Tuesday, October 9, 2012

AKU TERPAKSA MENCURI

uikss??

sobsobsob. 
maafkan aku wahai sang masa. 
aku terpaksa mencuri dirimu barang seketika.
kerana aku tahu.
hanya ini masanya.
untuk aku coretkan.
sesuatu yang telah lama aku abaikan.
di kehidupan yang satu lagi ini.

wah wah. kemain lagi kau berpuisi yea ked. sempat lagi tu dalam dok kata tengah curi-curi masa update blog seminit dua. ekekeke. well, don't call me adorable afiqah ea kalau ayat kat blog ni tak berbunga-bunga kan si baju biruku? :P

minggu lepas, minggu lepas-lepas, minggu ni, minggu depan, dan minggu depan-depan, aku tersangatlah busy nya. kalah pak menteri habaq hang! even si baju biru aku yang selalu busy pun tak sebusy aku dah sekarang ni. apakah? apakah dunia sudah terbalik? oh tidakkk!

mana? mana masa lapangku yang dahulu? mana masa girangku seperti di sem 3 tahun lalu? manaaa?

dulu, waktu-waktu camni boleh godek-godek laptop sambil minum milo sejuk. lepas online facebook, pergi kat twitter lak. bosan twitter, masuk blog. blogwalking. baca gosip artis. download running man, tengok balik family outing, search lagu-lagu jong kook kat youtube. sekarang ni, nak online facebook pun susah. bukak pun sebab tengok notification je. blog jangan cakaplah. daripada kau type bebel tak tentu arah ni, baik lah aku type assignments aku kan. hehehe

beza sungguh la sem 5 ni dengan sem-sem sebelum ni. banyak assignments nak kena hantar awal-awal sem. memang masak lah. aku pulak, dah terbiasa buat kerja last minute. tu yang terkejar-kejar tuh.

jumaat lepas, group aku buat assignment sampai ke cherating. check in hotel uolss. impiana gittew. booking bilik untuk 2 orang, tapi 4 orang yang masuk. hahahaha. standard lah. student kan? kena la jimat sket tang tu.

lepas check in, terus masuk bilik, snap gambar, snap setiap angle dalam bilik tu pastu barulah bergembira. haaa, malamnya, bermula lah misi kitorang yang sebenarnya. mengukur keluasan bilik! hehehe. ni semua untuk subject hotel design planning and layout yang kitorang amik sem ni. task dia, redesign balik mana-mana part kat dalam sebuah hotel. wah! cam student architecture lak aku rasa. >.<




uuuuu~ semata sebab nak buat assignment ni, sanggup pergi cherating jumaat tu, tidur semalam, check out sabtu tu, terus shoot balik puncak alam. uuuuuu~




alangkah best nya kalau sem ni ada trip sekelas lagi macam sem lepas. confirm havoc punyalah cherating kami kerjakan. hehehe



eh eh. dah ada improvement la mata aku. boleh bukak lagi 1 mm la! hahaha. happy tuesday guys! :)


[ked's sketching]

Thursday, October 4, 2012

TOO TIRED TOO THINK ABOUT THE TITLE


uikss??

mengantuknyaaaaaaaaa! time aku tengah type ni, sharp pukul 2.50 pagi. dan aku masih di sini ya. tak tidur-tidur lagi. sumpah ngantuk dek non hoi! mata dah rabak tahap apa dah ni. tapi dek kerana nak menyiapkan video untuk presentation esok, aku gagahkan jua diriku yang kudus ini.

minggu ni dan minggu depan merupakan minggu struggle bagi aku. struggle nak siapkan assignments yang bertimbun-timbun. dengan article review, mana presentation lagi. memang nak tidur seminit dua pun tak lepas lah jawapnya camni.

esok, aku kena pergi cherating pulak. stay sana 1 night. hotel layout and design punya pasai. seronok kan jadi student tourism. berjalan manjang. duit pun macam air jugak berjalannya. tak gitu? -,-"

okeylah. aku nak print assignment jap. ni pun update sat sementara tunggu 30 minit video nak publish. esok present pastu, merdekaaa untuk hari ni. waaa~ nak tidur!


Monday, October 1, 2012

THIS OCTOBER


uikss??


rasa macam baru semalam bukak sem. tengok-tengok pagi ni dah 1 oktober. wah! cepatnya masa berlalu. masuk arini, dah minggu keempat lah buka sem. assignments jangan cakap lah. berlonggok-longgok. tunggu masa je nak submit plus nak buat ni. hehehe

hai, masuk oktober ni maka official lah aku 22 tahun hujung bulan ni. oh tidak, diriku semakin tua! hukhukhuk. naik dah satu angka kat belakang. tapi takpe, sebab aku suka nombor 2, so, i'm really pleasure to face this october. ekeke

semoga oktober ini memberi 1001 rahmat dan rezeki kepada aku. semoga oktober ini segala-galanya dipermudahkanNya. semoga oktober ini berbeza daripada oktober sebelum-belumnya.



p/s : cuti mid sem 25 oktober ni. ah, cepatlah raya haji! nak balik rumah hantar blender kat ibu! huhu


[ked's sketching]