Thursday, September 17, 2015

ADAKAH ITU NIKMAT AFIQAH?







A good friend of mine became down after facing some issues. Aku try to boost up spirit her again by giving this verse, tapi aku takut ayat aku mungkin too harsh for her. Tapi niat aku satu je, untuk dia kembali refleksi diri dia. Untuk membutakan segala kekurangannya, dan kembali celik dengan kelebihannya. 



Aku tidak pandai memberi nasihat, lagi kan pulak bermadah pujangga. Apa yang aku tahu, aku hanya mampu berkongsi resepi kekuatan yang aku pegang selama ini. Baik dalam mengharungi segala bentuk ujian mahupun motivasi diri, yang kadang-kadang aku sendiri rebah dalam timbunan kata-kata positif yang aku cuba bentengkan dalam diri aku.



Dan nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kamu dustakan? Nikmat yang paling besar dalam hidup kita, nikmat Iman dan nikmat Islam. Masya Allah. Yang tu paling tak terhitung besarnya. Kita lahir-lahir lagi membesar dalam Islam. Ada orang, sampai ke penghujung hidup dia pun masih tidak mendapat nikmat Islam. Tak ke nikmat namanya tu? Syukurlah. Allah memilih kita untuk merasai semua itu sedari lahir lagi.



Tiap kali aku rasa down, tiap kali aku rasa frust sebab tak dapat benda yang aku nak, ayat ni terus masuk dalam hati aku, menyucuk, pedih, tapi ada kebenarannya.



Ada orang kehilangan ibu bapanya sedari kecil,
Tapi kau masih berpeluang untuk tinggal bersama ibu bapamu sehingga kini.
Adakah itu nikmat Afiqah?



Ada yang tidak mempunyai pendengan dan penglihatan yang baik,
Kamu lengkap semuanya walaupun mata sedikit rabun dan telinga yang tersumbat sedikit.
Adakah itu nikmat Afiqah?



Ada yang sedang bertarung nyawa, ataupun menghidap asma sedari kecill sehingga susah untuk mereka bernafas,
Sedangkan kamu dengan selesanya menghirup udara segar setiap hari, tanpa perlu risaukan kesihatan kamu.
Adakah itu nikmat Afiqah?



Ada yang hidupnya berbumbungkan langit, berlantaikan tanah, bermandikan hujan.
Dan kamu masih boleh lena diatas hamparan tilam tebal, beranginkan kipis elektrik dan beralaskan bantal.
Adakah itu nikmat Afiqah?



Dan kembali menyoal diri kita sendiri, adakah segala benda yang kita dapat ini nikmat daripadaNya? 




Jika ya, alhamdulillah... ^.^,


Wednesday, September 16, 2015

SELAMAT HARI MALAYSIA 2015!









We're all like a piece of puzzle
Without one, a whole puzzle will be incomplete
Each of pieces got it's own color
But when they had blend together
They will produce a very beautiful puzzle
And they are
MALAYSIAN..



Happy Malaysia Day, Malaysian!

Tuesday, September 15, 2015

TUDUNG ALEENA YANG PENUH BERGAYA DARI ZALORA





Pejam celik-pejam celik dah nak dekat Raya Haji. Terasa begitu cepat masa belalu. Bagi anda-anda sekalian yang sedang sibuk bekerja ni lagi lah kan, mesti tak sedar raya dah nak dekat. Masa ni mula lah pening memikirkan baju apa yang nak dipakai pagi raya nanti. Nak tempah, tailor tak nak amik dah. Nak keluar pergi cari baju raya, rasa macam malaslah pulak kan since raya haji je. Tapi niat dihati tu nak laa jugak sedikit kelainan kali ni. Betul tak?



Takpa. Kali ni, why not kita ubah sedikit penampilan dan shopping style kita. Instead of raya kali ini kita berbaju baru, kita tukar dengan bertudung baru. Haa. Pakai je baju raya last year ke ataupun baju nikah pun boleh kalau rasa bersesuaian, cuma anda perlu gayakan sahaja dengan tudung baru. Barulah tampak fresh dan elegan sikit.



Ditambah pulak dengan pilihan tudung daripada koleksi terbaru Aleena tudung daripada Zalora, lagi lah berseri-seri dan trendy anda semua di hari raya ini. Confirm jiran-jiran mesti jealous punyalah bila tengok anda menggayakan koleksi tudung Aleena ni. Hiks!








Sebenarnya, tak hairanlah kalau koleksi tudung Aleena ini mendapat sambutan yang tinggi daripada pembeli kerana tudung Aleena ini diperbuat daripada materials yang bermutu tinggi. Haaa, bukan kain sebarangan ye yang diorang gunakan untuk koleksi tudung Aleena ni. Padanlah lah kesemua pilihan tudung yang terdapat dapat koleksi ini nampak stylish dan eksklusif belaka!






Tapi kan, nampak dalam gambar ni cam shawl je, ahkak tak reti laa nak pakai shawl belit-belit ni dik. Akakkk! Jangan takut kak. Untuk koleksi tudung Aleena ni, demi untuk menjadikan geng-geng kita ni (#gengtakretipakaishawl) bergaya, diorang ada publish instant shawl under Aleena untuk kita. Haa terharu takk? *kesat air mata*. So tak payah nak pening-pening download tutorial “how to belit shawl dalam masa 1 minit di pagi raya” kat youtube nanti. Hehhee. Efisyen tak diorang? Kalau tak nak shawl, bawal pun ada untuk kita-kita yang #gengpakaitudungbawal ni. Siapa kata susah nak jadi stylish di zaman IT ni. Semua tu di hujung jari kita je. *winking*






So amacam? Nice kan macam ni. Tak payah nak pening-pening serabut-serabut pi Jalan TAR segala semata-mata nak cari tudung. Dah dah. Pi bukak laptop ka PC ka, pi kat website Zalora, search bahagian Women > Pakaian Tradisional > Hijab > then jumpa laa koleksi tudung Aleena. Pilih yang mana korang berkenanan, do the payment, then tunggu jela koleksi tudung Aleena korang sampai kat depan muka pintu rumah korang! Yeayyy!!



Then, what are you waiting for? Seranglah Zalora sekarang!! Raya Haji minggu depan dah ni uolsss!!! J

Friday, September 11, 2015

FREEBIE : ENGLISH IS FUN








A freebie for any teachers or students or anyone lah yang tengah cari material untuk English week ke apa ke. Feel free to save it! Hehehe.



Teha lah puncanya. Aritu dia mintak tolong aku bagi idea untuk student dia buat poster. Dah kebetulan masa tu aku baru nak bukak laptop, aku pun draf laa sket-sket. Aku pun takde idea gak masa dia kata macam tu sebenarnya. Hiks. Sebab tajuk yang dia bagi tu terlalu general. Tak specific sangat. Dalam otak aku dok imagine Oh My English! jela kan. 



So lepas godek-godek, jadilah a simple poster. Sesuai laa untuk primary school i think. Mihmihmih. 



Aaa dah alang-alang tu mana-mana cikgu yang nak kite designkan poster ke jadual waktu ke banner selamat datang ke sifir ke ape ke, boleh laa contact kita kat sini;





#sharingiscaring uols!!

Tuesday, September 8, 2015

INVESTIGATE TWICE BEFORE VIRAL IT



Bak kata pepatah melayu, fikir dulu sebelum buang. Hahhaa. Tapi ni version lain sket. Pikir dulu sebelum post. Gitteww. Harap story aku ni dapat jadi pedoman dan iktibar untuk kita sebelum memuat naik sebarang status di media masa harapnya.


Alkisahnya semalam, ibu mintak tolong aku bukakkan penyata gaji dia. Aku pun google laa cari web site e-gaji. Mantappp gomen skang ni. Masa aku kecik-kecik dulu nengok ibu pakai slip je. La ni dah ada e-gaji. Aku rasa senang lagi macam ni. Bila nak statement, log in je. Tak payah nak simpan slip gaji tiap-tiap bulan pastu kena makan ngan anai-anai. 



Then dah bukak tu, tengah under maintenance pulak. So tak dapat laa nak tengok penyata gaji ibu tu kan. Takpelah kan. Tapinya, disebabkan aku ni ada OCD dalam bab-bab kesempurnaan ayat ni kan, aku terperasan satu benda dalam notification web site tu.






The word yang first sekali aku tangkap ialah word PENYENGGARAAN. Aku macam what da? Bukankah ianya suppost to be PENYELENGGARAAN instead of PENYENGGARAAN? How come website gov boleh salah benda kecik camni? Why u no check with DBP first before publish it to the public? Ni nak marah ni. 



Untuk make sure yang aku tak salah sangka, aku key in word PENYENGGARAAN ni dulu kat google. 







See what i found! told ya. Google pun betulkan ayat aku. Aku dah create ayat dah nak update kat moment We Chat. Huhuhu. Pastu tetiba terpikir nak check DBP lah bagi kuatkan lagi bukti aku ni. Aku pun google la DBP, cari kamus online, key in word tu. Sekali... hambik kauuuuu~







Memang wujud wording tu woihhhh rupanyaaa. Malunyaaaaa akuuuuu. Huhuhu. Sket lagi nak jadi viral. Hee. Nasib baik aku tak ikut kata hati sangat. Sebab tu orang tua-tua ada kata ikut kata binasa, ikut hati mati. Terlajak perahu boleh reverse, terlajak upload buruk padahnya. Adehhh..



Why i'm so rigid dalam kesalahan bahasa macam ni? Sebabnya aku berada dalam dunia advertising sekarang ni. Dan aku sangat details dalam semua kerja-kerja aku. Sebab aku kena avoid salah eja dan yang sewaktu dengannya. Sehabis mungkin cuba. Of course kena details sebab nanti kalau banner atau signboard dah naik, dah pasang, sekali kau salah eja. Mana nak letak muka masa tu beb? Malu laa. 



So, anggaplah ini sebagai new lesson yang kita dapat tahu. Huhuhu. Jadinya kalau confuse macam ni, check dulu dengan DBP. Apa-apa pun, refer DBP first. Sebab sekarang ni ada certain word yang kita gunakan as bahasa pasar pun dah approved by DBP. Cuma kita je yang tak tahu. Yelah, dah lama tak tulis karangan kan? Hehehe



Be a wise internet user guys! Check first before post any comment. Jangan tamak sangat nak share je semua benda. :)



p/s : kalau nak check DBP online tu boleh terus ke link bawah ni.
http://prpm.dbp.gov.my/