KISAH SI ANAS : PENGARUH HOME ALONE

5:56:00 PM


uikss??

siapa tengok tv2 semalam? kan sempena krismas plus school holiday, diorang ada tayangkan cerita home alone 3. dah banyak kali dah aku tengok home alone tu. yang 3 saje dah 2,3 kali gitu. huhuhu. tapi kali ni tengok ngan adik-adik. barulah rasa meriah sikit yedak? 


kan dalam cerita tu alex si budak kecik yang bukan main bijaknya tu pasang banyak trick kat rumah dia kan? aku punyeeee lah kagumnya dengan dia. sambil terpikir, wujud tak agak-agaknya budak selicik tu kat dalam dunia ni. hmmmm..

dah habis cerita tu, aku pun bukak la laptop. dengan niat nak online lah kan. tengah syok-syok online fb ni, tetiba anas panggil kaku masuk dalam bilik dia. aku pun tanyalah kenapa. malas nak layan sebenarnya. dia pun kata, ade la. aku tanya lagi, ade la tu jugak jawapan dia. dek sebab stress dok paksa aku masuk bilik dia sampai kering air liur dia, aku pun masuk la.

anas masuk dulu. pintu bilik dia dah terbukak sikit masa tu. dia suruh aku tolak pintu tu lagi. aku pun tolak la. sekali dia kata, " alaaaa. tak jadi ". aku pun musykil, apa yang tak jadinya? anas suruh aku pandang atas pintu tu.

sekali bila aku pandang....


cheh. ni mesti feeling-feeling nak buat trick cam dalam home alone la tu. hai, tak payah la anas. nak buat trick pun bagi taw aku dulu benda tu kat mana, sekian sekian. aduyai~ terpengaruh jugak dengan tv adik aku ni. epic fail sungguh laaa..


semalam shopping barang-barang sekolah budak-budak ni. anas berkenan kat satu beg ni. aku pun berkenan gak kat beg tu. tapi kat beg tu ada gambar bunga. aku tanya anas, takpe ke beli beg ni? ada bunga ni.

then, the anas said, takpe. sebab dalam ni dapat beg lagi satu. LOL! good boy anas. akhirnya anas memahami jugak concept buy one free one. hihihi


[ked's sketching]

You Might Also Like

4 Comments

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers