CORET-CORET 2014

1:08:00 AM


Uikss??

It’s almost become middle of this month, tapi aku harap aku tak terlambat lagi untuk wish selamat tahun baru to all my readers. Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2015 kan? Azam 2014 tak dan nak fullfil lagi, dah masuk 2015. Ah sudahhhh... jenuh laa nak struggle untuk capai azam tu. Huhuhu. So, memandangkan ni entry awal tahun, aku nak recap balik what had happened in my life during 2014.

Januari 2014 aku mulakan dengan status aku sebagai seorang pekerja. Yeayyy! I’m no longer planting grapes at my house. Huhuhu. Selepas resigned dengan Celcom, aku decide untuk balik kampung, tolong bisnes family, sampai la sekarang. Dari sini lah aku belajar buat design, handle machine, handle customer, handle stress, handle memacam lagi lah. From nothing i become a thing. Hahahhaha. Merasa laa nikmatnya hari pekerja bila tahun tu dapat celebrate as a worker. Almaklumlah selama ni hari pekerja tu lecturer aku je yang cuti kan. Heee



Then, tahun lepas jugak lah aku berjaya menyempurnakan satu lagi lesen dalam hidup aku iaitu lesen memandu. Takde laa aku malu sangat kalau dah tua-tua ganyut camni takde lesen lagi kan? Hee. Malu wehh cousin aku yang umur 17 tahun pun boleh drive kereta lepak je aku dah besar gajah ni reti naik jee. Hee. Allah jela taw betapa seksanya aku tetiap pagi kena gi practise driving for almost 2 months! Sampai 2 kali amik test taw tak! Sabar jelaa. Dan disebabkan lesen tula 2 bulan gaji aku kena catu. Sobs.. but alhamdulillah. At last dapat jugak. Benarlah kata pepatah, no pain, no gain. Hehehhe




Tak lupa jugak yang raya tahun lepas akhirnya selepas 3 tahun kami berkenalan, si baju biru dapat jugak menjejakkan kakinya kat umah aku. Beraya katanya. And it would be my unforgetable raya forever. Hee. Sampai jugak beliau ke teratak buruk kami ni. Takpe la dah taw jalan next time senang laa nak bawak mak abah datang umah. Cincin jangan lupe sekali. Cincin silver pun takpe. Eh? Hee. (tahun ni aku 25, dia 26. Hmmmmmm.. takpe laa kan, 5 tahun lagi 30. Hahhahaha)




Disebalik kegembiraan aku pada tahun lepas, tak lupa juga pada arwah tok aku yang kat penang tu, yang telah meninggalkan kami semua pada hujung mac tahun lepas. Tok ni mak kepada ibu aku. Aku taw mak aku ralat sangat sebab tak dapat nak bersama dengan tok pada saat-saat akhir dia di dunia ini tapi nak buat macam mana, Allah lagi sayangkan arwah tok. Semoga arwah tenang disana. Sama-samalah kita doakan semoga dipermudahkan segalanya arwah disana ya.

Dan akhir sekali, sudah pasti tentang banjir besar yang melanda negara kita pada hujung tahun lalu. Sebelum ni, aku pernah melalui banjir besar, aku ingat lagi masa tu tahun 2007, aku baru lepas SPM. Suppostly aku ikut rombongan sekolah pergi holiday kat PD masa tu tapi sebab aku stuck dengan banjir so tempat aku tu diganti dengan orang lain. Err.. diganti dengan crush aku ekceli. Hahahhaa. Tapi serious aku memang suffer ngan banjir pada masa tu. Rumah aku atas bukit, tinggi so memang tak kena la banjir kan. Tapinya kami terkepung. Tak boleh nak keluar. Seminggu kot takde air, takde letrik. Mandi pun air paya/banjir je. Dan satu-satunya pengalaman yang aku tak boleh lupa punyalah takde makanan masa tu, aku sampai terpaksa makan daging ayam api. Tidakkkkkk!! Ayam tu bukan untuk makan sebenarnya taw. Tapi sebab dah takde lauk, kami terpaksa jugak sembelih. Wuuuu.. sampai sekarang takleh lupa wooo..



Tu cerita 2007. Haaa yang 2014 ni lagi teruk dari tu. Air kat jalan simpang umah aku tu je dah 5 kaki. Sama tinggi je ngan aku. Belum tengok jalan depan lagi almost 15 kaki tingginya air. Satu temerloh tenggelam. Aku yakin korang mesti dah tengok banyak gambar tentang temerloh kat fb or tv. Sebab banjir kali ni 10 hari aku cuti tak bukak kedai. Hee. Cuti-cuti jugak, tapi hati tak tenang wehhh memikirkan kerja yang pending dan bertimbun-timbun. Hari-hari aku check air banjir tengok naik sampai takat mana.  

Alhamdulillah after 10 days survive dalam banjir ni at last ahad 4hb tu air dah officially surut dekat Temerloh ni. Syukur sangat-sangat. Walaupun bila tengok keadaan Temerloh aftermath tu sangat lah menyedihkan, aku lega sangat yang semua ini dah berakhir. Haa yang pasal banjir and aftermath tu aku cerita entry lain ek?

Okey la. Tu jela coret-coret untuk 2014 aku. Dan untuk tahun ni pulak, aku takde la pasang azam tinggi-tinggi tu. Aku cuma nak ibu berjaya habiskan study dia and pass with flying colors. Tu je. Aku jugak berharap yang aku akan dapat melangkah setapak kehadapan untuk kehidupan aku sekarang ni. Tak kira lah untuk relationship aku dengan si baju biru mahupun karier(cheh, karier laaa sangattttt) aku. Doakan segalanya dipermudahkan untuk aku jela ea.

Last but not least, 







Good night esok keje. Tu je aku nak cakap. Huwaaaaa~~


p/s: aku sangatttttt la malasnyeee nak copy gambar kat phone. rela print screen kat insta rather than scrolling to find the pic. --"

You Might Also Like

1 Comments

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers