AKU DAN SUSU

4:30:00 PM

uikss??

semalam time tengah melantak nasik dengan mell, teha dengan ika, ika ada tanya aku. dia kata, tengok aku ni kuat makan, tapi takde la selalu sangat makan. means that kejap-kejap makan, kejap-kejap kang cari makanan. aku cakap la, aku sekali makan, aku makan banyak-banyak. pastu, sekarang ni kalau lapar, aku cari susu. pastu, teha pun kata, eh, bukan kalau minum susu makin besar ke? aku pun, what! makin besar? yelah, macam baby kan. kan baby bila minum susu makin besar.

aku pun terpikir. alamak! macam mana ni? betul ke teori tu? macam mana aku nak hidup tanpa susu didada. eh, silap! susu dalam kehidupan aku yang penuh dengan warna-warni ni. oh, tak dapat aku nak bayangkan. kehidupan aku sebegitu. sobssss

aku stop minum susu botol pun agak lambat la aku rasa. masa tu aku darjah 1. balik sekolah berkejar minum susu. aku stop pun bila nenek aku kata, "awak tak malu ke dengan kawan-kawan awak dah masuk darjah 1 pun hisap botol susu lagi ". start pada tu, aku terus berhenti. dah berhenti susu, gila dekat milo pulak. mana tak nya, pagi-pagi before pergi sekolah ibu dok buat air milo je. see, susu lagi kat situ.

sampai lah sekarang. lagi-lagi aku dah jumpa alternatif lain untuk ganti milo yakni susu dutch lady coklat. dok menghadap benda tu jelah sekarang ni. beli 1 pack besar sekali, masuk dalam balang besar, 3 minggu dah mula mendap balang tu. ah sudah. kuat minum susu nau aku ni.



tiyah pernah tengok diet yang sesuai dengan blood type aku iaitu A. dia cakap aku kena kurangkan produk tenusu. what? my life without milk? 

susu. aku membesar pun dengan susu, sakit perut minum susu, lapar cari susu, alas perut dengan susu. hah, camne nih nak berpisah dengan susu? tskk tskk

actually kan, betul ke minum susu ni makin besar?hmmmm...


[ked's sketching]

You Might Also Like

2 Comments

  1. eh,sama lah blood type kita,darah jenis A..akak pernah baca jugak org darah A xblh minum susu sgt tp akak pun gler dgn susu..bg akak,xkisah lah asalkan akak sihat n xgemuk sgt,kalau rasa gemuk, diet n bersenam jela,betul x?hihi..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh.. tak sangke kite same blodd type.. hehe.. ade chemistry kite 2 ni kak.. :)
      tak leh nak tinggal susu la.. penting tu.. saye setuju dengan kak nasha.. amalkan cara hidup yang sihat kan? padahal saye exercise pun naik turun tangge je tiap hari.. kuikuikui

      Delete

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers