MALAS

11:07:00 PM





Knowing me, aku memang tergolong dalam kategori pemalas tapi dah kalau masuk kedai takde la pemalas hazabedah camni. Hat ni bukan pemalas, hat ni kategori hang pi mampuih jelaaa woihhh buat malu pompuan jeee. 


Alkisahnya semalam aku rasa sakit kepalaa sangat-sangat so lepas maghrib tu aku terus tido dalam pukul 2 lebih terjaga tu masa tulah aku baru nak mandi isyak semua. Dah alang-alang terjaga tu aku sahur laa sekali sebab niat keesokkan harinya tu memang nak puasa pun. Bukak periuk nasik cun-cun je ada nasik sket, goreng teloq bancuh ayaq nescafe setel dah makanan sahur aku.


Tengah dok makan tu, tetiba mak aku keluar. Dia tanya aku awat tak panaskan lauk ikan masak lemak tu. Ada lagi belen-belen kat dalam peti ais. Aku cakap laa malas. Pastu dia nak buat ayaq, dia tanya aku ayaq panas ada lagi dak. Aku cakap la tak taw, Kak long tak masak air pun. Dia pun tanya balik habis tu buat ayaq nescafe tu pakai apa? Aku pun jawab, pakai air sejuk laaa ibu. Kak long mana minum air panas. 


YA ALLAHHHHH PEMALASNYAAAA AWAK NIIIIII!!!!


Terkejut mak aku bila dia dengaq pengakuan berani mampoih aku ni. Okey la part nasik tu memang aku mengaku aku malas nak panaskan lauk, Tapi part air ni memang aku ni spesis tak minum air panas. Aku memang jenis bekpes kat luar order milo ais subuh-subuh buta pun. Huhuhu. Tak reti minum air panas deknon oihhh. Sebab tu aku jenis tak kisah kalau nasik sejuk ke, lauk sejuk ke hapa. Lagi aku suka. Sebab kalau panas kena tiup dulu, tunggu dulu sejuk kan. Kalau dah sejuk ni senang. Masuk dalam mulut je. Setel.


Lagi satu lipat baju. Aku tang lipat baju rajin. Haaa yang ni memang feveret aku. Sebab sambil lipat baju tu leh tengok tv kan. Bagi lah 2,3 bakul baju kat aku, dengan senang hatinya aku melipat. Tapi, nak mengangkat, menyimpan memang aku malas. Malasnya aku tu sampai tahap baju tu aku kena lipat kali ketiga baru aku dapat hidayah untuk angkat bawak masuk dalam bilik. Simpannya tak tentu lagi. Letak kat bawah katil. Nak pakai je amik. Setel. Hahhahahaha


Banyak lagi sikap-sikap pemalas nauzubillah aku ni yang aku tak ketengahkan kat sini. Kalau cite semua kang mau takde orang masuk meminang weyyy. Hahhahahaa. The rest tu bior korang discover sendiri. :P


p/s : korang lak? takkan semua rajin kotttt. Heee

You Might Also Like

2 Comments

  1. pikah...mai lipat baju kt rumah k.tie meh..hehehhe

    ReplyDelete
  2. sy paling malaihhhh nak cuci kereta. Bila guna sampai berhabuk2 abah marah. Last2 hantar kedai g cuci kena smpai rm 10. pastu balik umah abah marah "kenapa tak basuh sendiri? bazir!"

    jeng. hahaha

    ReplyDelete

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers