SEMENTARA BELIAU MASIH ADA

12:27:00 AM


uikss??




tatkala teman lain sibuk mempromosikan diri sendiri
demi pengalaman hidup bergaji
tersampai suatu berita dicupingku
akan secebis kisah pilu

rupanya
seorang sahabatku sedang berduka
rupanya
dia sedang menghimpun semangat
dalam menerima
suatu keadaan yang tak dijangka

bersabarlah wahai sahabat
hikmahnya tiada siapa dapat menebak bila
cuma satu yang ku tahu
syafaat yang kau bakal rasai amat besar
kerana apa yang kau lakukan bukan calang-calang
sementara beliau masih ada

beliaulah tulang belulangmu
beliaulah gumpal darahmu
dan beliaulah detik nadimu
redhalah atas ketentuanNya
teruskanlah menabur jasa
semoga doa kami mengiringi
kekuatan dan kesejahteraan
yang kau pohon pinjam buat masa ini

aminn aminn ya rabbal 'alamin


[ked's sketching]

You Might Also Like

0 Comments

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers