ADAKAH ITU NIKMAT AFIQAH?

1:19:00 AM







A good friend of mine became down after facing some issues. Aku try to boost up spirit her again by giving this verse, tapi aku takut ayat aku mungkin too harsh for her. Tapi niat aku satu je, untuk dia kembali refleksi diri dia. Untuk membutakan segala kekurangannya, dan kembali celik dengan kelebihannya. 



Aku tidak pandai memberi nasihat, lagi kan pulak bermadah pujangga. Apa yang aku tahu, aku hanya mampu berkongsi resepi kekuatan yang aku pegang selama ini. Baik dalam mengharungi segala bentuk ujian mahupun motivasi diri, yang kadang-kadang aku sendiri rebah dalam timbunan kata-kata positif yang aku cuba bentengkan dalam diri aku.



Dan nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kamu dustakan? Nikmat yang paling besar dalam hidup kita, nikmat Iman dan nikmat Islam. Masya Allah. Yang tu paling tak terhitung besarnya. Kita lahir-lahir lagi membesar dalam Islam. Ada orang, sampai ke penghujung hidup dia pun masih tidak mendapat nikmat Islam. Tak ke nikmat namanya tu? Syukurlah. Allah memilih kita untuk merasai semua itu sedari lahir lagi.



Tiap kali aku rasa down, tiap kali aku rasa frust sebab tak dapat benda yang aku nak, ayat ni terus masuk dalam hati aku, menyucuk, pedih, tapi ada kebenarannya.



Ada orang kehilangan ibu bapanya sedari kecil,
Tapi kau masih berpeluang untuk tinggal bersama ibu bapamu sehingga kini.
Adakah itu nikmat Afiqah?



Ada yang tidak mempunyai pendengan dan penglihatan yang baik,
Kamu lengkap semuanya walaupun mata sedikit rabun dan telinga yang tersumbat sedikit.
Adakah itu nikmat Afiqah?



Ada yang sedang bertarung nyawa, ataupun menghidap asma sedari kecill sehingga susah untuk mereka bernafas,
Sedangkan kamu dengan selesanya menghirup udara segar setiap hari, tanpa perlu risaukan kesihatan kamu.
Adakah itu nikmat Afiqah?



Ada yang hidupnya berbumbungkan langit, berlantaikan tanah, bermandikan hujan.
Dan kamu masih boleh lena diatas hamparan tilam tebal, beranginkan kipis elektrik dan beralaskan bantal.
Adakah itu nikmat Afiqah?



Dan kembali menyoal diri kita sendiri, adakah segala benda yang kita dapat ini nikmat daripadaNya? 




Jika ya, alhamdulillah... ^.^,


You Might Also Like

0 Comments

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers