uikss??
Space U8! Okey, sape tak penah dengar Space U8 ni katne? Tipulah tak penah dengar. Kalau dulu, logic gak la kan. Tapi, skang ni since Versus wat kat sane, makin femes amous la plak Space U8 ni kan.
Space U8 merupakan eco-mall yang baru dibuka di Bukit Jelutong. Aku tak sure bile dibukanye tapi hujung taon lepas jugak laa. Design die cantik, memang nampak la ciri-ciri mall yang moden kat situ tapi tu la, tak banyak kedai yang bukak lagi. Kosong sesangat. Agak kecewa yea disitu.
Cume satu la yang aku nak puji kat Space U8 ni. Dan aku tak penah jumpe lagi setakat ni. Nak taw ape die? Jeng jeng jeng…
Maka dengan ini, saye sebagai owner blog ked’s story ini, menganugerahkan, anugerah surau terindah di mall Malaysia jatuh kepada…. *drum roll please*
SPACE U8!!!
Whoaaa~ first time aku masuk surau die, teros jatuh cinte. Tak nak balik rase. First time aku jumpe mall yang decorate skali surau diorang. Sumpah cantik giler. Korang mesti tak caye kan? Tapi tu la hakikatnye.
Dengan karpet lembut giler sampai tenggelam kaki aku ni, kat tepi dinding ade lak air mengalir so kite rase cam tenang sangat untuk solat. Ade bilik khas untuk tukar pakaian atau pakai tudung. Telekung yang disusun kemas. Al-quran dan tafsir. Kalimah Allah dan Muhammad di dinding. Masya Allah. Begitu besar pahala mereka yang menghias surau itu sampai jadi sebegitu rupa. Terima kasih kepada pihak pengurusan.
Aku memang respek la mall-mall yang sediakan proper built surau untuk visitor diorang. Banyak pahala yang diorang dapat sebab telah memudahkan orang untuk beribadat. Tak macam 1 mall ni. Sebesar-besar alam, boleh surau kat tempat parking, bawah sekali. Dah la kecik, muat untuk 3 orang je. Ya Allah, revenue korang dapat berjuta-juta takkan la nak bina surau pon tak leh?
Tak paham la aku ngan dunia skang. Korang pulak, ape surau tercantik yang korang penah jumpe?
p/s : sorry la kalau gambar tak bape nak clear. aku pakai phone cabuk je mase snap ni. hehe
[ked's sketching]
memang spaciousss gilerrr...kalah outerspace haha, tapi suraunya memang terbaekkk!!! awat jauh sgt kat Bkt Jelutong tuhhh....
ReplyDeletebesau giler!!teringat surau kat sunway piramid =)
ReplyDeletecantik...lagi cantik klu orang ramai gunekan surau tu kan.....
ReplyDeletemasa mula2 space U8 ni buka, takde surau pun kan. then, bila ada, mmg btol2 surau la dorang buat. *terpegun sbb cantik*
ReplyDeletewaw....teruja. terasa nak pg jer
ReplyDelete