Wednesday, December 17, 2014

AGAK-AGAK KAN, LAKU TAK KALAU...

uikss??

yes! akhirnyaaaa~ second entry from me for this month. hahaha. since dah tuko header ni, makin bersemangat lak aku nak update blog. hhehehe. well. tulah gunanya bila blog nampak kemas sket kann.. hee

just want to share my weekend's night activity. hee. taw tak sekarang ni kat Temerloh dah ada car boot sale. tetiap malam minggu start dari pukul 8.30 malam. actually benda ni inisiatif daripada Temerloh Hard Koi yang nak tengok bandar Temerloh malam-malam havoc sket. hee. sesiapa yang pernah or stay kat Temerloh mesti dah sedia maklum kan betapa "matinya" bandar lama Temerloh malam-malam. start pukul 8 dah gelap dah area situ. so, dengan adanya activiti camni, dapat laa menarik orang Temerloh untuk menghidupkan sedikit bandar lama kita ni yakk! 




kasi up sket laa design banner yang aku buat ni. hehehhe. jadi nya nak dijadikan cerita aku pun secara tak langsungnya join laa jugak car boot sale ni. hahahaha. tu yang intro pasal benda ni panjang berjela ni. kikiki.




sebab apa aku cakap aku join secara tidak langsung, sebabnya aku ni bukan laa berjual. aku cuma tolong member aku si Ella ni jee jual kek dia. hee. dapat laa upah ciskut tiap-tiap minggu sampai satu tahap aku dah muak makan benda tu. hahahaha

tulah kan, daripada asyik tolong orang berjual je, cam best jee kalau aku join bukak boot kereta jual barang aku skali kan? hehehee. tapi tulah, nak jual apa ek?

nak jual barang prelove, aku ni bukannya ada barang-barang branded. so prelove, no. next, nak jual makanan, takde masa nak masak. plus tak boleh nak jual benda-benda bakar or goreng kat situ plus dah berlambak-lambak orang jual makanan. makanan, no. tudung, baju, kasut, bersepah dah orang jual. so tudung is a big no. 

tiap-tiap minggu aku join, tiap-tiap minggu jugak laa aku obeserve, dan aku dapati ada satu benda jee yang takde orang jual lagi kat sana. haaa. nak taw tak apa? 

KPOP THINGS!

yup. takde lagi yang jual kpop merchandise. setakat baju tu dah common sangat. aku nak try jual benda yang aku boleh buat sendiri plus susah nak dapat yang custom made punya. macam benda ni,




keychain! okey laa yang ni first trial aku untuk keychain ni so aku terlupa safety area, maka jadilah muka T.O.P berlubang camtu. huhuhu. 




okey, next is stickerrr..




Running Man sticker anyone? huhu

and then last but not least, button badge.





maaf laa yang ada dalam koleksi aku yang wedding jee. hahaha. button badge exo yang ada sorang regular customer aku order tu takde pulak dalam simpanan. demm!


so apa pendapat korang? sesuai tak kalau aku jual merchandise camni kat sana? nak jual merchandise Temerloh kang dah ramai yang jual. huhuhu. agen aku pun jual gak. aku terpikir nak buat benda camni je. tapi tulah takut takde market. sebab gayanya kalau jual aksesori motor or handphone banyak jee demand. tapi kan, tak cuba tak taw betul kan? kalau tak jalan aku jual jela online betul tak? hahaha. takpun pos kat Ah suh Ah tolong jual kat Kelantan. hehhehe

hmmm... kena pikir cepat ni. sabtu dah tak lama dah. agak-agak kalau aku buat laa kan, idol mana yang paling tengah in skang ni? any kpop fans please drop your comment here. hehehe. almaklum lah aku dah lama tak follow AllKpop. :P


ada jugak yang istikharah ni kang. heee..


p/s : berat kepala ni wehhh.. rasa cam nak demam laa. kena hujan time car boot last week kot. aiguuuu~~

Sunday, December 14, 2014

DAH LAMA..


uikss??


tiup-tiup sawang sket. puffff~~ (kekonon sawang debu berterbangan di udara, hahahhaha). 



ya ampunnnn.. tengok tu punya laa penuh dedebu bertebaran di angkasa raya. hehhee. kesian blog ni. dah lama aku abaikan beliau. sampai tak termake over. sekodeng-sekodeng blog Nisa Kay, Namee Roslan, tengok cantek jee layout blog depa. bila tengok profile designer untuk blog template depa tu, mak aihhh.. tercekik tulang ayam yang cheq tengah makan ni hah. lawo memang lawo, tapi tulah cheq kurang berkemampuan untuk menggunakan servis beliau. huhuhu

ingat lagi masa zaman tengah gila blogging dulu. masa tu kemain lagi galak nau join contest sana, join contest sini. komen orang tu, blogwalking bagai. paling hardcore aku punya blogwalking ni sampai aku pernah stalk satu blog pengkid ni taw dari mula entry sampai laa akhir. hahahaha. dari si X tu kenal partner dia as a friend sampai laa depa couple. hee. punyaa laaa gila blogwalking masa tu.

selain dari blogwalking, gila follow tutorial untuk edit blog sendiri. perghhh. masa tu tak reti pakai photoshop lagi. memang jenuh cari online software edit gambar untuk dapat transparent background. cari coding sana, cari coding sini. sekarang ni, hmphhh.. jangan harap laaa. dapat up new entry pun dah kira suatu pencapaian terbaik bagi aku untuk tahun ni. huhuhuhu

tapi tulah, bila tengok member-member blogger lain blog depa dah semakin maju mengikut arus peredaran zaman, nak jugak kite edit blog semula. tadi ade laa jugak aku try sket-sket. tapi sebab dah lama tinggal so benda tu takes time sket laa nak jadi pun. hehehe. takpe, takpe. slow slow. you can do it afiqah! yuhuuuu~

hailaa. lama dah tak lepak kat sini. lama jugak dah tak mengetuk keyboard ni. biasa tekan mouse jee. hehehhe. hopefully ni bukanlah entry terakhir aku untuk bulan ni. ahhaha.


sekian dari saya yang bergambar malas nak rotate gambar. hahahaha :D