Showing posts with label kucing malaysia. Show all posts
Showing posts with label kucing malaysia. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

PERISTIWA MALAM KE 9 RAMADHAN


uikss??

suatu malam yang hening, yakni pada malam ke 9 ramadhan 1433 hijrah, terjadilah suatu peristiwa yang amat menakjubkan dan jarang dijumpai oleh manusia. ianya merupakan suatu peristiwa di mana seekor kucing telah melakukan sesuatu yang mana keluar dari fitrah semulajadinya akan tetapi ianya boleh berlaku dengan izin Allah SWT.

kucing tersebut yang telah di berikan nama kenit atas dasar fizikalnya yang masih kecil biarpun sudah mencecah 5 bulan dan masih lagi menyusu badan ibunya. kenit seekor kucing yang lincah serta cergas. hobinya yang suka mengasah gigi dan kuku itu menyebabkan sudah ramai ahli anggota keluarganya yang menjadi mangsa dek kerana hobinya yang ganas itu. 


nak dijadikan cerita, pada malam tersebut, ketika tuan muda kenit sedang mengupas/mengopek/membuka durian, kenit perlahan-lahan datang menghampiri dan menerkam seulas durian yang masih lagi elok terletak di dalam pangsa. memikirkan bahawa kenit mungkin ingin menjilat-jilatnya sahaja maka tuan muda itu hanya membiarkan kenit melakukan itu dengan anggapan bahawa kenit akan beredar apabila dia sudah mencuit sedikit durian itu.

namun, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati habis licin seulas durian itu kenit tibai. wow! boleh masuk malaysian book of record ni! seekor anak kucing memakan durian!


maafkan kualiti gambar yang tak seberapa. tatkala semua orang berhijarah ke telefon pintar, tuan muda si kenit ini masih lagi memakai sony flip. hohoho. 

walaupun tuan muda si kenit begitu teruja sekali melihat kucing peliharaannya mampu memakan durian, akan tetapi, beliau runsing untuk membenarkan kenit untuk memakan lebih daripada itu kerana takut kucing tersebut demam nanti. sejurus selepas itu, kenit segera disuakan air untuk menyejukkan badannya.

maafkan tuan muda kenit yang begitu alpa. terlalu teruja melihat kucingnya memakan durian sehingga beliau terlupa untuk menghalang, sebaliknya membiarkan sahaja seulas itu habis diratah kucing kecik itu. sebelum tidur, baru beliau terpikirkan kesan sampingan dan kemungkinan kucing itu sakit keesokkannya. semuanya itu berlalu dengar penuh penyesalan. 

bangun sahur keesokkannya, si kenit sudah setia menunggu didepan pintu. kenit! you are still alive! syukurlah..


hah, kucing korang hado makan durian? =^.^=



[ked's sketching]

Saturday, November 5, 2011

GAMBAR WAJIB AIDILADHA TAHUN 2011



ramai adek-beradek aku raye taon ni. korang ado? hahahaa. selamat beraye sume!

p/s : sape terer kire ah bape ekor ucing kat lam tuh. :P

[ked's sketching]