BUKAN ENTRY KAHWIN : LACE

10:06:00 PM

uikss??

Sebab apa aku tulis bukan entry kawen? Haaa. Sebab aku nak tulis pasal lace sebenarnya. Satgi kalau aku type tajuk LACE sahaja kang ramai lak yang tanya aku, eh, nak tunang dah ke? Takpun, untuk buat baju wedding ea Ked? Hiks! Perasan nauuuuu ada yang nak tanya kan kan?

Biasalah dah nak masuk suku abad ni, bertalu-talu wedding invitation masuk ke dalam inbox aku. Every month pulak tu. Yang diri sendiri ni ntah bilaa laaaa nak create event kat FB. Eh? Hehehe. Doa-doakan jela ek? Kalau ada, insya Allah akan ku jemput uolss semua datang majlis bahagiaku.

Ceritanya bulan depan member aku nak kawen. Maka berpakat lah ahli group Kite-kite Jewww untuk beli kain pasang sama-sama, buat baju. Kekonon nak jadi cam bride's maid laa kann. Kitorang decide nak kain plain je sebab senang. Kalau yang bercorak-corak ni kang fancy sangat.  

Bila dah plain ni, kenalah tambah accesssories sket kan nak bagi nampak cantik sket. So aku ingat nak letak lace. Cadangnya lah. Aku ni pulak bangsa tak pernah survey barang-barang jahitan ni. Idok lee aku taw yang lace ni mahal jugak. Aku ingat kan biasa-biasa je. 




























Sekali amik kauuuu puluh-puluh hengget semeter. Gulp! Kalau cenggini beli lace saje dah sama harga ngan upah baju ni. Aiseh. Kena cari port yang murah-murah jugak ni. 

Memandangkan reader blog aku yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan masyarakat, maka diri ku ingin bertanya lah kan, ada tak siapa-siapa yang taw mana-mana online shop yang jual lace dengan harga 10 hengget? Hee. Possible ke tak dapat harga tu yea kawan-kawan? Takpun boleh bagi guideline tak untuk emergency plan instead of nak letak lace kat baju tu. Huhuhu. Cewahhh. Kemain lagi aku ek. Padahal nak gi kenduri je ponnnn. Kikiki. Takpe lah kan? Background knowledge katenye. 


Yang noob bab-bab lace ni,

Ked Lee

You Might Also Like

0 Comments

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers