Wednesday, March 19, 2014

MY SHOES


uikss??





[ked's sketching]

Friday, March 14, 2014

DAY 7 | MH370

uikss??




hari ketujuh
masih ramai setia menunggu
masih ramai tak putus berharap
masih ramai tak lekang berdoa
masih ramai ternanti-nanti bayang badannya
masih ramai menjadi ketagih ilmu semasa
dan masih ramai yang tidak mengabaikanmu

MH370
muncul lah dikau
walau di mana ceruk kau berada sekalipun
walau perit sekalipun pengalaman yang kau lalui
walau sakit macam mana sekalipun yang kau rasa
tunjukkanlah mukamu ke mata dunia sayang
supaya kami dapat merawat lukamu
supaya kami dapat menenangkan hatimu

Ya Allah
bantulah kami
tunjukkanlah kepada kami
akan ke mana perginya dia
ampunkanlah kami ya Allah
kiranya kami terleka selama ini
dan jika ini adalah ujian Mu untuk kami yang alpa
maka kami redha

Bantulah kami ya Allah
bantulah kami mengakhiri penantian ini
kerana kami sudah buntu
buntu untuk menilik pengetahuanMu
Aminn ya rabbal alamin.


[ked's sketching]