AMANAT HARI RAYA 2012

9:02:00 PM


uikss??

haaa.. tengah buat apa tu korang? melantak ketupat ke? nyum nyum nyum. sedapnyaaaa! aku kat sini dah tukar baju biasa dah. first day tak pergi beraya mana-mana pun. duduk rumah je. hehe

pagi raya tahun ni dimulakan dengan sembahyang raya kat dekat masjid rumah nenek aku. semenjak beberapa tahun kebelakangan ni, kitorang sembahyang kat situ je anak beranak. suka aku bila tengok aki dengan nenek aku mengucapkan syukur bila ramai jemaah sembahyang raya tahun ni. tambah-tambah pulak imam tu cousin aku, memang senyum lebar jela diorang. siapa tak bangga kan cucu sendiri mengimamkan sembahyang raya ye dak?

lepas tu, semua berkumpul kat markas. mana lagi, rumah nenek aku la. budak-budak memang dah tunggu lama dah saat ni. yelah, masing-masing dah ready poket semua nak collect duit raya. ngehngehngeh. tapi before tu kena pass session bermaaf-maafan lah kan.

mula-mula of course la nenek dengan aki aku dulu bermaafan. sebak pulak tengok otai couple ni mintak maaf. sampaikan uncle aku dah berair mata. hahhaa. kesian uncle. anak bini dia semua balik besut beraya. dia pulak yang sangkut kat sini sebab tak dapat cuti. ekeke


lepas turn anak-anak wek dengan aki, masuklah turn kitorang pulak, cucu-cucu bertuah ni hah. tengok ayah, mak-mak saudara aku semuanya menangis salam dengan aki, aku pun ingat nak chill jelah. kekonon nak cool kan. takde maknanya! salam je aki, aki cakap camni,

" kak long, nanti jadi anak yang berguna. tolong ayah tu nanti. "

sobsobsob. terus air mata mengalir tak nak berhenti. sedih sangat. aku nak mintak maaf zahir batin dengan aki aku pun tak lepas.

" aki, doakan kak long jadi anak yang bertanggungjawab. doakan kak long tak lupa diri satu hari nanti. "

wuuu~ memang mendalam sangat ayat aki. insya Allah, nanti bila aku dah habis study, dah dapat kerja elok, aku akan tolong parents dengan adik-adik aku. aki tolong sedarkan kak long yea kalau kak long tak sedar.

then, habis part touching, masuk la pulak part happy. happyla dapat duit raya! tapi, dah makin meningkat umur ni, dapat kutip sikit jela. paling banyak pun aku dapat 10 ringgit. sobsobsob. tu pun lepas aku pau cousin aku yang memula bagi 5 ringgit, pastu aku tarik lagi sekeping duit hijau tu masuk dalam angpau aku. hahahaha







alah. banyak gambar tak clear lah. ni pun nasib baik ada yang ambil gambar. siapa lagi, ayah aku lah! hahahaa. time kalut-kalut nak kaut duit raya ni mana la sempat nak fikir pasal nak ambil gambar semua.

kan sebelum ni aku ada cerita pasal niat nak bagi duit raya tak jadi tu kan? lepas jugak aku bagi duit raya. tu pun dari duit-duit yang aku dapat pagi tu. hahahhaa. tapi dekat anak saudara sepupu aku jela. kikiki.


selebet giler kan tudung aku? ah, biarkan. hahaha. malas punya pasal, tu jelah yang aku mampu. 

lepas tu, semua pakat serbu makan satay dekat rumah mak saudara aku yang tak sampai 20 langkah jauhnya dari rumah nenek aku. hahaha. lepas makan semua tergedang tidur kat situ. naisss!








pukul 2 petang, semua dok berkumpul depan tv1, tengok rancangan khas kanak-kanak sempena hari raya yang di hostkan oleh cousins aku dua beradik tu hah. nak tergelak bila tengok baju raya amat sama dengan baju yang dia pakai dalam show tu. hahaha. teruklah kena bahan budak tu bila dia datang rumah aku pulak petang tu. ekeke

dah dah. nak tengok mael lambong lak ni. esok ada open house rumah kawan ibu. makan nasik briyani wooo! 


p/s : entry ni di type semalam, lepas tu masuk dalam draft then ni baru publish. sebab tu kalau korang perasan ayat atas-atas tu cam pelik sikit. malas nak edit! hahaha


[ked's sketching]

You Might Also Like

2 Comments

  1. Ouh meriahnya!

    selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe,,
      selamat hari raya jugak kak nis..

      Delete

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers