Sunday, December 14, 2014

DAH LAMA..


uikss??


tiup-tiup sawang sket. puffff~~ (kekonon sawang debu berterbangan di udara, hahahhaha). 



ya ampunnnn.. tengok tu punya laa penuh dedebu bertebaran di angkasa raya. hehhee. kesian blog ni. dah lama aku abaikan beliau. sampai tak termake over. sekodeng-sekodeng blog Nisa Kay, Namee Roslan, tengok cantek jee layout blog depa. bila tengok profile designer untuk blog template depa tu, mak aihhh.. tercekik tulang ayam yang cheq tengah makan ni hah. lawo memang lawo, tapi tulah cheq kurang berkemampuan untuk menggunakan servis beliau. huhuhu

ingat lagi masa zaman tengah gila blogging dulu. masa tu kemain lagi galak nau join contest sana, join contest sini. komen orang tu, blogwalking bagai. paling hardcore aku punya blogwalking ni sampai aku pernah stalk satu blog pengkid ni taw dari mula entry sampai laa akhir. hahahaha. dari si X tu kenal partner dia as a friend sampai laa depa couple. hee. punyaa laaa gila blogwalking masa tu.

selain dari blogwalking, gila follow tutorial untuk edit blog sendiri. perghhh. masa tu tak reti pakai photoshop lagi. memang jenuh cari online software edit gambar untuk dapat transparent background. cari coding sana, cari coding sini. sekarang ni, hmphhh.. jangan harap laaa. dapat up new entry pun dah kira suatu pencapaian terbaik bagi aku untuk tahun ni. huhuhuhu

tapi tulah, bila tengok member-member blogger lain blog depa dah semakin maju mengikut arus peredaran zaman, nak jugak kite edit blog semula. tadi ade laa jugak aku try sket-sket. tapi sebab dah lama tinggal so benda tu takes time sket laa nak jadi pun. hehehe. takpe, takpe. slow slow. you can do it afiqah! yuhuuuu~

hailaa. lama dah tak lepak kat sini. lama jugak dah tak mengetuk keyboard ni. biasa tekan mouse jee. hehehhe. hopefully ni bukanlah entry terakhir aku untuk bulan ni. ahhaha.


sekian dari saya yang bergambar malas nak rotate gambar. hahahaha :D

Wednesday, November 26, 2014

ABANG..

uikss??

haiiiiii uolsssss!! hahahaha. hamboihhh. lama nauu dah kan aku tak update blog? kan kan kan? sumpah seriouslyyyyy aku busyyyy ya hampunnnn. lagi-lagi nak dekat cuti sekolah aritu. ya Allahhhh.. dia punya sibuk tu kan, sampai tak dan keluaq lunch, sampai colleague aku ika gastrik esoknya tu. sebabnya, time tu sekolah banyak nak buat hari anugerah, graduasi dan yang sewaktu dengannya maka bertingkek-tingkek lah job kami. dia effect aftermath tu sampaikan aku demam teruk semalam. terpaksa gak laa amik mc. yang kelakarnya, masa aku gi klinik tu, MA yang check aku. dia amik bacaan bp aku. aku tak taw ape ke name menatang device tu kan, then dia bagitaw aku yang,

 " awak demam ni. "
 
aku pulak, 

" eh yeke? tak lah saye tak rasa panas pun. " 

sekali dia amik device yang cam leh scan-scan dahi aku tu sambil tunjuk temperature kat aku. 

" see kan saya dah kata awak demam. " 

aku pun,

 " ooo.. boleh tengok kite demam ea kat device yang check bp tu. " 

sambil buat muka amaze

" taklah, kat sini dia tunjuk reading heart beat awak laju. "

hahhahaa. cam bangang soalan aku kan? sorry lah uols. iols memang subzero bab-bab medical term ni. huhuhu

actually aku demam tu sebab pressure yang tinggi sangat last 2 weeks. sebab banyak job nak urgent. kalau boleh semua benda nak siap dalam masa sehari. mana tak pening wehh. tido pun tak cukup. malam dah tido lambat, pagi-pagi before subuh dah bangun siapkan design. so semalam laa aku dapat qada' tido aku yang tak cukup tu. sobs.

jengjengjeng. cam lari jekk tajuk entry ngan content ni kan? hahahaha. maaflahh.. dah lama tak menaip. sekali taip sepuluh benda nak keluar sekali. tu jadi macam ni tuh. hehehe

sebenarnya aku nak cerita satu benda kelakar ni. dia punya tahap kelakar tu sampai aku rasa tak sanggup nak facing dengan customer tu sekali lagi bila aku jumpa dia nanti. hiks!

it's all about abang. hehhee. alkisahnya tadi siang ada lah sorang customer ni datang nak tengok design dia. bukan aku lah yang buat design dia tu kan. so dia duduk lah dekat dengan designer yang buat design dia tu. yang aku ni pulak nak panggil cousin aku yang duduk lepak sebelah selang semeja dengan customer tu.

cousin aku ni muda setahun dari aku, tapi aku panggil dia abang sebab dah adik beradik dia panggil dia abang. hahaha. so aku pun panggil la dia, sebab ada benda yang aku nak suruh print kan,

" abang! "

guess sape yang respon? customer tu okeyyyy! hahahahha. aku terkesima jap time tu. aaaa. saye ni ade nampak cam iras-iras crush/girlfie/fiance/wifey cikgu keee?? 

aku sambil setting mesin printer tu dok gelak terkekek-kekek kat belakang tu. hehhehe

that word abang tu remind me to someone actually.
the one and only.
yelah aku kan anak sulung. mana ade abang. ni jela sorang pun. hahahaha. nasib lah sebab tua setahun dari aku. kalau dah dah panggil adik dah. hihihi.




Premise 1 : i know you dislike cat soooo much! 
Premise 2 : i love them sooo muchh!
Conclusion : love both of you. :P

okey lah. aku nak sambung buat map. nak submit cepat-cepat design flyers so lepas ni aku tak dihantui dengan job berantai ni. agagaga. daaa~




Regards,
Ked Lee

Sunday, October 26, 2014

24, FRIENDS AND AMBITION

Salam Maal Hijrah 1436 H buat semua readers Ked's Stories. Lama kan aku berhibernate. Hahahha. Mengalahkan polar bear. Hiks. Bukan apa chuols. Iols fail lagi dalam time management. Nak manage masa untuk diri sendiri pun fail, lagi lak untuk blog. Eh? :P

Sempena tahun baru hijrah ni, aku mengharapkan agar segala perancangan baru yang telah kita rancangkan berjalan dengan lancar. Aminn. Semoga dipermudahkan segala ibadah dan dimurahkan lagi rezeki kepada kita semua. Aminn..

Dannnn.... few days before tahun baru hijrah ni, aku secara rasminya telah masuk umur 24 tahun. Oemmjiii! Lagi 6 tahun nak masuk 3 series. Harap boleh slow-slow terima kenyataan. Hahhaha.

Dannn... genap seminggu sebelum ulang tahun aku yabg ke 24, aku dah dapat driving license akuuu! Yeayyy. Finally i got a license setelah rasa tak berguna sekian lama. Hahahha. Both kereta dengan motor lak tu. Ohoho. But then ada story disebalik lesen aku tu. Pasal test JPJ dengan masa dealing dengan pegawai JPJ kat kaunter. Nanti ada masa aku story eh.

So sempena birthday aku yang tak semenggah mana tu, weekend ni, my bffs since kat dungun lagi ajak laa turun kl untuk celebrate. Not so celebrate laa asalnya sebab muja dapat 5 free ticket for any movies kat GSC. Dan tiket tu expired semalam. So dah alang-alang dapat tiket free tu aku pun turun lah kan. Hahahaha. Back to back movie lah jawapnye. Hiks!

Both Muja and Amy are my close friends from UiTM Dungun. Dan dalam pakatan kami ada lagi 2 orang, Ah dengan Eda. Since Ah dok kat Kelantan, so susah sikit la nak jumpa dia. Tapi susah-susah nak jumpa Ah pun, chances nak jumpa Ah tu pun ada laa lagi. Kalau Eda? Memang takde harapan dah. Sebab Eda sedang berada di tempat yang sangatttttt jauhhhh sekarang ni. Dan aku harap dia tenang di sana.

6 September yang lalu, Eda telah pergi meninggalkan kami semua. Kami tidak berharap arwah untuk pergi, tetapi setelah melihat penderitaan yang arwah tanggung, maka aku rasa itu adalah yang terbaik untuk dirinya. Walaupun aku tak dapat nak tengok Eda buat kali terakhir, tapi aku bersyukur sangat aku sempat melawat dia seminggu sebelum dia pergi. Ya Allah, sungguh kalau lah aku tahu masa tu lah kali terakhir unthk aku pegang tangan dia, pandang muka dia, dah lama aku peluk cium Eda puas-puas. Tapi dek kerana wayar yang berselirat dekat badan Eda, aku tak mampu nak buat camtu. Aku boleh usap dahi Eda dan flying kiss dia je. Hurmmm...

Eda sepanjang hayatnya merupakan sahabat dan anak yang baik. Alhamdulillah. Ramai kenalan yang datang menziarahi Eda ketika dia sakit hingga akhir hayatnya. Tapi yang buat aku terkilan, aku tak sempat berjumpa dia saat dia sedang sihat gembira. Last aku jumpa dia masa dekat KT last year. Ke last 2 years camtu laa. Last aku borak dengan dia pun masa dekat fb. Tu pun time komen-komen dia pasal dia gugur bulan puasa aritu. Oh ye ingat lagi tak entry yang aku tulis pasal member aku pregnant tu? Dia lah yang aku maksudkan.

So, lepas ni dah tak cukup korum dah kami. Biarpun Eda takde secara zahirnya disisi kami, tapi kenangan dan kebaikan Eda tetap hidup dalam diri kami. Eda, aku, Muja, Ah, Amy, dan kawan-kawan lain sentiasa merindui kau. Damailah dikau di sana. Tunggu kepulangan kami ke sana suatu hari nanti. Kau tetap menjadi sahabat dunia akhirat aku. Aminn.

Al-fatihah buat sahabatku arwah Rohaida bt Azmi.