DIA IBUKU, DIA AYAHKU..

8:55:00 AM

uikss??


jika suatu ketika nanti,
aku lupa akan diri ku,
aku lupa akan tanggungjawab kepada orang tua ku,
aku izinkan kamu,
tampar lah aku,
robek lah hati ku,
seperti mana aku merobek hati bonda ku,
seperti mana aku melumatkan perasaan ayahanda ku,
supaya aku,
dapat berdiri kembali di bumi nyata ini.
bumi yang tak mungkin dapat ku nikmati tanpa kewujudan mereka,
tanpa kesabaran mereka,
dan tanpa keikhlasan mereka.

doakan aku,
supaya menjadi anak yang solehah,
anak yang dapat berbakti kepada ibu bapanya,
anak yang menghargai kasih sayang ibu bapanya,
anak yang terlalu kasih kepada ibu bapanya.
dan anak yang boleh di sandar oleh kedua orang tuanya.


ibu, ayah, percayalah.
kalian berdua sudah sempurna di mataku.
dan aku dengan bangga memberitahu satu dunia,
bahawa aku adalah zuriat ibu dan ayah.


anakmu,
AFIQAH KHAIRUDDIN

You Might Also Like

2 Comments

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers