TAK PERNAH LAGI RASA NERVOUS TENGOK PROGRAM REALITI MACAM NI..

7:52:00 PM


uikss??

dari pukul 6 petang tadi, sampai lah ke pukul 7. berdebar-debar aku tengok satu program realiti ni. sambil dok goreng cekodok ni untuk anas kunyah time tengok shin chan nanti, kejap-kejap tengok tv, kejap-kejap tengok tv. yelah, nak tengok siapa yang bakal tersingkir dalam minggu kedua ni dan dalam hati semoga peserta favourite aku tak tersingkir. 

Alhamdulillah. di penghujung rancangan, Nurul Syuhada Nurul Ain umumkan, tiada sebarang penyingkiran minggu ni. selamat semua peserta. huhuhu 

eh, nak taw tak program realiti apa yang mendebarkan aku ni?


haa, ini lah programnya. Da'i Pendakwah Milenia. program realiti terbaru di TV3 yang mencari pendakwah baru di zaman milenia ni. kebanyakkan da'i yang menyertai program ni aku tengok semuanya masih lagi dalam pengajian masing-masing di IPT. maksudnya, muda-muda belaka lah. diharap melalui program sebegini dapat melahirkan pendakwah muda yang dapat mendekati muslimin dan muslimat kita terutama sekali para belia dalam menyampaikan dakwah yang berkesan dihati kita semua. aminn.


eh, dah tu kenapa pulak aku nak nervous time penyingkiran tadi? bukannya aku peserta pun. haaa, nak taw sebabnya? sebabnya, dalam 12 orang peserta tu, ada seorang batchmate aku yang masuk. 

orangnya ialah Da'i Mohamad Hazwan Padzil *klik nama untuk tengok profile beliau* atau kitorang panggil dia Awe. tak sangka beliau terpilih untuk berada dalam kalangan 12 finalist untuk program Da'i ni. dari sekolah lagi, memang dah nampak ciri-ciri pemimpin dan da'i dalam diri Awe ni. kalau tak, masakan beliau dilantik sebagai presiden MPP masa zaman kitorang dulu. 

harapan kami, warga IMTIAZ 327 dan SBPI Temerloh, semoga rakan kami ini, Mohamad Hazwan kekal sehingga ke akhir pertandingan dan berjaya menjadi seorang Da'i yang dihormati ramai suatu hari nanti. aminn.

jum ramai-ramai kita sokong Da'i Hazwan! lepas ni boleh melekat kat depan TV3 setiap sabtu, pukul 6 petang untuk tengok rancangan ni. boleh jugak dapat input sedikit sebanyak kan. :)


p/s : tumpang bangga jap pernah sekelas dengan beliau masa form 2. eh, yeke? aku pun ingat-ingat lupa. tapi yang penting dia batchmate aku. huhuhu. 



[ked's sketching]

You Might Also Like

3 Comments

  1. aku kelas dengan beliau dari f1 sampai f5, beb~~haha

    ReplyDelete
  2. baguih noh, ingatkn layan kdrama je.. good2 :D

    ReplyDelete
  3. :) eh..baru ea?stiap sabtu try tgk la...

    ReplyDelete

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers