ENTRI KEPAM (terharunyaaaaa lahai aku dapat publish)

9:03:00 PM



uikss??

Ya Allah, ni merupakan entri tertangguh sejak few weeks before this. Kalau lah korang ada authority untuk check account blogger aku, nescaya korang akan nampak few drafts yang kepam dan simpan pastu dah tak taw nak sambung story tu camne. Ahahaha

So, doakan aku istiqomah dalam menaip entri kali ini ea. Jika aku berjaya mempublish entri, nescaya aku juga akan berjaya dalam wish list aku untuk bulan depan. Haa… wish list ape tu? Next next next next next entry aku akan cerita okey. Hee. Banyak promise aku kat korang ni kan? Teruk laa nak tunaikan nanti. Harap-harap takde laa yang tuntut nanti yedok? Hihihi J

Okey lah. Berbalik kepada motive utama aku tulis entri ni. Magaddd! Dah 3 paragraphs baru nak masuk cerita. Well, biasalah. Dah lama tak type entry panjang camni. Dragging magging intro tu pekara biasa. Mohon korang bersabar sementara nak tunggu main story entry ni. Mihmihmih

Okey la, ni last aku sebut okey. Okey. *eh*

Fineeee. Stop it Afiqah. Kang takde orang nak baca japgi. Baiklah tuan-tuan dan puan-puan. Sebenarnya saya nak bagitaw yang saya dah officially bekerja. Yippee! Kini dahku tidak lagi berasa sentap ketika mendengar lagu Aku Pengganggur. Bahahhaa.

Kerja apa? Kat mana? Bila start? Denggg. Bajet sungguh korang cam seprais pastu bertalu-talu soalan macam tu tuju kat aku. Kannn?

Sebelum tu aku nak tanya, korang pernah tak terbaca entry aku yang ni?






Meh sini nak cite, kat situlah aku kerja sekarang ni. Hehehe. Ya, Mega Prima Signcraft merupakan kedai printing milik bersama keluarga belah ayah aku. Kedai tu baru je bukak bulan 12 last year. So kira kami ni baru lagi lah nak bertapak ni. Lepas aku berhenti kerja customer servis dekat sebuah syarikat telco terkenal di Malaysia ni (ayat takleh blah, nak jugak skema cam ayat dalam paper. Hiks!), mak cik aku tengok aku cam jobless je. So dia pun ajak laa aku kerja sekali dengan dia. Dia suruh aku belajar design. Kutip ilmu habis-habis dari pak cik aku dan operation kedai tu. Since dia nampak aku cam berminat je dalam design mendesign ni kan.

Actually memang cita-cita aku dulu lepas SPM nak jadi designer. Hee. Siap pergi interview untuk course Seni Lukis dan Seni Reka UiTM dulu. Tapi bukan rezeki aku pada masa tu nak masuk course tu. Tu yang jadi titik mula aku tinggalkan dunia seni aku dan beralih arah pada bidang lain.

Sungguh. Memang lepas aku amik diploma, which is dalam course yang berbeza, aku rasa cam impossible dah nak turn back balik. Time nak apply degree, aku cam konpius-konpius dah pilih either nak sambung course yang sedia ada atau amik masscom (sebab masa tu aku rasa cam aku berminat dengan course journalism and broadcasting. Hahaha). Pikir punya pikir, aku continue jugak dengan course yang sama.

Haaa. Nampak tak betapa jauhnyaaaaaaa berlalu cita-cita aku nak jadi designer tu. Cam benda tu impossible sangat. Tapi, takde siapa sangka yang aku akhirnya dapat peluang untuk buat design and publish design aku walaupun ianya tak commercial sangat. Hahhaa

With zero knowledge about Adobe Illustrator and Photoshop, aku start belajar design banner dan bunting. First artwork aku, aku dapat task design bunting carta organisasi sekolah. Seharian aku amik masa nak buat artwork tu. Dari mula masuk kerja sampai laa kedai tutup. Lama kan? Tetiba aku rasa burden sorang buat benda tu. Pak cik aku tunjuk basic je. Yang lain tu pepandai lah aku explore sendiri.

Yela, first time design, apa yang korang expect. At the end, jadi jugak laa bunting aku tu. Cuma background dia jelaa yang slack sket. Hee. Tapi serious aku cakap, feeling bila korang tengok design yang korang buat tu bila dah print, dah boleh tengok kat luar dari screen computer, memang lain macam sungguh. Rasa bangga pun ada, terharu pun ada. Bangga gak laa walaupun design aku tak semenggah mana kannn. Kira okey laa untuk beginner cam aku ni. Huhu

Mula-mula tension jugak lah kerja. Tension sebab aku tak pandai nak main kaler lagi, tak pandai nak pick correct background semua. Budak praktikal kat sini pun buat kerja lagi laju dari aku (memang laa sebab diorang memang design punya budak. Aku jeee yang sesat. Hahaha). Tapi betul lah kata orang, pengalaman mematangkan kita. Cewahhh. Dari hari ke hari, makin banyak yang aku belajar. Dari buat bunting sekolah sampailah aku dapat buat backdrop untuk event ahli parlimen baru-baru ni. Haaa. Yang tu paling menggeletaq kepala lutut dok tunggu design approve dari diorang punya biro protocol. Yelah benda melibatkan orang besar ni mana boleh buat cikai-cikai je kan. 

La ni aku dah rasa cam lali dah. Slow-slow aku dapat catch up macam mana kerja under pressure. Huhu. Terus malas nak hantar resume kat mana-mana, rasa nak build up career aku dari bawah. Mana taw one day aku boleh jadi designer bertauliah ke kan. Hee. Kena start berangan balik laa Afiqah oooiiii. 

Okey. Tu jela aku nak cerita pasal kerja aku. Buat masa sekarang ni lah rezeki aku dan takkan aku sia-siakan peluang ni untuk cedok ilmu in industrial designing as much as possible. Wish me luck guys!


p/s : Esok first full gaji kite. Hewhewhew. KL jum uolss next sundayyy? Ahaks!


[ked's sketching]

You Might Also Like

0 Comments

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers