IKHLAS

1:44:00 AM

uikss??

Kalau nak ikutkan rasa malasssss sangat aku nak menaip. Apatah lagi nak menghapdet blog. Huhuhu. Namun apakan daya. Sebab aku nak share jugak ngan korang semua, aku have to update gak. Bukan apa, sebagai pedoman untuk kita yang bergelar anak. J

The story is like this. Hahhaa. Gile direct translate from malay to English tu. Heee. Okey la. Last month aku ada buatkan satu banner untuk program ibu. Dah anak kerja designer banner takkan laa tak buat untuk ibu sendiri kan. Memandangkan program ibu tu kat KL, so ibu pun bawak laa banner dari Temerloh ke sana. Dah alang-alang tu kan, ibu pun buat laa marketing pasal kedai yang aku kerja ni.

Surprisingly, menjadi marketing ibu tu. Dengan tak sangkanya, ada sorang classmate ibu berkenan dengan design banner aku dulu dan nak tempah untuk sekolah dia. Kiranya nanti masa ibu pergi KL untuk attend last class dia for this sem dia bawak sekali laa banner tu.
Kawan ibu tu email la details pasal banner tu. Aku pun design and send artwork via fb ibu kat kawan dia tu. Then pagi tadi kawan dia call, cakap dia setuju dengan design tu and aku boleh proceed print. Aku ingatkan ibu dah tengok laa design yang aku buat untuk kawan dia tu.

Nak dijadikan cerita, petang tadi before ibu pergi KL, ibu singgah laa kedai nak amik banner tu. Masa tu lah ibu baru tengok design aku. Ibu komplen kata wording aku untuk perkataan MESYUARAT AGUNG tu kecik. Sama besar jee ngan nama sekolah dan ianya sepatutnya lagi become a headline untuk banner tu. Aku cakap aku ikut draft yang kawan dia tu bagi sebab dalam draft tu wording tu dok sebaris. Dan ia jadi kecik sebab aku tak separate kan benda tu.

Tapi sebab dah print kan, ibu pun bawak jela gi KL. Aku pun takde laa rasa benda tu cam big issue sangat since aku dah show design and customer setuju takde nak amend apa-apa so aku rasa semua dah okey lah kan.

Tup tup dalam pukul 6.30 petang tadi ibu call. Ibu Tanya aku dah balik ke. Aku kata laa belum lagi. Ingatkan sebab apa. Rupanya ibu nak suruh aku reprint banner tu. Dia nak aku edit wording MESYUARAT AGUNG tu bagi nampak besar.



And I was like, alaaaaa. Dah nak balik dan niiii. Leceh laa camni (Astagfirullahalazim. Jangan jadi cam aku taw. Merungut bila ibu suruh buat lebih sket). Tapi sebab ibu dah suruh kan, aku buat laa jugak. Tapi dalam hati memberontak laa. Memang tak ikhlas gile laa buat balik tu kan. Sambil edit tu sambil aku buat muncung sedepa. –-’

Dan sebab tak ikhlasnya aku buat kerja untuk ibu, Allah balas cash kat aku. Nak taw tak apa jadi?

Haaa. Ni lah jadinya. Perasan tak wording tu macam berkotak. Huruf G tu tak penuh. U pun sama. Pendek kata, wording MESYUARAT AGUNG yang suppostly jadi headline untuk banner tu jadi disaster! Dan obviously dah mencacatkan banner tu!


Nak taw tak sebab apa? Selalunya, untuk last design, which means design yang telah dipersetujui oleh customer untuk di print, aku akan create outline dulu sebelum aku export ke format tif. Benda ni applicable untuk Adobe Illustrator jela sebab kalau pakai Photoshop takde benda-benda macam ni. Dan mungkin sebab Allah nak tunjuk, benda yang aku selalu buat tulah aku lupa nak buat kali ni. Akibatnya, aku kena save baru dan print buat kali ketiganya banner tu.

Bila aku tengok banner yang ruin tu, aku rasa frust teramat sangat. Rasa macam fail jee aku design banner ni. Rasa macam tak puas hati dengan diri sendiri pun ada. Aku jadi macam kosong. Tetiba rasa macam lack of confidence dengan diri sendiri. Lama aku tenung banner tu. Ntah macam mana tiba-tiba aku rasa mungkin ni petunjuk yang Allah bagi sebab aku tak ikhlas buat kerja ibu.

Ya Allah. Teruknya aku. Sanggup aku mengeluh kena buat kerja dua kali untuk ibu sedangkan jasa ibu yang lagi menggunung tu tak terbalas nilainya buat aku. Mungkin sebab tulah Allah tak redhai printing yang aku buat kali kedua tu. Sebab aku tak ikhlas. T.T

Bila dah muhasabah diri tu, cecepat aku call ibu mintak maaf. Kalau-kalau aku ada meninggikan suara masa bercakap dengan dia tadi. Takut-takut aku ada kecikkan hati dia ke tanpa aku sedari. Alhamdulillah. Ibu kata dia tak berkecik hati dengan aku. Even dia pun paham situasi aku. Phewww. Lega aku rasa. Rasa macam satu beban yang berat dah teralih daripada bahu aku ni. Tu diaaa. Begitu besaq keredhaan ibu dalam hidup kita noh.

So moral of my story, ikhlas lah dalam melakukan sesuatu pekerjaan terutama sekali jika ianya melibatkan ibu bapa kita. Apalah nak dibandingkan permintaan mereka tu nak compare dengan apa yang mereka dah curahkan kepada kita selama ini. Taatilah mereka selagi mereka mentaati perintah Allah. Dan lakukanlah apa sahaja yang mampu membahagiakan mereka sementara hayat mereka masih ada di muka bumi ini.

Ikhlaskanlah dirimu. J



You Might Also Like

3 Comments

  1. Sabar sis. Law perkara macam tu berlaku dekat saya pun saya rasa bersalah sangat-sangat. Tapi ada hikmahnya jugak. Mungkin nanti kita akan lebih berhati-hati.

    ReplyDelete
  2. kesiannya anda~~~

    P/S- end of the story camne? kena potong gaji tak banyak kali print tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luckily takkk! Hahaha. End of that week dapat reminder suh aku alert sket. Mampos aku kalau kena potong gaji. Tak potong pun tak cukup. Muahahaha

      Delete

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers