THE UNAWARENESS ME

2:39:00 PM


uikss??

unawareness. atau dalam bahasa pahangnya, ketidakcaknaan. memang sinonim sangat dengan aku. ada certain benda yang aku cakna, ada certain tak. contoh macam tadi ni, dah lapar-lapar study, tengok teha makan megi, aku jadi teringin la pulak nak makan megi. aku ingat, nak lah makan megi udang cap ibumie faveret aku tu. 

jenis aku masak megi, aku tak suka berkuah sangat. lagi-lagi kalau yang mee udang tu sebab kalau banyak kuah, rasa dia tawar sikit. so, biasanya, aku akan rebus dulu mee tu, lepas tu tinggalkan sedikit air, baru buat kuah. 

nak dijadikan cerita tadi, sementara menunggu mee tu siap di rebus, aku belek-belek la bungkusan mee tu. sebab, mee tu dah lama aku beli. dari bulan 9 tahun lepas lagi. sekali beli 2 bungkus sebab megi jenis tu takde kat puncak alam ni. 

sekali tengok-tengok expired date, 

" baik digunakan sebelum, 18/10/2012 "

what? bulan 10 expired? ni dah bulan berapa? bulan 1, 2013 pulak tu! ya ampunnnn! aku rasa dalam bulan-bulan lepas, ada je aku makan megi tu. tapi tak la pulak tergerak hati nak tengok expired date kat packaging tu. sekali bila tengok-tengok, aduyaiiiii~ dah expired la pulekkkk!

aku pun tengok la perencah dia tu, cam elok je. tapi, memandangkan lagi dua hari nak start final exam paper ni, memang aku avoid la untuk makan benda-benda yang boleh memudaratkan kesihatan ni. naye kat aku je kang kalau sakit perut dalam hall sabtu ni. tak nak lah aku!

habis tu, nak buat camne dengan mee yang dah direbus ni?


setelah melakukan perbincangan senat bersama teha, akhirnya kitorang decide nak buat murtabak megi je. kiranya, aku rebus lagi satu megi kari, tambah perencah kari sikit. maka, jadilah murtabak megi di tengah-tengah hari ni.


tadaaaaa! my first murtabak megi. okey tipu. yang aku punya uglyyyyy giler kat bawah. yang aku snap gambar atas-atas ni teha yang masak second round. kikiki

moral of the story, selalulah check korang punya expired date before makan. tu, dekat rumah ada sebotol jem tak luak-luak lagi. expired bulan 11 tahun lepas. muahaha. afiqah, afiqah. apa nak jadi la ni ntah. :P

p/s : daripada masak megi 5 minit, dah jadi setengah jam. 


[ked's sketching]

You Might Also Like

2 Comments

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers