KEPUTUSAN

7:32:00 AM

Pada saat ini,
Tikanya ini
Aku ingin memutuskan
Bahawa sesungguhnya aku ingin berhenti
Berhenti berlari
Berhenti dari larian yang entah kemana garisan penamatnya
Larian yang aku sendiri tak tak tahu arah tujunya

Sudah lah tu
Sudah sudah berlari
Beberapa RnR berlalu pun
Tak membawa erti bagi aku lagi

Penat tahu tak
Penat sangat berlari
Bergelen air diteguk
Penat tetap bermukim dihati

Lalu aku putuskan
Tiada lagi larian selepas ini
Walaupun ganjaran disua dimuka
Namun aku sudah tidak berminat lagi

Apa yang kau fikir tentang aku?
Seketul robot yang tidak pernah tahu erti penat jerih?
Ataupun boneka yang boleh tersenyum sahaja?
Kau silap
Aku adalah manusia
Yang sampai tempoh waktunya
Rasa itu boleh mati sendiri...

You Might Also Like

0 Comments

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers