NOMBOR TELEFON MISTERI

9:22:00 PM


uikss??

pagi tadi, lepas aku berganding bahu menyuci toilet plus mencari solusi punca toilet aku tersumbat, aku perasan yang phone nokia aku off dengan sendirinya. okey, takpe lah. aku pun on la. kot-kot ada mesej penting masuk ke kan.

tettt tettt, tettt tett! bunyi mesej masuk. oh, ada missed call la dari 03-92077200 pukul 10 pagi tadi. eh, ini nombor office ni. aku cuak sikit kalau tengok nombor office naik ni. takut ada benda-benda penting yang aku ter miss. kalau nombor phone yang aku tak kenal, aku buat derk je. tapi ni sebab nombor office, aku beri pengecualian la.

aku pun called balik nombor tu. tak berangkat. call sekali sudah. hehehe. mana lah tahu kalau-kalau call tu dari office si baju biru ke. ada orang try nak contact aku pasal dia ke, apa ke kan. tu yang aku called balik tu.

but then, tetiba gatal je tangan aku nak google nombor tu. saje-saje je. kot-kot ada ye dak? sekali, bila google, memang ada la story disebalik nombor tu.


oh, memang ada issue rupanya pasal nombor tadi tu. bila baca komen kat bawah tu, baru aku tahu yang nombor tu relate dengan insurance dari BSN. aku memang ada account BSN tapi aku rasa dah tak active dah kot sebab last aku ada transaction dengan BSN ni zaman lepas sekolah kot. tu pun sebab aku nak kosongkan account aku.

kalau diorang offer aku insurance pun, celah mana aku nak cekau nak pergi bayar insurance tu tiap-tiap bulan? makan minum aku pun ibu aku support, kejadah sangat aku nak beli insurance. aiguuuu~

then, aku google lagi and aku terjumpa banyak lagi nombor rupanya yang ada berkait sedikit sebanyak dengan nombor tu. 


aku terjumpa dekat blog shazboy.com ni. thanks shaz for that sharing. 


aku share pasal benda ni bukan apa, untuk langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama, tak nak kita ni tertipu. dalam kes aku ni, since aku tak dapat nak bercakap dengan owner nombor tu, so, aku assume betul lah nombor tu dari insurance punya dealer based on same feedback from other commenters. kalau korang dapat call dari nombor-nombor macam tu dan katakan lah diorang jual insurance dari bank sekian-sekian, better korang call balik bank tersebut sebelum korang percaya bulat-bulat apa yang caller tu cakap. kadang-kadang, ada yang betul-betul daripada bank sekian-sekian tu dan benar-benar boleh dipercayai, tapi, pada masa yang sama, ada jugak yang pakai nama bank tertentu untuk menipu kita. nak percaya atau tak, terpulang pada kita. dalam masa yang sama, berhati-hati lah supaya kita tidak ditipu taw.

entry ini bukanlah untuk tidak menggalakkan korang untuk beli insurance, tapi sebagai langkah berhati-hati dalam pembelian insurance melalui dealer yang sah. :)


p/s : lega bila dapat tahu yang call tersebut takde kaitan dengan si baju biru kite. :3


[ked's sketching]

You Might Also Like

0 Comments

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers