MELLOW MONDAY

10:23:00 AM


uikss??

pejam celik, pejam celik. dah sampai monday. oh, mellow monday. tapi kekadang tak rasa sangat ke'isnin'an hari ni. sebab hari isnin aku cuma ada SATU class je. pulak tu, pukul 2.30 petang kang baru start class. haish, memang dah cam malas-malas jelah nak ke class kan.

esok cuti! haila, kalau tak mengenangkan kitorang kena tunjuk design bilik, dah lama aku skip balik kampung. hehehe. yelah, imagine kalau dari petang khamis last week aku balik sampai selasa ni. uish, dah cam cuti mid sem dah tu. ekeke. 

serabut-serabut ni mulalah rasa nak balik rumah. nak tenangkan diri. yelah, kalau duduk kat rumah time cuti-cuti sekolah ni, ada lah adik-adik nak menghiburkan hati yang lara ni. ibuuuu, kak long nak balik rumahhhh! TT____TT

by the way, semalam berkampung jap sepetang dekat rumah budak-budak ni siapkan design bilik. pakai google sketch up je uols. mula-mula tu cam blank jugak lah nak buat camne. aku siap google tutorial kat youtube lagi pun tak jumpa betul-betul tutorial yang menepati kehendak aku. nasib baik la buat beramai-ramai 3 group sekali. kalau tak, azab la dok tergedik-gedik depan youtube tengok tutorial sesorang. hohoho


haahaha. masa ni pun aku dah complicated nak memikirkan camne nak tutup ruang yang terbuka tu plus nak buat balcony situ. try punya try, dapat tutup hujung tu. dengan bantuan budak-budak ni, jadilah balcony kat hujung tu. >.<




tetiba teruja pulak nak tunggu sampai final assignments kitorang nanti. ntah apa lah jadinya dekat bilik yang kitorang nak renovate tu nanti. kalau nak taw, kena stay tune sampai habis aku study subjek ni lah ek. wah! cam reality show pulak kan. hihihi

eh, dah pukul 10 lebih laaa. aku nak sambung tidur jap lah. ala, class lambat lagi kan. :P



p/s : baru siap naik dinding dah selok post kat blog. well, adorable afiqah kan? :3


[ked's sketching]

You Might Also Like

0 Comments

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers