AGAK FRUST SEBENARNYA

1:48:00 AM


uikss??

at last, setelah 2 bulan melepak kat rumah sambil menanam anggur dan menternak lemak, akhirnya diri aku rasa terpanggil jugak untuk cari kerja since tension memikirkan dua bijik phone yang nak kena bertopup, pencuci muka yang dah tinggal hujung tutup je dan lip balm yang dah lama tak beli baru. stress woii takde duit nak beli ape yang kite nak!

lalu, semalam, dengan tekad dan semangat iltizam yang tinggi, aku pun berazam laa nak siapkan resume aku. haaa, percaye tak orang lain dah berpuluh-puluh resume hantar nak mintak kerja aku baru siap buat resume semalam. hehehe. kau hadooo?




aku beriya sangat siapkan resume tu sebab aku nak apply satu post ni, kat streamyx temerloh. aku ade tertengok iklan tu mase gi streamyx 2 minggu lepas. 2 minggu lepas tengok iklan, pastu berangan kemain nak kerja situ pastu nak gi anta resumenya arini? korang agak-agak dapat tak aku post tu?

dek sebabkan effort aku yang tak seberapa, tadi aku dah excited nak gi hantar resume tu, akhirnya hancur kecundang ditengah jalan bila aku tengok post tu dah tak available dah. kiranya dah ada orang isi dah. hailaa. padan lah ngan muka aku pun. dok berlenggah-lenggah lagi.

ekceli aku agak frust sebenarnya. sebab aku target nak cari kerja sementara la kat area rumah aku ni. sebab boleh jimat banyak kos dari segi sewa rumah, households, banyak lagi la. boleh la sementara tu aku nak saving sesikit nak kawen nanti. hahahaha. amboihhh, gatai nau bunyinye kan? bukan apa, simpanan untuk masa hadapan. kannnn?

bila dah jadi camni, aku apply jela kerja kat kl yang bersepah-sepah kat job street tu. kalau ade rezeki aku nanti, ade lah kan? malas nak pikir dah kerja kat mana-mana pun. rezeki kadang-kadang tak boleh nak expect kan kat mana. :)

sekarang ni doa jelaa kot-kot sangkut kat mana-mana company ea. untung-untung kalau dah ada duit sendiri nanti boleh buat give away yedak? korang jugak yang beruntung kannn. heee

aminn :)


[ked's sketching]

You Might Also Like

2 Comments

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers