DESIGN ORDER



Haaa. Meh sini meh cheq nak habaq mai lagu mana mau order design ka apa-apa ka yang hangpa mau cheq buat. Tak laa susah mana, cuma cheq mau hangpa bagitaw cheq details untuk design hangpa tu. Contohnya macam ni,




Haaa. Ni antara details yang perlu ada untuk order sticker. Kalau nak order sticker label untuk makanan ka apa-apa produk ka, hangpa kena laa bagi details yang lain macam contact number, nama company, nama produk, macam-macam lagi laa. Cthnya macam ni, 




Simple kan? Biasa standar orang buat label makanan macam ni je. Tak payah nak letak banyak-banyak sangat info. Cukup letak no phone (hat ni paling penting sekali!), alamat, ruang untuk letak harga. Melainkan produk hangpa tu nak juai kat kedai ka stokis ka, atau nak dikomersialkan ka boleh laa buat lagu tu noh.


Okey dah siap hangpa draft details apa yang hangpa nak buat tu, hangpa boleh laa send kat sini ;




Tudiaaa ada 2 cara lagu mana hangpa nak antaq order. Boleh pilih mana satu. Tapi adalah diingatkan sekiranya hangpa ada order design yang melibatkan gambaq ka, cheq tak mau ACCEPT sekiranya hangpa just whatsapp saja gambaq tersebut, MELAINKAN gambaq untuk contoh design. Bukan apa, meh sini cheq nak bagitaw hangpa, whatsapp resize gambaq taw dak. Kot-kot laa gambaq hangpa elok-elok sharp, taken by phone camera hangpa yang 13 megapixel tu, sekali hangpa antaq kat cheq thru whatsapp, hangpa jangan menyesai noh bila print tak sharp. :D


Then pasai harga dan bayaran pulak kita bincang thru whatsapp ya. Hee. :)