MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH HENDAK KAMU DUSTAKAN?

9:40:00 PM

uikss??


punyai peluang menghirup udara segar di muka bumi ini
suatu nikmat.

punyai kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan
suatu nikmat.

punyai kudrat untuk menunaikan ibadah wajib dan sunat
suatu nikmat.

punyai perasaan belas kasihan, kasih sayang
suatu nikmat.

punyai akal fikiran yang bernas dan waras
suatu nikmat.

punyai kesempatan untuk mencedok ilmu dunia dan akhirat
suatu nikmat.

punyai sumber utuh berbelanja walaupun sedikit
suatu nikmat.

punyai kebebasan untuk bersuara, meluahkan isi hati
suatu nikmat.

punyai detik untuk berkongsi gembira
suatu nikmat.

punyai masa meskipun cuma duka
suatu nikmat.

punyai kesulitan dalam mengharungi ranjau kehidupan
suatu nikmat.

punyai mereka yang sering mengingati
suatu nikmat.

punyai iman yang berdenyut seiring denyutan nadi
suatu nikmat.

dan akhir sekali
punyai agama Islam yang tak mungkin ku tukar ganti
merupakan suatu nikmat yang paling besar dalam hidupku

maka, nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kamu dustakan?
ya Allah, tak terhitung rasanya nikmatMu padaku. tapi, hambaMu ini masih tidak malu untuk mengemis dan meminta-mintaMu menyegerakan nikmatMu yang lain. ampunkan hambaMu ini ya Allah. ampunkan diriku yang hina ini kerana terlalu banyak meminta-minta dariMu. walhal, apa yang aku dapat lebih cukup dari apa yang ku perlu. ampun kan aku yang tidak tahu bersyukur ya Allah. ampunkan segala ketelanjuranku dalam meminta nikmatMu sedangkan aku tidak layak untuk semua itu. ampunkan aku kerana terlalu banyak yang aku pinta untuk diriku, tetapi tidak untuk saudara-saudaraku yang lain. ya Allah, berikanlah aku peluang. berikanlah aku kesempatan, untuk belajar menerima segala nikmatMu serta mensyukuri segala-galanya yang telah Kau berikan kepadaku.

terima kasih ya Allah. terima kasih atas segala nikmatMu. 


[ked's sketching]

You Might Also Like

1 Comments

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers