haaa. for those yang ada follow ig Faiz Dickie ni mesti kenal dia ni siapa kan? ig dia memang interesting untuk di follow. komik-komik dia memang kelakar-kelakar. dan at certain part tu memang setepek kena lah kat muka kita ni. kannnn? perasan tak? ke aku sorang je? hihihi
so sempena musim konvo uitm ni, dia pun upload la komik yang berunsurkan hari konvo. hahahhaa. damn true apa dia cakap tu. aku sendiri pernah merasainya.
aku ingat lagi first time konvo, masa kat uitm dungun dulu. eceee. kemain lagi laa beli baju baru, wedges bagai. aku yang tak pernah pakai shawl ni tergedik-gedik laa nak pakai shawl. pi lah beli satin shawl kat pasar malam dungun. sekali hari konvo tu, nak pakai mortar board tak pas sebab satin shawl tu licin kan. mula la nak nanges. dengan peniti haram tak bawak. hahaha. pakai laaa. masa nak tunduk tu cover jee takut mortar board jatuh.
so, sebab dah ada experience konvo before tu kan, masa konvo degree aku last year aku dah tak nak beria-beria dah. baju pun main pakai apa yang ada. kasut pun aku beli heels bodo-bodo je yang cam pengawas sekolah harga 18 hengget. keluar je dewan terus tukar pakai selipar. do i care? hahahaha. tudung pun tudung bawal biasa.
hasilnya.....
tadaaa! taw tak baju ni ekceli baju aku bawak gi kelas je. sepanjang aku study kat puncak alam tu ni laa OOTD aku. hahahhaa. ada aku kesah? memang betul pun cakap faiz dickie tu, kau pakai robe weh, mana nampak even segojes mana pun baju yang kau tempah kat tailor tu. bagi aku la, yang penting tudung (bagi yang pakai tudung) dengan kain jela yang korang nak beria pun. yang lain tu, tak payahhhh nak beriaaaa. dengar lah cakap ahkak ni uols. or you'll end up merentas stadium uitm tu sambil menyumpah dalam hati. hahahaha
sekian sahaja tips dari ahkak untuk pemilihan baju konvo. selamat berkonvo adik-adik semuaaa~
p/s : jelez pulak tengok senior-senior yang konvo dengan double line kat jubah. bila laa aku pulak nak merasa double line tu ek? hmmmm