ANDAI INI PELUANG TERAKHIRKU ...

12:20:00 AM



Fuhhh tajuk takleh blah. Hahhaha. Ni semua gara-gara feeling abes masa tengok cite Descendant of The Sun ep 5 tadi. Part yang buat aku terbawak-bawak sampai la ke solat isyak tadi, pastu sampai ke sekarang ni adalah part di mana Kang Mo Yeong drive kereta pastu terbabas then hanging kat tepi tebing tinggi tu. Well kalau dah nak ikutkan memang masa tu dia tengah facing maut kot. Any small movement can easily bring her down at any moment. 





Yang buat aku rasa terkesan sangat sampai sekarang tu, bila dia sempat lagi record voice note untuk mak dia. Bagitaw segala duit pencen dia semua. Mintak maaf kat mak dia, kenalan dia. Pada masa tu aku terfikir, untungnya orang yang dapat tinggalkan pesanan sebelum dia pergi. Sekurang-kurangnya dia ada tinggalkan jalan kepada orang yang bakal dia tinggalkan.


Itu cerita tu. Tapi untuk kita, akan dapatkah peluang sebegitu? Allahualam.. Kita sendiri pun tak tahu bila Allah nak panggil kita balik kan. So sementara masih ada peluang, sementara jari aku masih boleh menaip, aku nak laa jugak buat note terakhir kat sini. Hee. Walaupun aku tak tahu bila masa aku kan?


First sekali, aku nak mintak maaf banyak-banyak kepada semua reader aku, termasuklah kawan-kawan aku sedari tadika sampai lah ke sekarang ni. Sama ada yang personally kenal aku ataupun yang sekadar mengenali aku dalam blog ni. Maafkan segala keterlanjuran aku ye guys. Dalam aku dok bergurau, mungkin ada yang terasa walaupun aku tak bermaksud sebegitu pun kadang-kadang. Hee. Halalkan makan minum aku ek bagi mereka yang ada beri aku makan minum sepanjang hidup aku ni. Korang memang sahabat aku sampai mati lah. :)


Second pasal hutang. Aku tahu aku banyak lagi hutang yang tak dilangsaikan. Dan aku sendiri pun sedang berusaha untuk melangsaikan hutang-hutang aku. Huhuhu. Walaupun hutang ptptn tu tak tertanggung banyaknya tapi aku lagi concern hutang sesama manusia ni. Hee. For those yang telah banyak memberi pinjam kepada aku time aku susah, time aku sangat memerlukan, aku appreciate sangat-sangat. Tak semua orang boleh buat camne yang korang buat ni. Tenkiu sangat-sangat. Jangan risau aku ada simpan note jumlah hutang dan kepada siapa aku berhutang kat dalam phone aku. Dan aku ada pesan benda ni kat Teha. Harap Teha dapat cari note tu dan tunjukkan kepada keluarga aku ye. Tenkiu in advance Teha. Dan korang boleh contact family aku di alamat LOT 3036, Kampung Kuala Kujan, 28000 Temerloh, Pahang. Tapi mai bila aku dah takde jela ek. Jangan mai lagi skang ni mampoih aku kena parang ngan mak aku dok pinjam-pinjam duit orang ni. Hehhehee


Haa setakat ni tu je yang aku boleh pikir dulu. Hehehhe lain-lain pesanan untuk parents aku, family aku, mahupun orang tersayang aku takleh aaa tulis kat sini. Hat tu kena save dalam draf, serah kat pemegang amanah aku je. Hhehehee. 



Doakan aku ye korang. Semoga segala urusan aku di dunia mahupun di akhirat nanti dipermudahkan. Aminn ya rabbal alamin. :)

You Might Also Like

0 Comments

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers