ANTARA MULTIPLE CHOICE DENGAN ESSAY

7:16:00 PM


uikss??

sempena minggu peperiksaan ini, maka, haruslah post aku berunsurkan peperiksaan jugak ye dak? hahaha. adoi laaa~ baru semalam kot habis satu paper. dah ni esok nak menghadap paper lain pulak. adat belajar lah katakan.

kalau nak di ikutkan past year questions, untuk subjek yang aku nak amik esok ni, semuanya dalam format essay. ada 6 soalan, jawap semua, dan semuanya essay. tapi, kali ni lain pulak. dengar ceritanya, diorang nak tukar format. daripada semua essay, jadi half-half. maksudnya kat sini, akan ada multiple choice 40 soalan, dan selebihnya tu essay. berkemungkinan essay tu dalam 3 ke 6 soalan. 


what? multiple choice? susah tuuuuu! aku tak tahu lah kalau korang rasa multiple choice tu lagi senang dari essay tapi kalau bagi aku, aku lagi prefer essay dari multiple choice. antara sebab-sebabnya ialah;


  • multiple choice, kalau salah, salah lah. tapi, kalau essay, even point kau salah, tapi explanation korang cam kena sikit dengan kehendak soalan, lecturer akan bagi markah jugak walaupun sikit. well, better sikit dari takde langsung kan?
  • multiple choice, kalau tak tahu, kau tikam, kalau kena dengan jawapan betul lah. kalau tak kena, salah. tapi, kalau essay, kau pakai hentam je tulis apa-apa pun sebab kau tak tahu apa, lecturer still akan bagi markah jugak. markah kesian katanya. okey lah tu dari takde.
  • multiple choice, pilihan jawapan biasanya dekat-dekat. dan kau akan rasa psycho kalau nak pilih jawapan. essay takde pilihan jawapan. kau bebas menulis sebanyak mana yang kau nak. asalkan ikut apa yang soalan nak.


member aku ada dengar, yang lecturer aku pernah cakap yang diorang nak buat multiple choice tu sebab nak suruh student baca semua topic dalam buku. waaaa~ masaklah camni!

" stress la dengan paper pasni. ada ke kali ni punya diorang nak buat multiple choice punya soalan. "
" okey lah tu. nanti kalau tak tahu, boleh baling dadu. :D "

okey my fruit heart. esok kalau kite tak tahu jawap, kite main baling dadu jela ea kat dalam hall. lepas tu, kalau invigilator tanya kenapa main baling- baling dadu ni? kite jawap, buah hati saya yang suruh encik. :P


p/s : second paper tomorrow evening. wish us luck!


[ked's sketching]

You Might Also Like

2 Comments

  1. gud luck boy...even aku pun prefer essay..senang nak tembak

    ReplyDelete
  2. ikut keadaan.. kalo akak habis review dan memang faham.. akak prefer multiple choice.. kalo tak abis review.. faham pun skit2.. prefer essay la.. sebab leh goreng sesedap rasa.. cukup 3 jenis huraian ngan contoh.. sure pass nya.. distinction tu nasib2 la..

    ReplyDelete

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers