Friday, November 25, 2011

ERTI SAHABAT


uikss??

Theme song : Come As You Are - Yuna (Nirvana's cover)

" zeeqa! kenape ni? demam ke?"
zeeqa diam. tak berkutik langsung. 
tiara meletakkan tangannya atas dahi zeeqa.
panas! gumamnya perlahan.
" kau demam eh zeeqa? panas sangat ni. jom lah kite gi klinik."
" eh, takpelah tiara. sat lagi baiklah . aku dah biase dah demam macam ni. lagipun esok ade test kan? kau pegilah study. aku okey je."
zeeqa cuba untuk menipu sunat tiara. tapi tidak berjaya.
" apelah takat test tu nak dibandingkan ngan kawan sendiri ni hah. kau ingat aku boleh study ke bile tengok kawan aku sakit terbaring je macam ni hah? takde-takde, kau gi pakai tudung kite pegi klinik sekarang."





sahabat.
tak kira susah atau senang.
sentiasa bersama dengan kita.
bukannya mereka yang mendampingi kita hanya untuk kesenangan.
mereka tidak layak untuk digelar sahabat.
sebaliknya
layak dikenali dengan
parasit!

yeah.
parasit.
yang duduk menumpang.
tetapi menyerap segala zat yang terdapat daripada perumahnya.
pada pengakhirannya,
perumah cuma mereput luruh ke tanah.
manakala parasit
kekal segar meninggalkan perumah
itulah dia

sama macam sahabat
jangan cari sahabat ketawa
carilah sahabat menangis
kerana dia boleh membuatkan kita menangis kerana keprihatinannya
dan juga berkongsi tangisan dengannya

kepada semua sahabatku, keep trusting each other, no one can break us.

[ked's sketching]

Tuesday, November 22, 2011

AKU YANG BANYAK SONGEH


aku yang banyak songeh..
merungut member bagi besday present kecik~~~~
sdgkn ad bg bear besa sket je~~~~
aku yang banyak songeh~~~ 

UCAPAN TAHNIAH BUAT HARIMAU MALAYA


uikss??




Alhamdulillah. setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi di atas izinNya untuk memberikan kemenangan bermakna kepada skuad Harimau Malaya kita semalam. tanpa kesungguhan mereka dan juga di iringi dengan doa jutaan rakyat Malaysia, mungkin hasrat kita untuk menjulang piala bola sepak sukan SEA 2011 ini tidak tercapai. syabas kepada dua-dua pihak saya ucapkan. 




dan tidak lupa juga kepada penyokong indonesia yang selama ini banyak membakar semangat pasukan Harimau Malaya sehingga berjaya menjadi pendorong bagi mereka untuk  berjuang habis-habisan demi mempertahankan maruah negara. 

akhir kata, majulah sukan untuk negara dan tak semestinya diam itu lemah. ingat tu yea.

p/s : dah macam YB la plak speech aku arini. hahahaha. AUUUUMMMMMM!!

sumber gambar : facebook dan zikrihusaini.com

[ked's sketching]

Friday, November 18, 2011

TOURISM FACTS


uikss??

for your information, tourism ni termasuk dalam hospitality industry. makenye, hotel, transportation, food and beverage pun can be consider as part of tourism. jengjengjeng! kat sini aku nak share la, certain facts yang patut korang taw pasal our industry.

  1. Burj Khalifa merupakan bangunan yang tertinggi di dunia.
  2. Di USA, terdapat suatu tempat yang bernama Melbourne. Ia merupakan sebuah bandar di Florida, USA.
  3. Puak Mahmeri merupakan kaum asli asal daripada Selangor. Ukiran kayu mereka telah pun diiktiraf oleh UNESCO.
  4. Jetstar merupakan low cost carrier airline bagi Australia.
  5. Terdapat sebanyak 272 anak tangga yang perlu didaki untuk sampai ke kuil di Batu Caves.
  6. Taman tema dalaman yang terbesar di Malaysia terdapat di Times Square.
  7. Pulau Sibu terletak di Johor.
  8. Restoran McD pertama dibuka di Malaysia ialah di Bukit Bintang.
  9. Negara terkecil di dunia bernama Vatican City.
  10. Dalam RMK-11, jumlah pelancong yang dijangka tiba pada 2020 sebanyak 36 juta.

huhu. cukup la 10 ek? len kali aku tambah lagi. hehe. tenkiu kepada lecturer park and recreation aku, sir fitri atas info-info di atas. :)

Friday, November 11, 2011

KISAH DISEBALIK 11.11.11


uikss??

aku rase aku orang yang terakhir kot wat entry pasal date ni. saje. nak jugak record history untuk blog sendiri kan? hehehe.



macam-macam aktiviti yang dilakukan sempena untuk mengabadikan date ni dalam ingatan. ade yang bernikah lah, datinglah. penuh news feed facebook aku ngan status pasal date ni saje. namun begitu, ade jugak yang akan mengingati date ini selama-lamanya apabila orang tersayang pergi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya. Al-fatihah untuk arwah ayah junior skolah aku, azmira.

ahah! sempena hari yang bersejarah ni, aku nak pomot satu blog yang bernama sebelas. nak taw blog sape? let's cekidaud blog SEBELAS!

dan jugak, dengarlah lagu faveret aku ni, NEBULA 11 dari Pop Shuvit. hehe

eh, baru pasan. ni entry keSEBELAS aku dalam bulan 11 ni. nais!

[ked's sketching]

Wednesday, November 9, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #24 : ALHAMDULILLAH


uikss??


syukur Alhamdulillah. setelah 3 tahun berusaha. akhirnya membuahkan hasil juga. Syukran Ya Allah!

[ked's sketching]

Monday, November 7, 2011

THE TRUE ME


uikss??

hahahaaha. kan teha kan? kan zaty kan? hanye member-member aku yang taw aku camne sebenarnye. dan betape tingginye ego aku at certain part. tapi sebenarnye, aku cam quote tu lah. lagi-lagi kalau aku sakit. makin tinggi lah ego aku. tak nak makan ubat lah, tak nak gi klinik la. tapi dok mengendeng kat orang. dok picit-picit kepale. sebenarnye, aku nak bermanje ngan diorang. nak perhatian. ubat tu jatuh nombor 2. kuikuikui

sape-sape yang kenal aku, pasan tak aku camni sebenanye kan? kan?

[ked's sketching]

TEASER FIRST TRIAL


uikss??


arini aku rase nak masak ikan patin masak tempoyak la. trademark temerloh tuuu. tapi tak taw la jadi ke tak. hahahaha. just look and see. kite tengok la hasilnye nanti. wish me luck! :P

[ked's sketching]

Saturday, November 5, 2011

SILA SENTAP SATURDAY



amacam der? ade panas? terase? oppss. sorry kalau terase. sape yang penah buat, die la yang merah muke. lalaalala~

p/s : sape setuju sile like post aku. wah, ingat ni facebook ke boleh like-like bagai.

[ked's sketching]

GAMBAR WAJIB AIDILADHA TAHUN 2011



ramai adek-beradek aku raye taon ni. korang ado? hahahaa. selamat beraye sume!

p/s : sape terer kire ah bape ekor ucing kat lam tuh. :P

[ked's sketching]

Friday, November 4, 2011

TATA TEST, WELCOME HOME!


uikss??

hooooorrrreeeeeeeeeyyyyyyyy! tepat pukul 10 malam semalam, make berakhirlah seminggu yang kucar kacir dalam hidup aku. 


see, muke aku pon dah jadi happy sehappy burung antu kat atas ni hah. yelah, schedule aku jadi pack giler kot. korang bayangkan ek, start daripada selase tu aku ade presentation, kuiz, test, sume dah jadi 3 in 1 dah. dah macam nescafe lak bunyinye. hai~ penat-penat.

abes test front office semalam, ape lagi, celebrate ngan download cite conan, pastu tengok sambil makan burger special cheese yang aku beli kat DC. perggghhh! memang heaven la. kalah mekdi taw uolss!

dan arini plak, ustaz dah cancel class kitorang. bole ler balik awal sket yedop? huhu. selamat bercuti sume! jum kite tengok tv puas-puas sampai pecah tv tu. huhu. aku nak kemas-kemas gerak balik temerloh ni. babai!

p/s : si baju biru pon gerak balik johor gak petang ni. semoge beliau selamat sampai ke kampung dengan selamatnye. aminn.

[ked's sketching]

Thursday, November 3, 2011

UNTUK AWAK



“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286

"Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya" - at-Talak : 7

"Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman" - ali Imran : 139

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusyuk" - al-Baqarah : 45






source : http://arsyadmaster.com/blog/ayat-motivasi-dari-al-quran/

[ked's sketching]

Wednesday, November 2, 2011

SENTAP MAK NOK!


uikss??

wuuuu~ depressnye arini! tadi ade test eco. guess what, aku tak dapat jawap langsung question 2 short esei yang berharge 15 markah! rugi sangat kan? aku jadi down giler pas test tadi. pandang jalan pon dah macam kecik besau kecik besau je. hurmmm...


alkisahnye, bile empangan mate aku dah kemain melimpah ruah ke ladang gandum, make ramai lah yang bagi kate-kate semangat kat aku macam ni;

" sabarlah ek? dah bukan rezeki kau skang ni. cube lagi ea?"

"kitorang pon tak dapat jawap boy. same la kite."

"kau kan kuat. ni baru test 1. takpe. nanti kite struggle test 2 punye ek?"

phewww. reda la jugak rawan dihati ni bile dengar kate-kate pujukkan sebegitu rupe. malangnye, sume tu tak lame bile ade sorang member aku ni bukak mulut.

" kau kenape kau nanges?"

" aku tak dapat jawap la short essay question 2 tuh. blank giler kot. aku takde idea yang economies scale tu ape."

then, korang taw die balas balik ape?

" lah. ape yang susah sangatnye? ade 6 point kan? kau pilih jelah 3."

heyyy! korang paham tak ape bile aku cakap aku blank tu, maknenye, jangankan 6 point, 1 point ko aku tak taw! Ya Allah! lagi la laju air mate aku mengalir mase tu. bertambah-tambah la downnye aku. tak membantu langsung punye member! huh! taw la kau dapat jawap tapi perlu ke cakap macam tu kat orang yang tengah down macam aku ni? 

dear friends, kat sini aku nak bagi pandangan sket la kan. orang tengah down, kau pujuk la ngan ayat yang elok-elok. yang boleh bagi die sejuk hati, tenangkan diri. jangan kau pegi benamkan die kat dalam tanah lagi. aishhh. tu pon nak kene ajar ke? sile amik iktibar yea kalau korang tak nak kawan-kawan korang saket hati ngan korang.

p/s : jage hati pakwe reti pulak! tak paham aku lah ngan orang macam tu! huh!

[ked's sketching]