Thursday, January 3, 2013

THE UNAWARENESS ME


uikss??

unawareness. atau dalam bahasa pahangnya, ketidakcaknaan. memang sinonim sangat dengan aku. ada certain benda yang aku cakna, ada certain tak. contoh macam tadi ni, dah lapar-lapar study, tengok teha makan megi, aku jadi teringin la pulak nak makan megi. aku ingat, nak lah makan megi udang cap ibumie faveret aku tu. 

jenis aku masak megi, aku tak suka berkuah sangat. lagi-lagi kalau yang mee udang tu sebab kalau banyak kuah, rasa dia tawar sikit. so, biasanya, aku akan rebus dulu mee tu, lepas tu tinggalkan sedikit air, baru buat kuah. 

nak dijadikan cerita tadi, sementara menunggu mee tu siap di rebus, aku belek-belek la bungkusan mee tu. sebab, mee tu dah lama aku beli. dari bulan 9 tahun lepas lagi. sekali beli 2 bungkus sebab megi jenis tu takde kat puncak alam ni. 

sekali tengok-tengok expired date, 

" baik digunakan sebelum, 18/10/2012 "

what? bulan 10 expired? ni dah bulan berapa? bulan 1, 2013 pulak tu! ya ampunnnn! aku rasa dalam bulan-bulan lepas, ada je aku makan megi tu. tapi tak la pulak tergerak hati nak tengok expired date kat packaging tu. sekali bila tengok-tengok, aduyaiiiii~ dah expired la pulekkkk!

aku pun tengok la perencah dia tu, cam elok je. tapi, memandangkan lagi dua hari nak start final exam paper ni, memang aku avoid la untuk makan benda-benda yang boleh memudaratkan kesihatan ni. naye kat aku je kang kalau sakit perut dalam hall sabtu ni. tak nak lah aku!

habis tu, nak buat camne dengan mee yang dah direbus ni?


setelah melakukan perbincangan senat bersama teha, akhirnya kitorang decide nak buat murtabak megi je. kiranya, aku rebus lagi satu megi kari, tambah perencah kari sikit. maka, jadilah murtabak megi di tengah-tengah hari ni.


tadaaaaa! my first murtabak megi. okey tipu. yang aku punya uglyyyyy giler kat bawah. yang aku snap gambar atas-atas ni teha yang masak second round. kikiki

moral of the story, selalulah check korang punya expired date before makan. tu, dekat rumah ada sebotol jem tak luak-luak lagi. expired bulan 11 tahun lepas. muahaha. afiqah, afiqah. apa nak jadi la ni ntah. :P

p/s : daripada masak megi 5 minit, dah jadi setengah jam. 


[ked's sketching]

Tuesday, January 1, 2013

ADORABLE AFIQAH 2013 WISH LIST

uikss??

tahun baru dah menjelma. begitu jugak lah dengan azam baru, tekad baru, tak lupa jugak wish list baru. hewhewhew

maka, sempena tahun baru ini, adalah besar hati saya sekiranya, segala angan-angan, hajat, impian dan mimpi saya bagi tahun ini, dapat ditunaikan. aminn.

mari kita sama-sama lihat pembentangan wish list Adorable Afiqah bagi tahun 2012 2013.


hah, ini wish list saya. anda pula bagaimana? :)


[ked's sketching]

BYE BYE 2012, WELCOME 2013


uikss??


selamat tahun baru kepada semua readers dearked.blogspot.com! wah wah wah. pejam celik, pejam celik, cepat je masa berlalu kan? rasa macam baru semalam sambut tahun 2012. arini dah tahun baru dah. 

dulu masa kecik-kecik, eksaited la nak sambut tahun baru. yelah, dah tak sabar nak count down masuk sekolah menengah la, dah ada kat sekolah menengah tak sabar nak habis sekolah. dah habis sekolah, tak sabar nak masuk U pulak and the impatient behavior waiting for a new year is stop when i was 20. bila dah masuk umur 20 an, barulah rasa tak nak sambut tahun baru ni. yelah, dah sedar masa tu yang umur dah semakin meningkat. aiguuu~ 23 already this year. cepatnya masa berlalu.

dalam tahun 2012 ni, macam-macam dah benda yang dah berlaku. baik benda yang aku suka nak kenangkan dan juga benda yang aku cuba elakkan. biasalah, aku kan short term memory. so, nak ingat benda-benda yang dah jadi sangat la susah. senang cerita, belek jela entries aku tahun lepas dan korang akan dapat tahu apa yang telah terjadi pada diri aku melaluinya. kalau aku rajin, aku buat refleksi tahun lepas ea.

banyak lagi benda aku nak type sebenarnya, tapi aku dah mengantuk sangat-sangat. celebrate tahun baru dengan teha, mell, ika dan kak lala lah yang buat aku jadi macam ni. nak tahu kitorang celebrate dengan apa? janji dulu jangan jelez ea.


steamboat! terbaik dari mell's steamboat house! wooooo! dasyat tak masak steamboat dalam rumah. gigih taw mell bawak periuk steamboat sekali dengan dapur gas dari rumah dia. thanks mell. kalau tak, tak merasa la kitorang nak bersteamboat dekat rumah. huhuhu

ni sambutan tahun baru kami. korang pulak? :)


[ked's sketching]