STRESS AKU TENGOK DRAMA NIH!

1:16:00 PM


uikss??

cuti ni, aku ingat nak menjinak-jinakkan diri tengok drama korea. yela, selama ni variety show je yang aku layan. ada jugak try tengok diorang punya drama tapi paling lama aku boleh bertahan tengok dalam 30 minit jela. hahaha. tak taw kenapa aku tak boleh nak stick lama-lama tengok cerita korea ni.

nak di jadikan cerita, baru-baru ni aku bosan sangat. tak mau tengok Running Man dah. lenguh dah aku ulang 129 episodes semua tu. huhu. so, aku nak tengok One Pound Gospel. drama jepun yang aku download time exam aritu. tapi, since aku tak transfer lagi ke external hard disk aku, aku pun godek-godek jela apa yang ada dalam external ni.

godek punya godek, ternampak lah Nice Guy. eh, ni cerita yang Song Joong Ki berlakon! Lee Kwang Soo pun ada. diorang ni main cast dalam Running Man tapi Joong Ki dah keluar. teringin nak tengok Joong Ki berlakon, aku pun layan lah sat Nice Guy ni.


lepas 1 episode, terus tengok yang episode 2 punya. eh eh, cam best! wah, drama korea first yang aku tengok sampai dah masuk 6 episodes dah sekarang ni! sila masuk dalam buku teks sejarah penaklukan drama korea terhadap perempuan melayu yea murid-murid. hohoho

cerita ni memang best. dalam scenes serious macam part Kang Ma Roo (Joong Ki) dengan Han Jae Hee (Park Shi Yeon), ada diorang masukkan scenes bestfriend Ma Ru, Jae Gil (Kwang Soo) dengan adik Ma Roo, Choco. sebab aku suka Kwang Soo, memang tiap kali keluar muka dia, walaupun part serious, mesti aku gelak. puahahaa

kelakar camne pun, aku tetap stress dengan cerita ni! stress dengan watak Han Jae Hee tu la! eeee. muka dia memang mintak penampar sangat dalam tu. dengan muka mintak simpati 24/7 sedangkan semua yang terjadi tu sebab dia sendiri. dah la orang tolong pikul kesalahan dia, dia lagi nak hancurkan hidup orang tu. grrr~!


arghhh! stressnyeeeee! stress tengok muka tak bersalah Jae Hee tu. plus stress dengan sikap selfish dengan tak sedar diri dia tu. kalah tengok sinetron camni!

well, orang kata kalau kita geram dengan watak dalam sesuatu cerita tu, itu maksudnya, pelakon tu dah bawak role diorang dengan baik sekali. so, patut tak aku puji Park Shi Yeon sebab aku stress dengan watak dia dalam cerita ni? anda tentukan!

p/s : banyak lagi episodes tak cover ni. heaven nye dok umah! yeay!


[ked's sketching]

You Might Also Like

7 Comments

  1. http://hanumsahaja-26.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-dari-negeri.html follow 333.

    ReplyDelete
  2. cite ni best gile!!!!!
    even ramai kate bosan, bagi aku, die sangat best!!!!
    ending xleh nk agak sangat..haha..
    501 stars for Joongki n Moon Chae Won..haha..best couple tu~~haha..
    btw, watak kwangsoo byk kali nk kasi aku nanges..sedih sgt time die nanges nnt..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab aku stress sangat tengok cite ni aku dah beralih arah tengok reply 1997 sampai habis..
      boleh? hahahaha
      kau dah tengok yang tu nab?
      sumpah best giler!

      Delete
  3. ooo..korea ke...hahaha..klu lyn korea bkn setakat stress..sgala perasan akan kuar nnt :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru nak berjinak-jinak tengok cite korea katenye kak ayut..
      hehehe..
      sebelum ni layan cite jepon je..

      Delete

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers