HOME MADE AIS KRIM GORENG

10:08:00 PM

uikss??

ahad ni last payperrrr! yehaaaa. so, biasalah kalau dah last-last paper ni semua dah malas nak study. hmmm. ni gap 2 hari aku satu hape pun tak start lagi ni. kalau tak, biasanya siang tadi dah start buat note dah. tak taw lah kenapa malas sangat ni. nak cepat habis je exam pastu boleh balik rumah! 

actually, dari study week aritu lagi tiyah ada ajak weols buat roti goreng. tetiba tadi lepas maghrib, semua jadi tekad nak buat roti goreng tu. teringin katanya. dah hujung-hujung sem kan, balik nanti boleh try buat kat rumah. >.<


okey tuan-tuan dan puan-puan. selamat datang ke dapur 03-21. nak buat home made ais krim goreng ni tak susah, senang dan sangat tak makan cost pun. daripada korang beli kat luar, baik lah buat sendiri. jimat pun jimat.

bahan-bahannya adalah:
1 bantal roti gardenia sandwich yang paling panjang sekali
1 bekas ais krim (mengikut cita rasa masing-masing)
1 paket minyak (in case minyak yang tinggal kat dapur tu ala-ala cam boleh goreng telur sebijik je, baiklah kita beli minyak yang baru ea. hihihi)

cara-cara menghasilkan ais krim goreng terbaekkk dari dapur:
1. pergi beli barang-barang yang dikatakan itu. yelah, kalau takde barang camne nak masak yedak? :P
2. panaskan minyak dalam kuali. kena make sure minyak betul-betul panas sebab nanti nak goreng sekejap je ais krim tu.
3. cari 1 mug yang bibir dia macam lebar sikit. jangan yang tajam sangat, kang tak lekat pulak roti uols.
4. dah prepare semua tu, amik sekeping roti, letak 1 scope ais krim atas roti tu, lepas tu kapit roti tu dengan sekeping roti lagi. jangan letak banyak sangat ais krim sebab takut pecah roti tu nanti.
5. lepas tu, tekap roti yang dah letak ais krim kat tengah tu pakai mug. haa. ni untuk lekatkan roti tu. ala, yang macam kita cerap-cerapkan adunan biskut raya tu. kiranya mug tu macam acuan la. 
6. hasilnya nanti boleh tengok macam kat gambar nombor (2) tu. 
7. dah jadi macam tu, boleh terus masukkan kedalam kuali yang di panaskan tadi. goreng sekejap je taw sampai roti bertukar kaler ke perang-perangan. lepas tu cecepat angkat, letak dalam pinggan.
8. tada! dah siap dan boleh dimakan begitu saja! :)

nyum nyum. sedap! hah, lepas dah siap nanti cepat-cepat makan taw. takut ais krim cair nanti, tak sedap pulak. 

selamat mencuba! pesanan ikhlas dari dapur 03-21. :)

p/s : thanks dekat Jannah the Nanny sebab buat aku perasan yang aku terskip satu step penting kat resepi tadi. hehehe. sorry kat readers yang baca awal-awal tadi. :P


[ked's sketching]

You Might Also Like

18 Comments

  1. gilaaaa senang buat ais krim goreng.boleh la aku try kat umah time cuti sebulan ni.hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je weh..
      hah, buatlah.. pastu kau ajak aku datang makan bila dah buat nanti..
      muahahaha

      Delete
    2. haha,nak blaja masak katenye cuti sem ni,kira ni resepi baru yg senang utk aku buat.hahaha,kalau jadi baru bley ajak sifu datang merasa.heheh

      Delete
  2. niceee..tapi tak paham sangat..camne leh lekat dua roti tu? tak keluar2 ke aiskrim tu time goreng?

    sorry confius sket, mintak tlg masterchef terangkan sket.. hehe ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah la jannah..
      explanation kite tak terang sangat..
      terlupa part tekap pakai mug tu..
      huhu.. barulah roti tu boleh bercantum camtu..
      thanks sebab tanya..
      nak cepat tadi, terskip pulak tang paling crucial sekali..
      :)

      Delete
    2. haha..okes..dah paham dah..bleh buat pasni..thank uuuu

      Delete
  3. bnyk kali dengar pasal ice cream goreng ni.. tapi tak jugak pernah rasa..

    letak gmbr step2 dia...hehee :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa..
      tu tak sempat nak snap la zuan..
      ni pun nasib baik housemates aku sempat snap gambar..
      aku yang tukang menggorengnya kena fokus..
      kalau tak hangus nanti..
      ekeke

      Delete
  4. Hebat laa ked, k lin pon x tahu nk buat eskrem gorg nih..tu dah ade resepi leh nanti nk try...hehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. weols pun amik dari member resepi ni kak lin..
      ni first trial buat..
      nasib baik jadi..
      kalau tak, memang takde lah entry ni kat blog skang ni.. hehehe

      Delete
  5. Nyum Nyum .. lepas ni bole buat lg .. next sem kalu nak buat bgtau ye .. nnt bleh g umah .. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh datang bawak es krim skali ea kak zue..
      kikiki

      Delete
    2. bole2 .. nnt buat n beku kan dulu ek .. :)

      Delete
  6. weh..last aku mkn aiskrim goreng kat cheneh dulu..tetibe tgk ko wt entry ni..haha, teringat kot. ko antr la kt umh aku..nak rase gak owg tmerloh wat cane rase...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde maknenye orang temerloh buat ke, orang kuantan buat ke, semuanye same je kechek oooiii..
      aku pun last makan time plkn tu jugak..
      hehehe

      Delete

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers