MIRACLE IN CELL NO 7

10:54:00 PM

uikss??

selamat hari raya aidil adha uolss! senyap sunyi jee blog dahku ini kan. almaklumlah, mak busy uolss. aritu iols keje tapi genap seminggu keje iols resign. muahahaha. boleh tak camtu? haaa. yang tu lain entry ea. ni nak review movie sat.


MIRACLE IN CELL NO 7. aku jumpa movie ni dalam pendrive member aku. memula aku ingat movie ni pasal ape. yela, aku yang korea ni layan variety show jee. drama diorang pun reply 1997 jela satu-satunya yang aku tengok abes. dah tadi bosan-bosan aku try laa tengok cite ni.

sekali, tudiaaaa baqhangggg. meleleh-leleh ayaq mata cheq nohhh tengok cite ni. sedih ngat aihhh. memang layak di tayang time hari bapa nanti. :'(



cerita ini berkisarkan tentang kisah seorang lelaki lembam yang bernama Lee Yong Goo dengan anak perempuannya, Lee Yea Seong. walaupun Yong Goo lembam, akan tetapi mereka menjalani kehidupan sama seperti keluarga normal yang lain. Yong Goo hanya bekerja sebagai pembantu kawasan parking kereta. oleh itu, duit gajinya kadang-kala hanya cukup untuk keperluan harian mereka berdua sahaja. tak lama lagi Yea Seong akan memasuki alam persekolahan. dia mengimpikan untuk memiliki sebuah beg Sailor Moon sebagai beg sekolahnya. hanya ada 1 kedai sahaja di tempat mereka yang menjual beg itu. kiranya macam kalau habis beg kat kedai tu, maka habislah beg tu. dek sebab Yong Goo ni tak cukup duit, hari-hari dia bawak Yea Seong pergi tengok beg kat kedai tu dan berjanji akan membelikannya untuk Yea Seong suatu hari nanti.

sampailah satu hari ni, hanya tinggal satu beg Sailor Moon je kat kedai tu. tengah diorang dok berangankan beg tu, tiba-tiba beg terakhir tu dah dibeli orang. Yong Goo cuba halang dari beg tu dibeli tapi dia telah dibelasah oleh bapak budak tu. Yong Goo pun pasrah tapi dia still tak putus asa untuk beli beg tu lain kali.

esoknya tu, Yong Goo dapat gaji. memang cukup lah kan untuk beli beg baru. sedang dia kira-kira duit gaji dia tu, tiba-tiba dia nampak sorang budak perempuan pakai beg Sailor Moon tu. Yong Goo pun ikut budak perempuan itu sebab dia nak tanya, mana budak tu beli beg tu. dalam dok dia ikut tu, tiba-tiba sampai kat suatu sudut, dia nampak budak tu dah collapse dah. dia pun cepat-cepat longgarkan tali pinggang seluar budak tu, untuk blood circulation pastu tinggikan kepala dia untuk buat CPR. malangnya, tengah dia standby nak bagi bantuan pernafasan mulut ke mulut tu, tetiba ada sorang wanita yang kebetulan lalu kat situ pada masa tu, ternampak Yong Goo buat camtu. daripada view dia, Yong Goo nampak tengah kiss budak tu dan dia terus assume yang Yong Goo tengah buat keganasan seks bawah umur dekat budak tu.

nak dijadikan cerita pulak, budak perempuan tu meninggal ditempat kejadian. lepas di siasat, budak tu anak lelaki yang pernah belasah Yong Goo pasal beg Sailor Moon tu dan lelaki merupakan police commissioner. Yong Goo dibawa pergi ke tempat kejadian untuk ulang semula apa yang dia dah lakukan tapi detektif yang bawak dia pergi masa tu dah manipulated dia untuk bagi keterangan palsu maka dia didakwa dan didapati bersalah membunuh serta melakukan cubaan merogol budak perempuan tu kerana ingin membalas dendam dekat ayah budak tu.

Yong Goo kemudiannya dipenjarakan dan dimasukkan kedalam Cell No 7. terdapat lagi 5 orang banduan dalam tu dan daripada situlah bermulanya perkenalan mereka semua yang mana akhirnya membawa mereka untuk mencari pembelaan untuk Yong Goo.

mula-mula cite ni tak berat sangat taw. sebab cam kelakar-kelakar je kisah diorang kat dalam penjara tu. camne friendship diorang, camne kawan-kawan Yong Goo yang 5 orang tu try untuk seludup Yea Seong masuk dalam sel sebab nak lawat ayah dia. daripada diorang tak suka budak tu, sampailah budak tu ajar diorang menulis, menyanyi lagu Sailor Moon lagi.

yang sedihnya bila kes Yong Goo ni dapat rayuan untuk disiasat semula tapi commissioner tu ugut Yong Goo supaya jangan cerita benda sebenar dan mengaku yang memang dia yang bunuh budak tu kalau Yong Goo nak Yea Seong selamat. Yong Goo pun mengaku dan dia akhirnya dijatuhi hukuman mati. 

sedih sangat bila tengok macam mana kawan-kawan sel dia yang 5 orang tu berusaha untuk buat Yong Goo gembira dihujung-hujung nyawa dia. yang paling buat aku mengalir ayaq mata, bila Yong Goo akhirnya berjaya menghadiahkan beg Sailor Moon tu kat Yea Seong. wuuu. sedih woo time tuu.

actually banyak lagi plot best best dalam cite ni. first cite yang aku rasa tak sedar pun dah bape jam aku spend untuk tengok cite tu. memang nampak sangat tanggungjawab plus pengorbanan Yong Goo even dia bukan seorang ayah yang normal. 

korang tengah bosan-bosan tak taw nak tengok cite apa? MIRACLE IN CELL NO 7 is recommended to you! :)



[ked's sketching]

You Might Also Like

6 Comments

  1. ambik kat fima ke?terbaekkkkkk sangat wey, aku pon baru lepas tengok.sobs :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa laaa. sape lagi.
      weh, fima tak bagi pun kat aku full rm.
      ade 166 jee.
      sobss

      Delete
    2. bukan mmg ada sampai 166 je ke time tu? dia tak habes download lg kot. aku pon dapat sampai tu je

      Delete
  2. Hamboii layan korea je skang ni eh...lama x menjengah kesini... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee.
      haruslahh layan korea.
      dah bf orang korea.
      opss!
      ekeke

      tu lah kak lin. saye pun dah lama tak menjengah blog mama-R.
      jap nak gi jenguk jiran sebelah ni buat ape laa ek.
      :P

      Delete
  3. Hamboii layan korea je skang ni eh...lama x menjengah kesini... :)

    ReplyDelete

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers