DAMAILAH DI SANA

11:40:00 PM


uikss??



better translate:

" Kau Grunge ke? " tanya aku kepada Fadil sebab tengok dia pakai spek bingkai hitam, baju lengan panjang berbutang rapat dengan tie yang dibuat longgar sedikit. " Tak, aku Banting." jawab Fadil selamber. " Kah, kah, kah " aku dengan Nur Mohd Hasnan Yunus gelak selepas buat muka bengong. Ayat yang spontan dari Fadil, jawapan yang lari dari topik buat aku dengan Hasnan gelak sakan. " Dil, lepas sekolah, kita cari ayah kau sama ea ", kata aku selepas dengar kisah dia yang jarang jumpa dengan ayah dia semenjak kecik. Semua tu lepas dah, lepas sekolah aku tak buat pun janji tu, minta maaf Fadil. Walaupun kita tak rapat, tapi kita kawan walaupun 2 tahun kenal. Al-fatihah sahabatku. Semoga kau aman di sana.


*************


maghrib tadi, satu batch aku dikejutkan dengan pemergian salah seorang batchmate aku, Fadhil setelah terlibat dengan kemalangan di Banting. tak sangka sampai sini je umur dia. dan tak sangka juga dia pergi pada umur 23 tahun, yakni sama umur dengan aku. Allahurabbi. perancangan dia takde siapa yang tahu. sampai masa dan ketika, tanpa sempat kita meminta tangguh, Dia akan datang menjemput kita.

buat rakan sebelah kelasku, Mohd Fadhil, semoga kau tenang di sana. al-Fatihah.


[ked's sketching]

You Might Also Like

5 Comments

  1. kero, aku tak pernah borak dengan arwah kot~~tak pernah tegur pun..sedih gile dengar arwah dah pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak ingat aku pernah ke tak tegur arwah, rasenye kalau selisih kat depan class dia tu aku takat senyum jela kot. huhuhu. tapi sedihnyee bila baca status ijak. wuuu..

      Delete
    2. kan???diorang yang rapat, mesti lagi sedih~~~

      Delete
    3. tu lah. semoga arwah padil ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman. aminn.

      Delete
  2. innalillahiwainnailahirrajiun..takziah atas pemergian kawan ked tu..

    ReplyDelete

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers