Tuesday, January 15, 2013

A JOURNEY TO MEET JUNG YONG HWA : Part 1

uikss??

semenjak dua menjak menjadi kpoppers ni, haruslah aku pun ada feeling-feeling nak jumpa retis kpop kan? lagi-lagi bila they all datang malaysia. ini lah masa yang kami semua nant-nanti kan untuk tengok secara live. yelah, nak pergi korea, ntah bila lah lepas. nak pergi konsert diorang, kalau setakat tengok screen je, baik tak payah (ada unsur-unsur jelez situ sebab tak mampu nak bayar tiket yang dekat dengan stage). 

alkisahnya, kelmarin, tengah-tengah study eTourism dengan ah, weols borak-borak lah pasal GDA ni. weh, GDA ni apa? apesal 2,3 hari ni aku banyak dengar word tu disebut? haaa. for those yang tak taw, GDA ni stands for Golden Disk Award. alah, award untuk seniman-seniman music kat korea nuh. macam kita ada AJL kan, diorang ada GDA. 

so, nak dijadikan ceritanya, tahun ni GDA organize kat Malaysia. to be more specific, dekat SIC, Sepang International Circuit. wah wah wah! confirm-confirm lah ramai idols yang turun! yang paling best sekali, CN Blue dengan G-Dragon pun ada!

bahana tengok Running Man lah ni! first episode aku tengok episode 17. masa tu ada Yong Hwa jadi guest. lepas tu, terus aku jadi minat dekat dia. he is so cute! dengan gigi rabbitnya, dengan keaktifan dia nya, memang aku jadi teruja nak tengok dia lagi sampaikan aku selongkar semua episode yang ada dia sahaja masa tu. then, baru aku tahu yang dia ni vocalist dalam CN BLue. hah, start pada tulah aku dengar lagu-lagu CN Blue dengan kenal Yong Hwa.

sambung balik cerita borak-borak dengan ah tu. ah ada cakap yang dia nak pergi GDA tu. dia ajak aku. dia kata, jom lah pergi yang 1st day punya. sebab masa tu CN Blue dengan GD  ada perform. Yong Hwa siap jadi mc lagi kot. aku pun cam excited lah. siap buat bantuan kewangan kat adik aku lagi nak pergi sana nih. hehehe. tapi, lusanya tu kitorang ada paper. pulak tu, takde orang yang nak bawakkan pergi sana. ada diorang sediakan shuttle bus, tapi dari KL. balik pulak kul 12,1 pagi. memang ntah pukul berapa pulak sampai puncak alam kan?

dalam dok pikir-pikir tu, aku cakap kat ah, ada member aku siap nak tunggu kat airport lagi. plus, kat twitter tengah trending KLIA kot. fans semua dah siap berkampung kat sana dah dari hari ahad aritu tunggu diorang. 


tiba-tiba, muncul lah idea gila dari ah.

" boy, jom gi sambut diorang kat KLIA. "

i was like, hah? serious lah ni ah? kalau ah nak pergi, aku pun nak pergi! lepas tengok schedule diorang semua, kitorang dapat tahu yang CN Blue, Beast, FT Island, KARA, SuJu dengan Juniel flight arrival diorang pukul 9.50 pm 14hb. dan, 14hb petang tu, kitorang ada exam kot! paper susah pulak tu.


bincang-punya bincang, ajak orang tu, ajak orang ni, kitorang decide nak pergi lepas paper tu. kiranya exam habis pukul 5.15 pm, kitorang balik-balik rumah, tukar baju, asar, minum air semua, dalam 6.30 tu dah start gerak pergi KLIA. 

sampai sana dalam pukul 8 lebih, cepat-cepat cari surau dulu apa-apa hal pun sebab tak solat maghrib lagi kan. dah alang-alang tu, terus isyak sekali kat situ. senang kalau balik rumah nanti ntah pukul berapa, semua dah flat boleh terus tido. lepas solat tu masing-masing dok doa lah, Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Yong Hwa. hihihi. cam kelakar pun ada tapi sungguh, aku doa macam tu. 


yelah, dah jauh-jauh datang kot. rugi lah tak dapat jumpa sebab dah ada member aku yang dah tunggu kat sana petang tadi. petang tu INFINITE dengan 4Minute yang sampai. diorang kata, dari pukul 4 sampai 6.30 petang diorang tunggu idols tu keluar kan, sekali diorang lalu jalan lain. kalau ikutkan, dah sah-sah diorang akan keluar dekat international arrival level 3, tapi rupa-rupanya diorang keluar dekat level lain.

dengar macam tu, kitorang pulak yang rasa cuak. ah sudah. masa tu lah rasa nak on twitter nak check kot-kot ada fans yang update diorang keluar kat mana. masa tu rasa rugi pulak tak menjalinkan hubungan baik dengan BOICE ni. -,-

then, kitorang ada terjumpa 2 orang staff airport ni. diorang yang tegur kitorang dulu tanya tunggu kpop ke? kitorang pun pelik lah, eh, mana dia tahu ni? dia cakap nampak ramai-ramai kat depan sana tengah tunggu idols memasing. so, diorang pun assume kitorang ni pun se geng lah dengan yang sana tu. borak-borak dengan diorang, dapat lah tahu yang idols ni maybe lalu dekat level 5, bukannya level 3 yang macam fans target. oh, patutlah member aku yang dah datang tadi tak jumpa sebab diorang tunggu kat lain level. macam tu rupanya.

tapi, dalam masa yang sama, kitorang cam tak berapa nak percaya sangat. kot-kot lah diorang menipu ke kan sebab fans ramai kat level 3 tu. takpe lah, kitorang decide nak tunggu kat mana lepas makan nanti sebab memasing dah start rasa lapar since last makan pun paginya sebelum exam kot!


on the way nak pergi makan ni, terjumpa lah sorang mamat ni. sambil tolak trolley, dia pandang and senyum kat aku ngan ah. pakai jubah koko, botak-botak. aku dengan ah pun pelik. pehal mamat ni? then, masa nak masuk food court, nampak mamat tu sekali lagi. kali ni dengan jemaah jubah koko dia sekali. aku tak perasan, sebab aku jalan depan. ah dengan kak zue yang nampak dia. kali ni pun dia sneyum lagi. sah dah! aku dah agak dah dia senyum kat ah. sebab dua kali selisih pun dok senyum kat ah je manjang. aku cakap kat ah, boleh dah tu. muka hensem dah. cam imam muda gittew. sekali, bila ah bagitahu mamat tu siapa, terus rasa nak pitam.

" boy, aku taw dah laki tu siapa. "
" siapa? "
" sami. "

hahaha. imam muda katanya. sekali sami kot. muka dah macam arab-melayu camtu. pakai jubah tolak trolley aku ingat student yang study kat mesir dah tadi. muahaha

dah habis makan tu ada lah dalam pukul 9.30. alamak! kena cepat ni. diorang sampai pukul 9.50! dalam dok rush tu, kitorang ternampak someone. takdelah someone sangat, ada lah dalam 2,3 orang camtu. bila tengok diorang, rasa macam dapat petunjuk sangat-sangat level mana kitorang patut pergi. dah sangat hampir ni!

tapi, siapa diorang tu? macam man kitorang boleh kata yang tu petunjuk? haaaa. kalau nak tahu, tunggu aku type yang part 2 punya ea. dapat ke tak aku jumpa dengan Yong Hwa, tunggu part 2 nanti ea. stay tune! :P

p/s : nak upload gambar banyak-banyak pun tak boleh sebab tak copy lagi. terima jelah yang ada seadanya ea. :)

[ked's sketching]

9 comments:

  1. boy, i've da free tickets to GDA. Unfortunately wany, my bestfren demam hari ni. Dan tiket itu telah disedekahkan pada orang lain. Sooooooo sad. Dan aku pun nak p konsert sebab nak jumpa Yonghwa la... Waaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. what? apa semua ni atul? huhuhu
      takpe2, oleh sebab aku dah tengok yong hwa so tak la terkilan sangat tak dapat gi..
      :)

      Delete
    2. aku ada tiket tu. Aku nak pegi pun sebab nak tengok yonghwa la.. T-T
      mana tau kau minat dia..haahahha.. tapi aku tak bernasib baik cam ko. dapat gak jumpa dia kat airport..waaaaaa

      Delete
  2. hobi perempuan zaman sekarang -_-!

    ReplyDelete
  3. cepat cepat nak tau part 2 n part 3 pulak.heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabaq naa..
      aku dalam mood exam esok lagi ni..
      hehehe

      Delete
  4. (ayat nie kak atie copy dari comment kt blog kak atie)kak atie baru lepas baca blog ko pikah...minat kpop rupanya....minah kpop la pas nie...buah tue kene buat kerepek....kalu mentah tak leh makan kot....heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti saya datang penang kak atie wat kerepek ni eh..
      :D

      Delete

Feel free to drop your comments here! :)