Friday, April 26, 2013

TEASER : SETIU TOUR


uikss??



offline until this becoming sunday due to this project. tata. the following entry will be update after i come back from setiu. wheee. setiuuu, here i comeeee!


[ked's sketching]

Sunday, April 21, 2013

4 TAHUN SUDAH BERLALU


uikss??


4 tahun lepas, aku tukar plan hotlink aku daripada biasa kepada hotlink youth club. pergghhh! heaven giler. rase cam pakai UOX pulak. memang kena lah dengan status aku sebagai student. jimat sesangat. topup 5 hengget pun boleh bertahan sampai 21/4/2013. waaa. no more expired dates kalau topup 5 hengget ni bagi aku. hewhewhew

namun begitu, pada hari ini, semuanya telah kembali seperti sedia kala. 


pftt~ mentang-mentang la aku abes study tahun ni. semua pakat nak expired. nasib baik la tak pakai nombor hotlink sangat skang ni. jimat tak yah topup. hahaha. lepas ni, memang aku pakai nombor ni untuk angkat call jela ea. 

p/s : rasa macam nak tukar nombor baru je. nak start a new life. :)

p/s/s : eh, lupa pulak. happy holiday for meee~! :)


[ked's sketching]

Wednesday, April 17, 2013

PENTINGNYA JAGA HATI

Uikss??

Ini merupakan penggal akhir.
Penggal penentu nilai gred.
Penentu tingkat ijazah.
Penentu tamatnya segala kuliah selama ini.

Ini juga merupakan penggal yang kritikal.
Kritikal dengan masalah hati.
Kritikal dengan campur baur emosi.
Kritikal dengan kawalan diri.

Kuat lah jati
Kuat lah hati
Kuat lah tekad
Abaikan segala yang mengganggumu
Buang jauh-jauh
Tendang laju-laju
Carilah pemati
Insya Allah lebih diberkati

p/s : 2 test esok. Dead meat!

Sunday, April 14, 2013

ADA BAKAT TAK?


uikss??


ehem ehem. sila dengar video ni. ada bakat tak agak-agak untuk aku try buat dubbing voice pasni? huhuhu. mana taw kot-kot boboiboy ke, upin ipin ke, nak buat casting untuk watak baru ke, boleh aku try. kikiki. 

dan kepada mana-mana producer untuk buat video interaktif kanak-kanak ke, saya boleh jadi suara latar!

almaklumlah, bulan 7 ni dah abes study. boleh slow-slow mencari potensi diri nak memarketkan talent sendiri. huhuhu


p/s : too many things to do and to think. sorryyyyy lama tak update. :(


[ked's sketching]

Wednesday, April 3, 2013

WRONG ROUTE

Uikss??

Sometimes
In life
We need to take the wrong route
Before we can see the right one

Sometimes
In life
The wrong route is hard to realize
Take ages to find out
But
It will gives you something that you will never expect
To get
And to achieve

They are
Experience
Patience
And courage

So,
If you had found the end of your route
It's still a hope if you return back
Take the hope
Start your new route
With a new hope

Who knows
That hope might be shine bright with you
Don't be afraid to get the wrong route
Cause you'll find the right one after that
:)

Tuesday, April 2, 2013

BIARKAN AKU

Uikss??

Biarkan aku
Sendiri merawat hati
Sendiri menyembuh panas
Sendiri membalut luka
Sendiri menyapu ubat

Biarkan aku
Berteleku meminta tolong
Berlutut menadah tangan
Berharap dengan jiwa
Moga apa terdetik dihati
DidengariNya
Dan dimakbulkanNya

Biarkan aku
Tak berkutik dengan isi hatiku
Tak goyah demi lidah manusia
Tak rebah menurut tanah
Teguh berdiri
Seperti pohon yang akarnya sekaki

Biarkan aku
Mencari sedikit spasi
Untuk berehat dari berfikir
Untuk tenang dari kusut
Untuk bertatih menerima
Takdir
Walaupun ia menarik masa
Dan rasa

Biarkan aku begini
Duhai minda?
Oh,
Dan hati jua.

Monday, April 1, 2013

APRIL FOOL, APRIL MORNING

Uikss?

Pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan april. Whoaa. Dah sebulan nampaknya bukak sem. Hujung bulan ni cuti mid sem. Hohoho. Me is happy!

Happy, happy jugak. Bangun-bangun pagi, dah rasa tekak tak best. Takpe, bangun-bangun, mandi, makan cornflakes semua, kepala dah rasa berat dah. Jengjengjeng. At last, seawal bulan ni kite demam jugak akhirnya. Good.

Then, dapat pulak berita subuh tadi yang kshownet, sebuah website yang menjadi tumpuan downloaders running sedunia untuk dapatkan stock running man yang telah di translate subtitlenya ke english akan mengakhiri project mereka sampai episod 139 ni je. Aku harap kshownet buat lawak sebab arini april fool kan? Kalau tak, merana lah aku nak cekau mane tengok running man with subs yang terbaekk dari ladang. Yedak?

Okey. Kepala semakin memberat. Got to go. Inilah secara kasarnya, gambaran permulaan april bagi aku. Korang pulak camne?

p/s : aku rasa aku demam frust la ni. Tak pun demam kecewa. Pftt~!