Thursday, January 31, 2013

HARI INI


uikss??

hari ini, 
hampir teloncat terkejut,
bila dapat berita di laman mukabuku
puan ain,
teman satu batch zaman menengah dulu,
sudah selamat melahirkan,
seorang bayi,
yang bakal menjadi srikandi agama dewasa nanti.

Alhamdulillah.
syukur kehadrat Ilahi.
begitu beliau diperkenankan perancangan kehidupannya.
di usia 23,
sudah mendapat gelaran isteri,
sudah menamatkan study semester lalu,
dan kini bergelar seorang ibu.

begitu cepat masa berlalu
bagiku, 
jika mendapat jemputan kahwin rakan-rakan
sudah cukup membuat diriku berasa tua
ini kan pula,
apabila mendapat berita rakanku
sudah mengendong bayi sendiri
barulah aku berasa
bahawa diriku dua kali ganda lagi tua.


p/s : terasa macam baru je lepas habis spm. tak sangka begitu cepat masa berlalu. Ya Allah, permudahkan lah perancangan kehidupan sahabat-sahabat ku yang lain. Aminn ya Robbal alamin.



[ked's sketching]

Tuesday, January 29, 2013

NAK MINTAK PENDAPAT AKAK-AKAK SEMUA


uikss??

bermulanya cuti sem maka bermula jugalah kerja aku sebagai DOMESTIC ENGINEER dekat company mak bapak aku. muahaha. jangan tak taw, parents aku ni boleh tahan kaya jugak sebab ada company sendiri. nak tengok tak company they ols?


tadaaa! ni lah companynya. hahaha. domestic engineer tu house wife la uols. kini, segala kerja mengemas, membasuh baju, melipat baju, memasak, mengajar adik membuat kerja rumah, semuanya di bahu aku. tapi takpe! demi menolong ibu tercinta, aku sanggup melakukan semua itu.

masuk bab masak memasak ni, sekarang ni kan, rumah aku dalam mood untuk mencari makanan yang sihat. so, ibu nak la cari pemanggang yang femes dalam tv tu, alah yang kaler merah boleh panggang semua benda tu. tadi aku belek-belek pamphlet avon, nampak diorang ada jual gak pemanggang tu.

lepas tu, ibu ada kata yang dia nak beli yang menang-menang tu.

" ibu tengok yang avon tu macam kecik je. ibu nak beli yang menang-menang tu lah. "
" menang-menang? "
" haah. yang macam kat dalam tv tu. "
" ibu, kalau nak tunggu menang yang kat dalam tv tu takde maknanya dapat. baik kita beli je terus kan senang. "
" bukan lah. maksud ibu, ibu nak beli pemanggang yang brand menang tu. ada kat kedai belah belakang KS Walk. "

pftt~ pemanggang yang kaler merah gambau ikan tu dari Menang Glassware rupanya. 


yang ni femes jugak la. manjang aku tengok kat tv. hah, maka, di kesempatan ini, saye ingin bertanya kepada akak-akak pembaca blog ni sekalian. disebalik lambakkan pemanggang ni, yang mana satu paling elok ea? yang Menang Glassware ni okey tak? kalau okey, saye nak paksa ibu saye beli. hehee. ke ada brand lain yang lagi okey? nak taw feedback kalau ada yang dah beli. bukan apa, alah membeli, biarlah menang memakai kan?

meh kite share-share pasal pemanggang ni kat sini. :)


[ked's sketching]

Sunday, January 27, 2013

STRESS AKU TENGOK DRAMA NIH!


uikss??

cuti ni, aku ingat nak menjinak-jinakkan diri tengok drama korea. yela, selama ni variety show je yang aku layan. ada jugak try tengok diorang punya drama tapi paling lama aku boleh bertahan tengok dalam 30 minit jela. hahaha. tak taw kenapa aku tak boleh nak stick lama-lama tengok cerita korea ni.

nak di jadikan cerita, baru-baru ni aku bosan sangat. tak mau tengok Running Man dah. lenguh dah aku ulang 129 episodes semua tu. huhu. so, aku nak tengok One Pound Gospel. drama jepun yang aku download time exam aritu. tapi, since aku tak transfer lagi ke external hard disk aku, aku pun godek-godek jela apa yang ada dalam external ni.

godek punya godek, ternampak lah Nice Guy. eh, ni cerita yang Song Joong Ki berlakon! Lee Kwang Soo pun ada. diorang ni main cast dalam Running Man tapi Joong Ki dah keluar. teringin nak tengok Joong Ki berlakon, aku pun layan lah sat Nice Guy ni.


lepas 1 episode, terus tengok yang episode 2 punya. eh eh, cam best! wah, drama korea first yang aku tengok sampai dah masuk 6 episodes dah sekarang ni! sila masuk dalam buku teks sejarah penaklukan drama korea terhadap perempuan melayu yea murid-murid. hohoho

cerita ni memang best. dalam scenes serious macam part Kang Ma Roo (Joong Ki) dengan Han Jae Hee (Park Shi Yeon), ada diorang masukkan scenes bestfriend Ma Ru, Jae Gil (Kwang Soo) dengan adik Ma Roo, Choco. sebab aku suka Kwang Soo, memang tiap kali keluar muka dia, walaupun part serious, mesti aku gelak. puahahaa

kelakar camne pun, aku tetap stress dengan cerita ni! stress dengan watak Han Jae Hee tu la! eeee. muka dia memang mintak penampar sangat dalam tu. dengan muka mintak simpati 24/7 sedangkan semua yang terjadi tu sebab dia sendiri. dah la orang tolong pikul kesalahan dia, dia lagi nak hancurkan hidup orang tu. grrr~!


arghhh! stressnyeeeee! stress tengok muka tak bersalah Jae Hee tu. plus stress dengan sikap selfish dengan tak sedar diri dia tu. kalah tengok sinetron camni!

well, orang kata kalau kita geram dengan watak dalam sesuatu cerita tu, itu maksudnya, pelakon tu dah bawak role diorang dengan baik sekali. so, patut tak aku puji Park Shi Yeon sebab aku stress dengan watak dia dalam cerita ni? anda tentukan!

p/s : banyak lagi episodes tak cover ni. heaven nye dok umah! yeay!


[ked's sketching]