Thursday, January 10, 2013

TERUJA BERJUMPA DENGAN SEORANG BLOGGER CUM MODEL


uikss??

ehem ehem. siang tadi kan, kite pergi study dekat bilik study kolej angsana, uitm puncak alam. gigih ni bangun-bangun, terus siap nak pergi study kat angsana katanya. yelah, ni kalau study dalam rumah, dah confirm confirm la dok terbongkakng je depan latop nanti. huhuhu.

nak di jadikan cerita ni, dalam pukul 12 camtu, kitorang turun la ke cafe kat bawah tu untuk mencari sesuap nasi katanya. tengah-tengah makan tu, aku ada terperasan someone yang sangat cantik dan sangat familiar. eh eh, ni macam A***** F*****. je ni. 

aku duk usha je dia ni. nak tanya kang segan. tak tanya kang, rugi pulak. sebab dah dekat sangat. kebetulan pulak, dia duduk meja sebelah aku je pulak tu. dulu masa kat shah alam, pernah jumpa dengan dia 2 kali dalam uitm. sumpah dia cantik sangat. excited pulak jumpa dia dengan ah masa tu.

sampai satu part ni, kawan-kawan dia lagi 2 orang pergi basuh tangan aku rasa. tinggal lah dia seorang. ahah! ni part paling sesuai nak tanya dia. aku suruh apis tanya kan. 

" awak, awak yang baju biru tu. kawan saya ni (sambil tunjuk kat aku. grrr!) tanya, awak ni model ke? "

gosh! malunya akuuuuu! dah alang-alang tu, aku pun confirmkanlah betul tak dia ni orang yang aku sangkakan tu. dia pun mengiyakan sambil tersenyum gitu. aku pun sempat la cakap yang aku selalu baca blog dia. hehee. ya Allah, manis sangat muka dia. dia cakap pun lembut je. aku pulak yang malu lelebih. hehe

budak-budak ni ada cakap yang dia tu study sebelah meja kitorang je dalam bilik study. manalah aku perasan sebab aku duduk 1 row dengan dia. lepas pada tegur dia dekat cafe tu, aku pulak malu sebab nampak sangat excited jumpa dia. hehehe. nasib baik dia tengah khusyuk study masa tu. so, takde lah dia perasan sangat kewujudan aku selaku manusia yang tak taw malu tegur dia ni tadi.

nak dijadikan cerita, boleh si apis yang tak pernah-pernah offer nak amikkan gambar aku melainkan aku yang suruh tu, offer nak amik gambar dengan dia ni. masa tu kitorang tengah kemas-kemas nak balik. aku cakap, tak payah la. sebab nampak macam dia tengah sibuk menghafal tu. tapi, apis pulak yang over. boleh dah keluar bilik study tu, dia masuk balik cakap dengan si dia tu yang aku nak amik gambar dengan dia.

ya Allah! malunyeeee aku. mana nak letak muka ni. aku dah nak terjun dari tingkat satu dah tadi, tapi dah apis kata si dia tu siap dah bangun bela-bela shawl dah nak amik gambar dengan aku, takkan tetiba aku buat drama lari pergi tunggu bas pulak kan.

lepas budak ni bagi kata-kata semangat kat aku, aku pun masuk lah dengan muka tebalnya dalam bilik study. habis semua orang dalam tu pandang aku. berdiri lah kitorang rapat-rapat. masa tu, baru aku rasa yang dia ni tingginya. hahaha. padahal memang aku pendek.

nak taw tak aku jumpa siapa dan cerita pasal siapa ni?

teka lah. seorang blogger wanita dan juga model. baru-baru ni dia jadi model untuk pati limau nipis sunsilk tak silap aku. kalau korang ada tengok model yang pakai tudung kaler hijau tu, dia lah tu.

jeng jeng jeng....


yeay! kite jumpa Amirah Filzah tadi! bagi menunjukkan dia ni natural beauty, sanggup taw aku tak edit gambar ni biarpun muka aku macam ntah apa-apa ntah masa ni. aku pulak yang nervous amik gambar dengan dia. hohoho

kepada Amirah Filzah, good luck in your final exam. ada masa, kita jumpa lagi dekat bilik study. saya doakan semoga awak berjaya dalam apa jua bidang yang awak ceburi. you are so friendly. terima kasih kerana sudi layan saya yang macam ntah apa-apa tadi. actually, saya memang excited jumpa dengan awak tadi. yelah, selama ni tengok dari jauh je. baru arini dapat cakap-cakap. last but not least, keep that attitude and all the best!

p/s : bagi sesiapa yang kurang mengenali Amirah Filzah ni, boleh visit blog dia kat sini ea. http://mirarafilzah.blogspot.com/. dia antara blogger tercantik pernah aku jumpa. oh ya, cakap macam aku pernah jumpa ramai blogger je ye dak. takde lah. aku pernah jumpa dengan shea rasol dengan nisa kay je. tapi yang tu aku tak tegur la. shea aku jumpa masa dekat seksyen 2 shah alam and nisa pulak satu bas dengan aku dari shah alam nak ke kl. :P


[ked's sketching]

4 comments:

  1. Replies
    1. aku dah kurus?
      oh tidakkk!
      effect cahaya semua tu..
      huhuhu

      Delete
  2. Maacam pernah singgah je blog dia.

    kalo kau jumpa aku.
    kau tegur tak?

    kehkehkeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau aku cam kau la..
      hahaha..
      tapi, kalau ada shuhada kat sebelah masa tu, aku tegur kat twitter jela..
      kikiki

      Delete

Feel free to drop your comments here! :)