BIARKAN AKU

4:31:00 PM

Uikss??

Biarkan aku
Sendiri merawat hati
Sendiri menyembuh panas
Sendiri membalut luka
Sendiri menyapu ubat

Biarkan aku
Berteleku meminta tolong
Berlutut menadah tangan
Berharap dengan jiwa
Moga apa terdetik dihati
DidengariNya
Dan dimakbulkanNya

Biarkan aku
Tak berkutik dengan isi hatiku
Tak goyah demi lidah manusia
Tak rebah menurut tanah
Teguh berdiri
Seperti pohon yang akarnya sekaki

Biarkan aku
Mencari sedikit spasi
Untuk berehat dari berfikir
Untuk tenang dari kusut
Untuk bertatih menerima
Takdir
Walaupun ia menarik masa
Dan rasa

Biarkan aku begini
Duhai minda?
Oh,
Dan hati jua.

You Might Also Like

2 Comments

  1. tumpang tanya mcm mna nak buat gambar mcm tu eh? letak smua tulisan tu? kita tulis sndiri or otomatik jd? sori btanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. :)
      Install instaweather pro, on gps kat phone then phone sendiri akan relocate tempat mana kite berade skang ni. So, jadi lah cam kat atas tu.

      Delete

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers