Sunday, March 22, 2015

FLY AWAYYYY..


uikss??

i wish i could have a pair of wings
so i could fly when the blood start to get high

i wish i could have a pair of wings
so i can be higher than the mountains
fly over the sea
and run from the South Pole to North Pole

but having a pair of wings will cure nothing
scars remain as scars
as my heart become more painful than usual

now, i don't want to wish to have a pair of wings anymore
i need to have courage much better than those wings
hiks!

i'm planting a courage rite now.
let it grow bigger and bigger
and will have a cup of tea
under my shady courage
that's all my plan for this moment





p/s: we only live once. let's enjoy it to the fullest. He knows the best for you. i believe on Him. and you? :)

Wednesday, March 11, 2015

JOB : WEDDING BACKDROP


uikss??

yeah babeh. i'm backkkk! alahai Afiqah. jangan nak merungut laa bila tengok duit nuffnang tak naik-naik. tengok entry jee dah taww yang kau takkan lepas nak cash out even 5 tahun depan kalau dok banyak submerge than floating. wah! hahahaha

hai kengkorang semua. missed me? heee. sorry lah yek. banyak sangat kejenye. especially dari sekolah-sekolah. mana dengan order jadualnya, pastu masuk musim nilam, then minggu anti dadah. hah minggu ni punya cite banner mesyuarat PIBG. fuh! packed-packed. 

tapi dalam job yang packed tu, aku ada 1 job yang aku suka. hee. nak taw? jap ea. nak upload gambar. :)






tadaaa! backdrop kawen uolsss. hehehehe. syok laa pulak buat benda ni. walaupun at first aku rasa cam stress sangat sebab kering idea nak create cemana. hee. lari sket dari kebiasaan yang orang buat which is background dia blackboard. bukan tak boleh buat design background blackboard, boleh je cuma printing jadik tak lawa sebab bukan 100% black kan. :D

musim dia dah sekarang ni. since blog aku pun dah lama tenggelam, try up entry traffic sket. hehehehe. well, untuk you guys yang berada di temerloh dan sekitarnya, nak buat backdrop camni, tak taw hala tuju? jangan risau, sila kunjungi ke pusat printing nombor 1 di temerloh, MEGA PRIMA SIGNCRAFT. location, depan kuil hindu, bersebelahan dengan kedai nasi ayam penyet ambia dan juga kedai perabot j&j. hee. datang bawak idea je, kami setelkan semua. harga boleh runding mengikut kesesuaian budget. so apa tunggu lagi? grab the chances now!

any inquires, do not hesitate to email us at : megaprimasigncraft@gmail.com

till then, tataaaa~~

p/s : nak main keyword lah pasni. :P

Monday, January 12, 2015

CORET-CORET 2014


Uikss??

It’s almost become middle of this month, tapi aku harap aku tak terlambat lagi untuk wish selamat tahun baru to all my readers. Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2015 kan? Azam 2014 tak dan nak fullfil lagi, dah masuk 2015. Ah sudahhhh... jenuh laa nak struggle untuk capai azam tu. Huhuhu. So, memandangkan ni entry awal tahun, aku nak recap balik what had happened in my life during 2014.

Januari 2014 aku mulakan dengan status aku sebagai seorang pekerja. Yeayyy! I’m no longer planting grapes at my house. Huhuhu. Selepas resigned dengan Celcom, aku decide untuk balik kampung, tolong bisnes family, sampai la sekarang. Dari sini lah aku belajar buat design, handle machine, handle customer, handle stress, handle memacam lagi lah. From nothing i become a thing. Hahahhaha. Merasa laa nikmatnya hari pekerja bila tahun tu dapat celebrate as a worker. Almaklumlah selama ni hari pekerja tu lecturer aku je yang cuti kan. Heee



Then, tahun lepas jugak lah aku berjaya menyempurnakan satu lagi lesen dalam hidup aku iaitu lesen memandu. Takde laa aku malu sangat kalau dah tua-tua ganyut camni takde lesen lagi kan? Hee. Malu wehh cousin aku yang umur 17 tahun pun boleh drive kereta lepak je aku dah besar gajah ni reti naik jee. Hee. Allah jela taw betapa seksanya aku tetiap pagi kena gi practise driving for almost 2 months! Sampai 2 kali amik test taw tak! Sabar jelaa. Dan disebabkan lesen tula 2 bulan gaji aku kena catu. Sobs.. but alhamdulillah. At last dapat jugak. Benarlah kata pepatah, no pain, no gain. Hehehhe




Tak lupa jugak yang raya tahun lepas akhirnya selepas 3 tahun kami berkenalan, si baju biru dapat jugak menjejakkan kakinya kat umah aku. Beraya katanya. And it would be my unforgetable raya forever. Hee. Sampai jugak beliau ke teratak buruk kami ni. Takpe la dah taw jalan next time senang laa nak bawak mak abah datang umah. Cincin jangan lupe sekali. Cincin silver pun takpe. Eh? Hee. (tahun ni aku 25, dia 26. Hmmmmmm.. takpe laa kan, 5 tahun lagi 30. Hahhahaha)




Disebalik kegembiraan aku pada tahun lepas, tak lupa juga pada arwah tok aku yang kat penang tu, yang telah meninggalkan kami semua pada hujung mac tahun lepas. Tok ni mak kepada ibu aku. Aku taw mak aku ralat sangat sebab tak dapat nak bersama dengan tok pada saat-saat akhir dia di dunia ini tapi nak buat macam mana, Allah lagi sayangkan arwah tok. Semoga arwah tenang disana. Sama-samalah kita doakan semoga dipermudahkan segalanya arwah disana ya.

Dan akhir sekali, sudah pasti tentang banjir besar yang melanda negara kita pada hujung tahun lalu. Sebelum ni, aku pernah melalui banjir besar, aku ingat lagi masa tu tahun 2007, aku baru lepas SPM. Suppostly aku ikut rombongan sekolah pergi holiday kat PD masa tu tapi sebab aku stuck dengan banjir so tempat aku tu diganti dengan orang lain. Err.. diganti dengan crush aku ekceli. Hahahhaa. Tapi serious aku memang suffer ngan banjir pada masa tu. Rumah aku atas bukit, tinggi so memang tak kena la banjir kan. Tapinya kami terkepung. Tak boleh nak keluar. Seminggu kot takde air, takde letrik. Mandi pun air paya/banjir je. Dan satu-satunya pengalaman yang aku tak boleh lupa punyalah takde makanan masa tu, aku sampai terpaksa makan daging ayam api. Tidakkkkkk!! Ayam tu bukan untuk makan sebenarnya taw. Tapi sebab dah takde lauk, kami terpaksa jugak sembelih. Wuuuu.. sampai sekarang takleh lupa wooo..



Tu cerita 2007. Haaa yang 2014 ni lagi teruk dari tu. Air kat jalan simpang umah aku tu je dah 5 kaki. Sama tinggi je ngan aku. Belum tengok jalan depan lagi almost 15 kaki tingginya air. Satu temerloh tenggelam. Aku yakin korang mesti dah tengok banyak gambar tentang temerloh kat fb or tv. Sebab banjir kali ni 10 hari aku cuti tak bukak kedai. Hee. Cuti-cuti jugak, tapi hati tak tenang wehhh memikirkan kerja yang pending dan bertimbun-timbun. Hari-hari aku check air banjir tengok naik sampai takat mana.  

Alhamdulillah after 10 days survive dalam banjir ni at last ahad 4hb tu air dah officially surut dekat Temerloh ni. Syukur sangat-sangat. Walaupun bila tengok keadaan Temerloh aftermath tu sangat lah menyedihkan, aku lega sangat yang semua ini dah berakhir. Haa yang pasal banjir and aftermath tu aku cerita entry lain ek?

Okey la. Tu jela coret-coret untuk 2014 aku. Dan untuk tahun ni pulak, aku takde la pasang azam tinggi-tinggi tu. Aku cuma nak ibu berjaya habiskan study dia and pass with flying colors. Tu je. Aku jugak berharap yang aku akan dapat melangkah setapak kehadapan untuk kehidupan aku sekarang ni. Tak kira lah untuk relationship aku dengan si baju biru mahupun karier(cheh, karier laaa sangattttt) aku. Doakan segalanya dipermudahkan untuk aku jela ea.

Last but not least, 







Good night esok keje. Tu je aku nak cakap. Huwaaaaa~~


p/s: aku sangatttttt la malasnyeee nak copy gambar kat phone. rela print screen kat insta rather than scrolling to find the pic. --"