Wednesday, October 30, 2013

BUANG JEE..

uikss??


ceritanya macam ni. ade member aku kate nampak aku makin naik. fineeee. sesia je aku avoid makan nasik waktu malam. hahaha. ekceli, jadi jee diet camtu. tapi dia jadi tang perut jelaa. tang pipi tak jadi punnn. pfttt~

bila aku tanya apis, tang mana yang dia nampak naiknya? dia kata tang pipi. aku pun cakap la, kalau tang pipi tu memang tak leh buat pape lah kan. dia dengan senangnye cakap, buang laa. 

buang laaa. kalau lah boleh kikis buang lelemak kat pipi ni, dah lama aku buat apis woiii. hahaha.

camne nak slim kan pipi ek? kalau nak ikutkan banyak jee produk yang boleh buat face shape kite sampai jadi bentuk V. heee. aku malas nak mention, korang gugel je sendiri. tapi kann, aku takut ade side effect in the future laa nanti. sebab ada satu tu, aku pernah beli, tapi tak pakai kat muka pun, bila check chemical substances kat belakang botol tu, ada paraben. aaaaa. tak mau la cenggitu. nak pakai lama muka ni. hohoho. 


so, korang ade taw tak any traditional tips untuk slim kan pipi nih? heee. aku rasa dah terlebih isi padu dah pipi ni. sempat je kot nak bagi pipi nampak kurus sket untuk gambar atas stage konvo nanti. hehehe

12 days to go. fighting! ^^,


[ked's sketching]

Monday, October 28, 2013

CRAVING FOR THIS....


uikss??

malam semalam kan, kite mimpi. ce teka kite mimpi apa. :)

adakah kite mimpi ni?




atau ini....




ataupun, yang ini....




omo! ni kalau mimpi taeyang bagi bunga ni kompem aku koma sebulan. hahahaha.

duit, cincin dengan taeyang. semua tu bukannnn! walaupun antara 3 gambar tu, hat yang taeyang tu paling aku berharap sekali aku mimpi dia. hehehe

ekceli kan, semalam aku mimpi ni.




nyummehhh! sedapnyeeee nasik lemak sambal kerang. ekceli aku craving sangat nasik lemak sambal kerang ngan sotong dekat kedai simpang 3, puncak alam fasa 3. waaaa~ tu memang terbaekkk laa. dah la murah, portion dia banyak, sedap lak tu. setakat ni, tulah nasik lemak sambal kerang terbaekkk pernah aku makan. wuuuu~ rindu nak beli makan nasik lemak tuuuu. sampai masuk-masuk dalam mimpi i uols nasik lemak ni. scary tak camtu? hahaha

bila laa nak gi puncak alam ek. nak makan nasik lemak sambal kerang ni. sobsss T.T



[ked's sketching]

Thursday, October 24, 2013

23rd on 22nd


uikss??


alhamdulillah. 22hb aritu genap laa umur aku mencecah 23 tahun. syukur kehadrat Ilahi kerana aku masih di izinkanNya untuk bernafas di muka bumi ini. 

23 dah rupanyaa aku tahun ni. lagi 7 tahun, dah 30. omaiii~ cepat sungguh masa berlalu. sedar tak sedar je kan? :)

banyak benda yang terjadi pada 22hb oktober tahun ni. antaranya kembalinya arwah Noreen Noor ke rahmatullah. tersentak jugak laa masa aku bukak beautiful nara masa tu. di saat aku menyambut ulang tahun kelahiran aku yang ke 23, tak sangka ada yang telah pergi meninggalkan dunia ini. Ya Allah, berikanlah aku sedikit waktu sahaja lagi, untuk aku membalas jasa kedua orang tuaku, dan juga, membayar segala hutang piutangku, sebelum kau mencabut nyawaku. hanya itu sahajalah pintaku pada setiap kali ulang tahun kelahiranku. amin yarabbalalamin. :)

dan jugak, pada 22hb aritu aku dah attend my first everrrr interview! whoaaaa. rezeki hari jadi katanya. dapat interview aritu. heee. tu lain entry noh kita cerita. :P

terima kasih kepada semua kengkawan yang telah wish birthday dekat segala jenis media elektronik -> facebook, twitter, instagram, line, we chat, sms, call, blog, semua lah senang cerita. nak list satu-satu memang sampai besok laa tak abes kan? ;)

haa, terima kasih jugak dekat muja ngan lieya yang sudi belanja aku makan di ambang hari jadi aritu. curlass tak iolss uolss? ada sambutan ambang hari jadi lagi. kau hadoo? :P



wee~ me is happy. terima kasih ya Allah di atas ukhwah ini. semoga ianya berkekalan. aminnn. :)



p/s : by 25 tahun nanti aku target nak kawen. ade lagi 2 tahun lagi. eh? :P


[ked's sketching]

Monday, October 21, 2013

2 in 1



uikss??


1.



2.



the story is, i got 2 interviews that would be held in one day! yang paling best sekali, gap antara kedua-dua interview tu sejam je. Kidzania pukul 10 pagi, SRG Asia Pacific pulak pukul 11 pagi.

ah sudahhh.

ini namanya choose one only or can pick both? huhuhu. actually hati aku berat ke salah satu ni. yang mana satu yang aku pilih untuk pergi interview korang rasa.

Kidzania ke SRG Asia Pasific?

:)



p/s : wish me luck! :D


[ked's sketching]

Saturday, October 19, 2013

KERANA NAMA


uikss??

list name untuk giliran konvo nanti dah keluar. like always. nama aku mesti atassssss sekali. ni lah yang dinamakan dilema huruf A. nebes mak uolss sebab nanti lepas MC tu announce budak first class, before dia masuk second class upper ni, mesti dia stop amik nafas dulu, baru announce balik. pulak tu, iolss ni laa yang terkena naik pentas yang mula-mula sekali untuk class ni. -,-"



ni tahan lagi laa. sebab naik, tunduk hormat pastu turun. aku teringat laa time aku last day plkn dulu. masa nak amik sijil atas pentas. nama aku pulak yang kelima kalau tak silap, atas-atas budak lelaki, kira pelatih perempuan pertama laa. kitorang pulak kena kawad masa naik amik sijil tu. sebab neves punya pasai, boleh aku buat kawad robot kat atas pentas tu. yela, nak amik sijil daripada TKP masa tu. pulak tu, TKP aku dah laa ensem. pakai baju navy lak tuu. memang otak tak pikir ape dah. aku pikir nak cepat-cepat turun pentas jee. turun-turun laa member aku cakap yang aku kawad cam robot. demmm! malu gileeee aku kot. jatuh water face aku depan TKP aku tu. 

susah gak kan bila nama mula-mula ni. tapi kekadang senang jugak. especially kalau nak tengok nama kita kat list name yang pepanjang. time tu laa aku rasa senang sangat nama start huruf A ni. hee. senang nak cari nama. yela, kalau ada nur, jenuh nak membelek list name nak cari nama kita. kan kan?

A oh A. nanti kalau aku ade anak nanti, aku nak letak nama depan diorang dengan huruf A jugak. nak bagi diorang rasa apa yang aku rasa. hahaha. boleh tak camtu? :P


p/s : amboihhh. jauh nauuu berangan. kerja pun takde lagi. :DD


[ked's sketching]

Wednesday, October 16, 2013

MIRACLE IN CELL NO 7

uikss??

selamat hari raya aidil adha uolss! senyap sunyi jee blog dahku ini kan. almaklumlah, mak busy uolss. aritu iols keje tapi genap seminggu keje iols resign. muahahaha. boleh tak camtu? haaa. yang tu lain entry ea. ni nak review movie sat.


MIRACLE IN CELL NO 7. aku jumpa movie ni dalam pendrive member aku. memula aku ingat movie ni pasal ape. yela, aku yang korea ni layan variety show jee. drama diorang pun reply 1997 jela satu-satunya yang aku tengok abes. dah tadi bosan-bosan aku try laa tengok cite ni.

sekali, tudiaaaa baqhangggg. meleleh-leleh ayaq mata cheq nohhh tengok cite ni. sedih ngat aihhh. memang layak di tayang time hari bapa nanti. :'(



cerita ini berkisarkan tentang kisah seorang lelaki lembam yang bernama Lee Yong Goo dengan anak perempuannya, Lee Yea Seong. walaupun Yong Goo lembam, akan tetapi mereka menjalani kehidupan sama seperti keluarga normal yang lain. Yong Goo hanya bekerja sebagai pembantu kawasan parking kereta. oleh itu, duit gajinya kadang-kala hanya cukup untuk keperluan harian mereka berdua sahaja. tak lama lagi Yea Seong akan memasuki alam persekolahan. dia mengimpikan untuk memiliki sebuah beg Sailor Moon sebagai beg sekolahnya. hanya ada 1 kedai sahaja di tempat mereka yang menjual beg itu. kiranya macam kalau habis beg kat kedai tu, maka habislah beg tu. dek sebab Yong Goo ni tak cukup duit, hari-hari dia bawak Yea Seong pergi tengok beg kat kedai tu dan berjanji akan membelikannya untuk Yea Seong suatu hari nanti.

sampailah satu hari ni, hanya tinggal satu beg Sailor Moon je kat kedai tu. tengah diorang dok berangankan beg tu, tiba-tiba beg terakhir tu dah dibeli orang. Yong Goo cuba halang dari beg tu dibeli tapi dia telah dibelasah oleh bapak budak tu. Yong Goo pun pasrah tapi dia still tak putus asa untuk beli beg tu lain kali.

esoknya tu, Yong Goo dapat gaji. memang cukup lah kan untuk beli beg baru. sedang dia kira-kira duit gaji dia tu, tiba-tiba dia nampak sorang budak perempuan pakai beg Sailor Moon tu. Yong Goo pun ikut budak perempuan itu sebab dia nak tanya, mana budak tu beli beg tu. dalam dok dia ikut tu, tiba-tiba sampai kat suatu sudut, dia nampak budak tu dah collapse dah. dia pun cepat-cepat longgarkan tali pinggang seluar budak tu, untuk blood circulation pastu tinggikan kepala dia untuk buat CPR. malangnya, tengah dia standby nak bagi bantuan pernafasan mulut ke mulut tu, tetiba ada sorang wanita yang kebetulan lalu kat situ pada masa tu, ternampak Yong Goo buat camtu. daripada view dia, Yong Goo nampak tengah kiss budak tu dan dia terus assume yang Yong Goo tengah buat keganasan seks bawah umur dekat budak tu.

nak dijadikan cerita pulak, budak perempuan tu meninggal ditempat kejadian. lepas di siasat, budak tu anak lelaki yang pernah belasah Yong Goo pasal beg Sailor Moon tu dan lelaki merupakan police commissioner. Yong Goo dibawa pergi ke tempat kejadian untuk ulang semula apa yang dia dah lakukan tapi detektif yang bawak dia pergi masa tu dah manipulated dia untuk bagi keterangan palsu maka dia didakwa dan didapati bersalah membunuh serta melakukan cubaan merogol budak perempuan tu kerana ingin membalas dendam dekat ayah budak tu.

Yong Goo kemudiannya dipenjarakan dan dimasukkan kedalam Cell No 7. terdapat lagi 5 orang banduan dalam tu dan daripada situlah bermulanya perkenalan mereka semua yang mana akhirnya membawa mereka untuk mencari pembelaan untuk Yong Goo.

mula-mula cite ni tak berat sangat taw. sebab cam kelakar-kelakar je kisah diorang kat dalam penjara tu. camne friendship diorang, camne kawan-kawan Yong Goo yang 5 orang tu try untuk seludup Yea Seong masuk dalam sel sebab nak lawat ayah dia. daripada diorang tak suka budak tu, sampailah budak tu ajar diorang menulis, menyanyi lagu Sailor Moon lagi.

yang sedihnya bila kes Yong Goo ni dapat rayuan untuk disiasat semula tapi commissioner tu ugut Yong Goo supaya jangan cerita benda sebenar dan mengaku yang memang dia yang bunuh budak tu kalau Yong Goo nak Yea Seong selamat. Yong Goo pun mengaku dan dia akhirnya dijatuhi hukuman mati. 

sedih sangat bila tengok macam mana kawan-kawan sel dia yang 5 orang tu berusaha untuk buat Yong Goo gembira dihujung-hujung nyawa dia. yang paling buat aku mengalir ayaq mata, bila Yong Goo akhirnya berjaya menghadiahkan beg Sailor Moon tu kat Yea Seong. wuuu. sedih woo time tuu.

actually banyak lagi plot best best dalam cite ni. first cite yang aku rasa tak sedar pun dah bape jam aku spend untuk tengok cite tu. memang nampak sangat tanggungjawab plus pengorbanan Yong Goo even dia bukan seorang ayah yang normal. 

korang tengah bosan-bosan tak taw nak tengok cite apa? MIRACLE IN CELL NO 7 is recommended to you! :)



[ked's sketching]

Wednesday, October 2, 2013

HARI INI DALAM SEJARAH

uikss??

2 october 2013, hari ini dalam sejarah apabila buat pertama kalinya aku pegang stereng kereta, tekan minyak, tekan brek, tekan clutch, main gear dan akhir sekali gerakkan kereta viva 4 roda tu. 



jakun tak? giler tak jakunnnn. orang lain umur 18 dah ade lesen kereta. aku ni, dah nak masuk 23 baru terhegeh-hegeh nak amik L. hehehee

ade mak kesahhh? yang penting aku happy giler arini sebab for the first time in my life aku dapat peluang nak bawak kereta. yippeeee!

okey lah. that's all for today. aku nak tido awal malam ni. almaklum laa. mak letih sangat belajar bawak kereta tadi uolss. hihihi. nytoooo!


[ked's sketching]

HAPPY HAPPY UOLSSS!

uikss??


2 oktober 2013.
kalau tengok fb berduyun friends yang sama birthday ngan anas.
heee. 
so, happy birthdayy my lil bro!
anas dah 11 tahun. next year nak amik UPSR kan?

eh, blogger kak atie ngan kak nasha pun sambut birthday arini gak.
selamat hari jadi akak-akak sekalian.
satu kebetulan lagi, dua-dua sambut ulang tahun kali ni dengan anak kecil dalam perut. 
heee. boleh lee sambut birthday dengan si kecik sama-sama ea.
semoga semuanya selamat sahaja.
aminnn.



p/s : dah kenapa sketch kat onemotion.com ni takleh nak save lak? terpaksa laa print screen nak dapatkan gambar ni. pfftt. sorry wahai ahkak-ahkak sekalian. ni second design. first design lagi chantique dari ni tadi saye TERreload. makanya ia tak save pastu kena buat baru. heee.



[ked's sketching]