IDEA
Bosan-bosan malam ni takde cite best, Descendent of The Sun yang adik aku download pun dah abes tengok, tetiba aku terasa cam nak share pasal kerja pulak kat sini. Hee
Actually aku pun tak taw nak describe kerja ku sekarang ni macam mana. Nak panggil designer, rasa tak layak sebab aku takde qualification apa pun pasal design, cuma ada experience masa kerja dulu lah kan. Even kat biz card aku sendiri pun aku letak nama je. Takde letak jawatan apa-apa. Tapi sekarang memang kerja aku buat design. Hahhahaa. Tengok atas job yang aku dapat. Kadang-kadang aku buat design je, kadang-kadang aku proceed sampai ke printing terus. Huhu. Ahah! Mungkin aku boleh pakai word "Sketcher" untuk describe pasal kerja aku. Yela, aku sketch imagination korang untuk dipublish bawak ke dunia nyata. Waaaa... yang ni nice. Boleh pakai untuk buat seken biz card walaupun yang 2 boxes kat umah ni tak abes-abes. Hahhahaha
So as a sketcher, aku kena laa come up with fresh ideas selalu. Tak best la jugak kalau dok ulang design yang sama jee. Tapi kalau job sekolah, terus terang aku cakap, memang tak terkejar nak buat, plus have to pakai design yang sama je. Yela korang bayangkan la, untuk buat banner selamat datang ke kelas sekian sekian. Dah kalau untuk kelas 2C, 2A, 1B, 4C, tak kan la nak buat design yang sama semua kan selain daripada tukar nama kelas je. Tak tergamak la jugak aku nak buat sama je semua. Biasanya kalau jadi kes camtu aku akan tukar kaler background je kasi beza sket antara depa semua. Hee. Sebab kalau nak buat asing-asing mau kering otak jugak laa pikir kan.
Since bukak sekolah ni aku memang banyak buat job sekolah. Sampai la baru-baru ni, ex classmate aku time degree whatsapp dia nak order button badge untuk wedding cousin dia, I was like alamakkkk lama dah tak buat design button badge niiii aaaaa bantuannnn bantuannnn. Dah la aku propose nak bagi 3 design kat dia untuk pilih. Alamak haiii ni 1 pun tak lepas lagikan 3. Tetiba aku rasa idea aku tersekat di skala 6. Duhhh...
Maka untuk mendapatkan idea, aku pun google laa wedding button badge. Haaa, Macam-macam pesen ada. Tinggal nak cari ilham pastu buat sendiri punya style je.
Tadaaa. So based on contoh design yang kaler pink tu, aku buat la my own style lak. Haa, amik konsep je ni. Bukan la sebijik-sebijik sama. Hat tu melampau nauuu. Huhu
Nak cari something yang fresh tu susah sebenarnya. Kadang-kadang kita nak bagi the best kat customer tapi sebab kekeringan idea, kena laa buat research sket tengok contoh-contoh yang sedia ada, Aku rasa tu perkara biasa. Masa kerja dulu pun bila aku dapat job contohnya macam banner persaraan cam tak taw nak buat camne bila tanya designer yang lagi pro depa akan suruh tengok kat google, amik idea kat situ je. Yela kalau kau dok imagine sesorang cam tak guna jugak kan. Kebanyakkannya kita akan inspire dari design-design yang sedia ada. Inspire ngan copycat ada beza ye. Hee, Jangan salah anggap. Sama la cam logo Pahang FC yang inspire logo Liverpool tu. Eh? Hhahaha. No komen. Isu tu dah lapuk. Hehhehee.
Ni lagi 2 design yang aku bagi kat dia, Tak taw laa dia nak pilih yang mana satu. Tapi kalau aku, aku akan pilih design yang ada kartun kat atas tu. Huhuhu. Besides, tulah design first yang aku buat. Biasanya designer ni akan put lots of effort pada first design. Haa. Sebab tu memang 100% dia letak idea dia dalam tu. Second design akan jadi sama ada better than the first or less than the first one. Sebab kadang-kadang masa first design maybe designer akan termiss tengok certain details yang customer nak ke or any considerations yang dia patut amik kira kan. So dalam second design ni dia akan reflect balik dan masukkan semua benda yang dia miss and build balik design tu. Tapi ada jugak yang first design tak seberapa, sebab tak dapat rentak lagi. Bila jadi macam tu, memang second design akan jadi yang the best la kan. Lastly, third design ni pelengkap jumlah design je. Hee. Biasanya yang third ni akan jadi simple je. Kehadiran ia hanyalah untuk jadi bekap untuk design first and second. Hehhehe
Sekian sahaja story aku pasal idea kali ni. Next time aku story pasal benda lain pulak ea. Battery laptop pun dah nak abes ni. Till we meet again. Daaa~
p/s : korang rasa yang mana satu dia akan pilih? Hmmmm....
p/s/s : anyone nak tempah button badge wedding ke apa ke boleh whatsapp to 017-963 1422. Harga boleh runding bebas GST. :P
No comments:
Post a Comment
Feel free to drop your comments here! :)