TRAGEDI 1 PAGI : RUMAH ALMOST KENA PECAH!

2:20:00 AM

uikss??

shaking, trauma, nak menangis, semua dah bercampur-baur dengan perasaan aku sekarang ni. sekarang ni, aku dah paham macam mana perasaan kak jibah bila orang ketuk pintu rumah kitorang kuat-kuat sem lepas. ketuk rumah tahan lagi. ni kalau yang try nak bukak kunci gril rumah plus pusing-pusing tombol pintu lagi apa cer?


baru je setengah jam tadi. aku dengan kak lala tengah syok-syok tengok movie dekat ruang tamu. sekali, kak lala kata, dia dengar bunyi macam ada orang try nak bukak pintu rumah dia. aku kata, rumah orang depan kot. kak lala berkeras jugak kata yang memang tu bunyi pintu rumah dia sebab dia nampak bayang orang dekat bawah pintu rumah tu.

aku pun pause movie, senyap-senyap pergi belakang pintu, memang betul ada orang try nak bukak pintu rumah kitorang. aku dengar bunyi orang pusing-pusing kunci. aku pun suruh kak lala senyap, mintak dia suruh liya call budak lelaki yang rumah diorang kat blok belakang tu je datang tengok-tengokkan rumah kitorang. 

aku standby belakang pintu dengan pisau. menggigil-gigil nih pegang pisau. in case kalau diorang berjaya bukak pintu tu, aku nak kerat je tangan diorang yang tengah pegang tombol tu. jantung aku yang dah macam nak pecah ni tak payah cakap lah. dupdapdupdap macam nak tercabut dah rasanya memikirkan sebarang kemungkinan yang bakal terjadi.

dalam masa yang sama ni, aku nak sangat bukak pintu, nak tengok muka diorang. tapi, aku tak berani. takut diorang tahu yang rumah ni ada perempuan plus takut diorang apa-apakan aku pulak lepas tu. tak lama tu aku dengar macam kecoh-kecoh sikit kat luar. lepas tu, dengar orang bagi salam. rupa-rupanya eday. kitorang bukak pintu tengok budak-budak lelaki semua dah berkumpul kat luar.

eday cerita, diorang siap bawak besi bagai dari rumah. sampai-sampai depan rumah kitorang, memang ada orang kat depan pintu. mamat tu tetiba tanya dekat dia yang kunci rumah diorang yang ada tulis nombor rumah tu kat mana. konon-konon salah rumah lah tu. eday kata muka diorang suspicious giler tapi buat-buat cover macam takde pape jadi. tapi still boleh nampak muka kantoi diorang tu.

agak-agak la weh kalau kita salah rumah pun, takkan lah sampai 10-15 kali dok sibuk pusing-pusing kunci dekat luar? what daa? siap pulas-pulas tombol lagi! tu ke yang kau kata salah rumah! tak pun, kenapa kau tak ketuk pintu tanya? kenapa mesti try nak bukak jugak kan? nampak tak suspicious situ. pulak tu, siap bawak beg pulak tu! wallahualam beg tu besar mana tapi, kalau korang ada dekat tempat aku, apa yang korang dah pikir masa tu? 

pastu, aku tak berapa clear sangat apa yang jadi antara diorang, tapi mamat-mamat tu blah la lepas tu. at least, budak-budak ni dah tengok muka mamat-mamat tu so anything happen after this kitorang dah ada suspek lah. 

esok pagi, member-member aku ni kena call jugak owner rumah diorang, buat report dengan pak guard jugak. pesanan untuk kita semua, better pakai selak dekat front door. secure sikit. aku pun nak suruh owner aku pasang selak jugak lepas ni. 

sekarang ni, nak tidur pun tak berani. aku yang tadi dok ternguap-nguap tengok movie boleh jadi segar balik. ni lah first time perkara sebegini terjadi kat aku. 

ya Allah. selamatkanlah kami. lindungilah kami dari sebarang anasir-anasir jahat. lindungilah kami dari perbuatan manusia. kami bermohon berlindung di bawah kekuasaanMu ya Allah. hanya kepadaMu kami berserah dan hanya kepadaMu kami meminta pertolongan. aminn ya robbal 'alamin.

p/s : cerita full tak tahu lagi. ni baru raw. nanti bila dah tahu full story aku update lagi ea. sekarang ni aku nak pergi tidur dulu. nyte peeps!

p/s/s : dear, i'm so afraid. i need you. T.T


[ked's sketching]

You Might Also Like

0 Comments

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers