Showing posts with label result exam uitm. Show all posts
Showing posts with label result exam uitm. Show all posts

Friday, February 15, 2013

MASIH ADAKAH HARAPAN BUATKU?


uikss??

arini, kalau korang ramai member uitm, maka penuh laa kat timeline diorang dok post pasal  result diorang. nasib lah result keluar arini. hari jumaat, hari yang berkat. maka, aku amik berkat sempena hari tu untuk tengok result. semalam sampai pukul 2 pagi kot aku dok refresh email. dah lama sangat dok menghadap email tu, tak masuk-masuk jugak, aku pun tido laa. dengan harapan boleh tengok lepas subuh. huhu

subuh tadi, lepas je solat cepat-cepat aku online check. dengan lafaz bismillah, aku bukak email tu. baca belah tepi dulu. tengok-tengok semua dia tulis LU. okey. aku pass semua subjek. then baru tengok full result. alamak! english aku C+. dah la first subjek pulak tu diorang letak. terus aku down. wuuuu~

tengok-tengok cgpa, naik 0.01 je. aku dah cuak dah. aku tak kisah la dapat dean list ke tak, tapi aku nak sangat cgpa aku naik banyak sebab masa sem 4 tu aku turun giler kot. aku nak cgpa 3.5. tapi dengan yang sekarang punya cam impossible je. wuuu~ masih adakah secebis harapan buat diri ku ini?

lagi 0.09 nak cecah 3.5. sangat banyakkk nilainya tu. next sem ni memang kena struggle mati-matian la. kena lapah penyakit malas dalam diri aku ni. kena jugak hablul minnallah wa hablul minannas ni. semoga Allah permudahkan jalan aku dalam menuntut ilmu ni. last sem. last effort. fighting adorable afiqah!



p/s : kite tak dapat dekan. tak leh tuntut hadiah kat si baju biru. wuuuu~


[ked's sketching]

Friday, August 3, 2012

LIFE MUST GO ON


uikss??


nothing left to regret. Dia tahu setakat mana effort kita, dan setakat itu sahajalah kita layak dapat. tapi, aku takkan putus asa. teruskan usaha, dan teruskan menanam semangat walaupun aku tidak setekad itu. bukan kah kegagalan itu mengajar kita untuk kuat dalam mendapatkan kejayaan? life must go on. kalau kita dok menyesali apa yang terjadi tanpa melakukan perubahan, tak guna jugak. 

haaa.. nampak tak ayat frust kat situ?

frust la. frust dengan result yang tak di jangka. frust dengan cgpa yang langsung tak nak tolerate ngan kita sebab jatuh. frust dengan diri sendiri yang tak serius. 

kali ni, memang aku kena kuatkan semangat untuk serius dalam study aku ni. no more study last minute hopefully. nak kena kejar jugak last cgpa 3.50. current cgpa 3.40. nampak cam sikit tapiiiiiii, azab tu nak dapat. 

insya Allah aku boleh lakukan next sem! do not give up afiqah! kuatkan semangat! anda pasti boleh!



[ked's sketching]

Thursday, August 2, 2012

TRAFFIC YAHOO MAIL DI JANGKA SESAK BERMULA 3 AUG


uikss??


Shah Alam, 2 Ogos - Traffik di laman Yahoo Mail di jangka sesak bermula pada pukul 12 hingga 1 pagi 3 Ogos nanti. Ini kerana ribuan pelajar UITM termasuklah induk dan cawangan berebut-rebut untuk membuka email yang selama ini tak pernah di buka semenjak habisnya minggu-minggu final exam 3 minggu yang lalu untuk mengetahui result masing-masing. Oleh itu, orang awam di galakkan untuk tidak memilih masa itu untuk memeriksa email mereka bagi mengelakkan tekanan jiwa dan perasaan apabila Yahoo Mail lambat loading or hang. 


p/s : good luck to all uitm students. semoga korang mendapat keputusan yang cemerlang. doakan kejayaan kita bersama. aminn..



[ked's sketching]