesan pada aku. "along, mee tu ade sikit je. baik awak amik cepat. nanti habis." . aku yang tengah online ni, dok terangguk-angguk la cam burung belatuk. dalam hati, nanti la aku amik. 

pastu, aku nampak ibu keluar dari ekor mata sepetku ini. tak lame pastu, aku dengar riuh-riuh kat luar. dengar bunyi kucing gak. aku ingatkan mimi dah balik sebab semalam beliau sehari tak nampak muke. tak taw gi beraye mane. sekali, ibu beriye-iye suh aku keluar gak, tengok kucing ni.

aku pon tengok laa. tanjat boboyot taw bile aku nampak,


Ya Allah! panky ade atas pokok durian tuh! ape la yang beliau wat sampai atas tu? kitorang yang dah cuak ni, si panky tu lagi la doplohtujuhperpuluhanlimebelas kali lagi cuak dari kitorang! beliau dok mengiau-ngiau ketakutan. aduyai~masalah problem nih! sape la yang nak bawak turun panky ke bawah? pokok tu tinggi. aku sendiri pon takde idea camne la si panky tu leh sampai ke atas tu. even ayah aku sendiri pon takot nak panjat pokok tu!

pas bernego-nego plus lat talilat lailitamplom ngan ibu serta ayah, ayah aku la yang kena panjat selamatkan panky. suppostly wonderpets yang wat keje-keje camni. tapi since diorang tak balik bercuti daripada raye cine itu hari, ayah aku la yang kene cover diorang punye keje. ciap kau wonderpets! aku tak mau tengok dah pasni. huh!

scene 1 : ayah berjaya naik sampai ke tempat panky ter'stuck'

scene 2 : cubaan membawa turun panky gagal! beliau takot turun ke bawah. kaki tu macam dah kene paku kat dahan pokok tu tak bergerak-gerak. =.="

scene 3 : lepas kena pujuk sket, panky mula lembut hati nak turun. tu pon still takot sket-sket lagi.


tapi, ketakutan panky tu membuatkan beliau tak leh bertenang. asyik meronta-ronta je mintak dilepaskan oleh ayah aku. ni tak leh jadi ni! silap-silap, terlepas jugak panky ke tanah nanti. kitorang pon wat bekap plan. amik kain selimut, bentangkan kat bawah pokok durian tu. ibu pegang sebelah, aku pegang sebelah. ayah pon lempar panky dari atas.

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.....

dapat! panky mendarat dengan jayanya. Alhamdulillah. aku terus peluk panky. kesian beliau. still shaking. terkejut tak abeh lagi. bagi makan pon tak mau makan. 


setelah memastikan keadaan panky stabil, aku cepat-cepat masuk ke dalam rumah bile tibe-tibe teringatkan mee goreng yang berkemungkinan bakal dirembat oleh de aku. dan jawapannye seperti yang aku dah predict. mee da abes! waaaa~ rase nak makan friskies panky tu cicah teh!

[ked's sketching]

Thursday, January 26, 2012

MALAIKAT DI DUNIA


uikss??

sekadar perkongsian ilmu daripada facebook :

Suatu ketika, seorang bayi siap dilahirkan ke dunia. Menjelang dikeluarkan ke alam dunia, dia bertanya kepada Tuhan yang menciptakannya.

Bayi : Ya Tuhan, para malaikat di sini mengatakan bahwa pada keesokan harinya, aku akan dilahirkan ke dunia. Tetapi, bagaimanakah caranya untuk aku hidup di sana? Aku begitu kecil dan lemah.

Tuhan : Janganlah kau khuatir. Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan selalu menjaga dan menyayangimu setiap saat.

Bayi : Tetapi, aku sudah betah di syurga ini. Apa yang ku lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Semua ini sudah cukup membuatkan diriku bahagia Ya Tuhan.

Tuhan : Wahai bayi, malaikatmu itu akan bernyanyi dan tersenyum kepadamu setiap hari dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan lebih berbahagia.

Bayi : Ya Tuhanku, apa yang dapat ku lakukan kalau aku ingin berbicara denganMu?

Tuhan : Malaikatmu intu akan mengajarkan bagaimana caranya untuk kamu berdoa.

Bayi : Ya Tuhanku, aku mendengar bahwa di bumi itu banyak orang yang jahat. Siapa pula yang akan melindungiku di sana?

Tuhan : Malaikatmu itu akan melindungimu dengan jiwa raganya sebagi galang ganti.

Bayi : Tapi, aku pasti akan bersedih kerana tidak berkesempatan untuk melihat Engkau lagi.

Tuhan : Malaikatmu itu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku selalu berada di sisimu.

Saat itu, syurga terasa begitu tenangnya. Sehingga suara dari bumi pun dapat terdengar maka sang anak dengan suara lirih bertanya :

Bayi : Ya Tuhan, jika aku harus lahir ke dunia sekarang, bisakah Engkau memberitahuku, apakah nama malaikat di rumahku itu nanti?

Tuhan : Kamu akan memanggil malaikatmu itu dengan sebutan, I  B  U.



[ked's sketching]

Wednesday, January 25, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #34 : EVEN ONE VERSE


uikss??


Firman Allah SWT menerusi ayat 125 Surah an-Nahl yang bermaksud :
"Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.


credit to : Facebook

[ked's sketching]

Sunday, January 22, 2012

Tuesday, January 17, 2012

WANTED! PENYAMUN KURUNG BIRU, TUDUNG BELIT KUNING!


uikss??



fuhhh~ lepas da satu paper tadi. Front Office. duration 3 jam tapi sejam pertama ade yang dah keluar. huhu. oleh sebab aku terkandas 2 soalan, aku pon setia la tunggu sampai 3 jam tu berlalu. 

keluar-keluar je dewan, aku tengok muke budak-budak ni sekor-sekor siyes. diorang suh aku check beg aku tengok ade barang hilang dah. haaaa, ni mesti ade kes ni. aku pon cepat-cepat la check beg aku. Alhamdulillah. note yang aku wat 2 hari lepas still ade lagi dan duit 40 sen elok je tergolek lam tu. maksudnye, tiada kehilangan barang berharga. hehe

tapi yang malangnye, ade member aku hilang wallet, handphone. ade jugak yang hilang handbag teros! giler kentang malaun tu! ngan beg-beg die sauk sekali. rakusnye!

yang paling kesian sekali, bagi mereka yang hilang kunci tu. ish ish ish. kesian-kesian. woi! kunci paling berharga sekali taw tak! korang taw tak dengan kunci sekeping tu malaun tu boleh untung beribu-riban! 

mau taknye. die pegi bilik tu, kalau takde orang, sedap-sedap la die rembat laptop 4 bijik, belom kire ngan pakej broadband skali, external 500gb, handphone tengah charge la, wallet laa. untung besau situ wooo.

dan, member aku, tiyah, nyaris-nyaris kena tadi. Syukur ke hadrat Ilahi sebab rumet die ade lam bilik mase tu. malaun tu, kate rumet tiyah, pompuan, pakai baju kurung biru, bunga kuning, tudung kuning, pulas tombol pintu, masuk macam tu je, dengan tak ketuk, tak beri salam ape. terkejut tengok ade orang agaknye, die pon nak cover malu, tanye member aku tu ade tak kat bilik. rumet tiyah ni pon kate lah takde, tiyah amik exam. pastu, die teros blah gitu je.

sementara tu, masih lagi suspek yang sama, level yang sama, try masuk 1 bilik ni. die menyamar jadi kawan mangsa iaitu mimi. die cakap kat rumet mimi tu yang mimi suh die amik note ngan laptop. dan, maapkanlah rumet mimi tu. die baru bangun tido agaknye sampai die tak sedar yang mase tu baru pukul 3 lebih sedangkan exam mimi start kul 2.15 dan manakan mungkin mimi yang sedang amik exam mase tu nak tengok note!

masya Allah. sudahnye, lepas exam tadi, ramai giler yang berkampung kat balai polis bantuan UiTM Shah Alam wat report. kepada si pencuri yang telah disumpah seranah sampai tujuh keturunan pon tak ampuh, nantikan balasan di dunia dan akhirat nanti. sendiri buat, sendiri tanggung ea. belajar tinggi-tinggi, bodoh pon same naik ketinggiannye. 

kepada mangsa pula, bersabarlah. ni sume ujian daripada Yang Maha Esa. Allah akan gantikan sesuatu yang lebih baik lagi dari apa yang hilang tu. kan?

dan kepada sesiapa yang ternampak akan kejadian tersebut, rajin-rajinkanlah diri anda untuk menampilkan diri di balai polis yang berhampiran. kerjasama anda dalam membanteras jenayah ini amatlah dihargai.



mutiara kata untuk hari ini ialah,



" biarlah hidup sengkek harta, 
jangan kita papa hati,
biarlah hidup dipandang rendah,
jangan dihina sebab mencuri!"

[ked's sketching]

ENTRY 18SX


uikss??

kelmarin aku ade bace paper. lam paper tu die ade tulis ayat camni,


" ... wanita tersebut juga ada menawarkan seks oral kepada wartawan... "


okey, frankly speaking, aku memang biase dengar word "oral sex" tu tapi memang aku tak taw bende tu camne. so, aku pon tanye lah member aku.




" beb, ade banyak sangat ke jenis-jenis sex ni? selain oral sex, sex ape lagi ade?"

" banyok deh. ade listening sex, written sex, multiple choice sex, true and false sex, saxophone, pilih hok mane mu nok!"






korok mu! tu dah macam bentuk-bentuk soalan exam! 


p/s : blog aku bukan blog lucas kay! ni sume jokes nak bagi hilang tension study. okey. aku tarik balik ayat aku. hilang tension wat past year questions sebenanye. hahaha. peace! 

p/s/s : aku ade exam Front Office Management kul 2.15 petang kang. doakan soalan senang ek! :P

[ked's sketching]

Thursday, January 12, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #30 : JODOH


uikss??


[ked's sketching]

12 HARI SUDAH


uikss??



pejam celik, celik pejam balik, tenyeh gosok mata,
da 12 Januari 2012 dah rupenye. 
dan sekarang aku,
baru tergedik-gedik nak post pasal new year.
dan baru nak sebok-sebok start entry baru di Januari 2012.

then, 
please forgive me my dearest readers. 
opening new year ni lagi aku dah disogokkan dengan exam.
bukan salah aku tak update blog.
salah exam yang start 4 haribulan.
ahaks!

emmm, aku rase tak lambat lagi kot,
untuk wish, SELAMAT TAHUN BARU!
semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.
aminn.

p/s : dah 22 la aku tahun ni ek? mok cik dah tua nok! TT__TT

[ked's sketching]