Wednesday, September 25, 2013

ATTENTION TO ALL JOB SEEKERS


uikss??

anda sedang mencari kerja? 
buntu untuk mencari kerja yang sesuai dengan anda?
stress sebab takde panggilan interview lagi sampai la sekarang?
ingin mengetahui potensi kerjaya dalam kompeni-kompeni idaman?

jika anda semua mengalami masalah yang sama seperti saya, marilah kita keeee.......



BN Youth Job Fair '13
27-29th September 2013
10am-6pm
Tun Razak Hall 1, PWTC

untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi seperti yang tertera di bawah;



okey! see you there! >.<


[ked's sketching]

Tuesday, September 24, 2013

DIA LEBIH TAHU...


uikss??


sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kami. kami berserah kepadaMu ya Allah. permudahkanlah segala perancangan kami.

aminn ya rabbal alamin.

[AH 221002]

Monday, September 23, 2013

NASIB LEEEE...


uikss??

actually, aku tak taw gangguan siaran tv3 arini melibatkan area mana je tapi yang aku taw selangor ngan pahang semua dok sibuk komplen tv3 takde siaran. aku tanye teha, umah dia dapat tak tv3, teha kata ada jee. tapi, teha pakai astro. huhu. umah aku ni takde astro. adakah umah yang pasang astro dapat tv3 or certain area jee yang tak dapat siaran tv3? haaaa. itu yang kite tak taw. mohon tv3 buat pencerahan bagi masalah siaran ni.

yang jadi tak puas hatinya ni, arini dah la banyakkkkkk sangat last episode. dengan derhaka seorang madunya, asmara luna lagi. cinta jannah, even tak abes arini tapi ni second last episode kot! penting tu wooo. banyak menjawap persoalan dalam cerita ni. aiguuu~~




mujur laa ada tonton. mujur jugak broadband behave arini. dapat laa jugak tengok episod arini. kalau tak, memang berbakul-bakul laa keluhan (puii, ayat sopan sangat. err, makian ayat sebenarnya) yang aku bagi dekat tv arini. 

kepada semua peminat setia cinta jannah yang frust tak dapat tengok episod arini, jangan risau, tonton kan adaaaaa... ekeke

bersama-samalah kita doakan siaran tv3 pulih seperti sedia kala. untuk umah yang takde astro cam umah aku ni, memang berharap kat tv3 jelaaa. semoga kabel yang terbakar kat ulu kali tu cepat dibaiki. 

p/s : korang minat layan cinta jannah tak? next cerita love you mr. arrogant yang ganti cinta jannah tu rasanya adaptasi novel. nanti nak beli lah novel tuu. >.<


[ked's sketcing]

Tuesday, September 17, 2013

DI LUAH MATI EMAK, DI TELAN MATI BAPAK...


uikss??

susahnyee lahai bila ada dalam keadaan tersepit macam ni. nak cakap tak leh. tak cakap kang orang tak tahu cite sebenar. semua orang akan pandang serong dekat side kami seolah-olah kami yang bersalah yang kejam dalam cerita ni. ada sebab kenapa aku buat semua tu. ada sebab kenapa aku decide peraturan tu. aku bukannya kejam, bukannya takde perasaan belas kasihan. tapi dah banyak kali, dah banyak kaliiiiiiii sangat aku kena benda yang sama. aku dah serik. aku dah tak percaya. sebab dah kerap sangat benda yang sama terjadi. 

hmmm. entah lah. nak cite full story pun tak boleh. ni pun tersepit jugak. nak sangat cite, nak mintak opinion korang untuk masalah aku ni. tapi ianya terlalu confidential. sebab melibatkan family. so aku stress laa sesorang. huhu.

adoi laaa. tekanan sungguh laa benda ni. kang ade jugak kena tekanan darah tinggi diusia 22 tahun 10 bulan 25 hari. 

i wish that one day i can have strength to tell them the truth. :(



[ked's sketching]

Friday, September 13, 2013

AGAK FRUST SEBENARNYA


uikss??

at last, setelah 2 bulan melepak kat rumah sambil menanam anggur dan menternak lemak, akhirnya diri aku rasa terpanggil jugak untuk cari kerja since tension memikirkan dua bijik phone yang nak kena bertopup, pencuci muka yang dah tinggal hujung tutup je dan lip balm yang dah lama tak beli baru. stress woii takde duit nak beli ape yang kite nak!

lalu, semalam, dengan tekad dan semangat iltizam yang tinggi, aku pun berazam laa nak siapkan resume aku. haaa, percaye tak orang lain dah berpuluh-puluh resume hantar nak mintak kerja aku baru siap buat resume semalam. hehehe. kau hadooo?




aku beriya sangat siapkan resume tu sebab aku nak apply satu post ni, kat streamyx temerloh. aku ade tertengok iklan tu mase gi streamyx 2 minggu lepas. 2 minggu lepas tengok iklan, pastu berangan kemain nak kerja situ pastu nak gi anta resumenya arini? korang agak-agak dapat tak aku post tu?

dek sebabkan effort aku yang tak seberapa, tadi aku dah excited nak gi hantar resume tu, akhirnya hancur kecundang ditengah jalan bila aku tengok post tu dah tak available dah. kiranya dah ada orang isi dah. hailaa. padan lah ngan muka aku pun. dok berlenggah-lenggah lagi.

ekceli aku agak frust sebenarnya. sebab aku target nak cari kerja sementara la kat area rumah aku ni. sebab boleh jimat banyak kos dari segi sewa rumah, households, banyak lagi la. boleh la sementara tu aku nak saving sesikit nak kawen nanti. hahahaha. amboihhh, gatai nau bunyinye kan? bukan apa, simpanan untuk masa hadapan. kannnn?

bila dah jadi camni, aku apply jela kerja kat kl yang bersepah-sepah kat job street tu. kalau ade rezeki aku nanti, ade lah kan? malas nak pikir dah kerja kat mana-mana pun. rezeki kadang-kadang tak boleh nak expect kan kat mana. :)

sekarang ni doa jelaa kot-kot sangkut kat mana-mana company ea. untung-untung kalau dah ada duit sendiri nanti boleh buat give away yedak? korang jugak yang beruntung kannn. heee

aminn :)


[ked's sketching]

Monday, September 9, 2013

SEMENTARA BELIAU MASIH ADA


uikss??




tatkala teman lain sibuk mempromosikan diri sendiri
demi pengalaman hidup bergaji
tersampai suatu berita dicupingku
akan secebis kisah pilu

rupanya
seorang sahabatku sedang berduka
rupanya
dia sedang menghimpun semangat
dalam menerima
suatu keadaan yang tak dijangka

bersabarlah wahai sahabat
hikmahnya tiada siapa dapat menebak bila
cuma satu yang ku tahu
syafaat yang kau bakal rasai amat besar
kerana apa yang kau lakukan bukan calang-calang
sementara beliau masih ada

beliaulah tulang belulangmu
beliaulah gumpal darahmu
dan beliaulah detik nadimu
redhalah atas ketentuanNya
teruskanlah menabur jasa
semoga doa kami mengiringi
kekuatan dan kesejahteraan
yang kau pohon pinjam buat masa ini

aminn aminn ya rabbal 'alamin


[ked's sketching]

Friday, September 6, 2013

MY HELLO KITTY CHARM'S STORY


uikss??

start dari awal julai aritu, 7E ada offer hello kitty charm kat customer diorang. dengan syarat, korang kena kumpul sticker yang akan diberikan sekiranya korang spend more than 5 ringgit kat mana-mana store 7E yang berkenaan. untuk 20 sticker, korang boleh redeem 1 hello kitty charm. waaa~ kiut kan?



aku ekceli agak suka la hello kitty ni. tapi takde laa obses sangat. berminat laa nak kumpul charm ni tapi since masa tu aku rase cam impossible je nak collect sticker ni, so aku ignore je laa.

sampai la masa aku balik dari puncak alam hujung bulan julai aritu, aku singgah kat mana punya petronas ntah yang ada 7E kat situ. masa aku bayar tu cashier dia offer kat aku sticker hello kitty. dia bagi aku 4 stickers skali. waaa. ini sudah bagus. dah alang-alang aku dapat 4 stickers tu, aku pun decide laa nak kumpul banyak-banyak sticker pastu redeem charm tu.

aku ade baca terms and condition kat belakang card tu. mengikut pahaman aku, 20 stickers dapat 1 charm hello kitty. 10 stickers pun boleh redeem charm jugak tapi kena add on lagi RM3.90 laa. 

so, my strategy is untuk collect 2 charms sekaligus. maksudnya kat sini aku collect 20 stickers, tapi aku tebus 10, 10. ada paham? heee. kekonon nak buat pandai laa. tambah lagi dua kali RM3.90 aku dah boleh dapat 2 charms.

namun begitu, aku terlepas pandang satu terms ni. kat card tu dia ada mention yang card tu tak boleh dipotong mahupun dipisahkan. dan aku pulak dah tepek siap 20 stickers kat satu card tu. suppostly aku kena amik card lain dan hantar 2 cards untuk redeem 10 stickers setiap satu. 

dannnnnn.................

aku baru realize benda tu kat kaunter. masa aku nak redeem kekononnye laa 2 charms sekaligus. pfttt--

nak buat camne. silap aku gak tak tanya syarat-syarat diorang betul-betul.

maka, dapatlah diri ku ini menebus satu charm hello kitty ini sahaja. 




tadaaa! walaupun satu, ianya sangat berharga taw. sebab penat lelah mengumpul sticker tu tak boleh blah hoi. siap kawan ibu yakni cikgu sekolah rendah aku tolong kumpulkan sekali. kau hadooo? :D

kepada sesiapa yang berkenan dengan charm ni, kalau korang banyak duit, cecepat laa serbu mana-mana store 7E yang berkenaan sebelum 8hb ni. sebab tu last date diorang issue sticker ni. tapi korang boleh redeem sticker tu before 15hb ni. dan, jangan lupa tanya kaunter kalau korang tak paham mana-mana terms and condition yang diorang bagi. jangan menyesal cam aku ni sudah lah yek. 


all the best!


p/s : thank you sooo much for my new purse. i do love you. eh, silap. i'm lovin it. :)

p/s/s : entry ini tidak langsung sama sekali mendapat tajaan daripada 7E. harap maklum.


[ked's sketching]