Sunday, August 5, 2012

THANK YOU DATO' LEE CHONG WEI


uikss??

sebelum itu, saya nak tujukan sebuah lagu untuk dato'. terimalah sebuah lagu daripada saya yang bertajuk, gemuruh suara.

Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.

Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!

Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,


Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!!

Kita bergandingan,
Meraikan Malaysia!

dato', walaupun nasib tidak menyebelahi kita, namun sebagai rakyat malaysia, saya berbangga dengan datuk kerana dato' berjaya menyatu padukan kami, 28 juta rakyat malaysia untuk bersama-sama dato' berjuang demi 1 matlamat iaitu mendapatkan kemenangan negara. 


dato', janganlah dato' bersedih. kami paham yang tanggungjawab yang dato' pikul itu sudah cukup berat dan kalau kami berada di tempat dato' pun, belum tentu kami dapat melakukan seperti mana yang dato' berjaya lakukan pada malam ini.


dan dato', ketahuilah dato', sungguh pun lin dan berjaya mendapatkan emas, namun dato' lebih istimewa kerana dato' telah mendapat tabik dan penghormatan daripada kami, rakyat malaysia.


forever our hero. dato' lee chong wei.


sumber lirik : lirik lagu muzika

p/s : terharu plus sedih sangat bila dato' lee chong wei mintak maaf kat kita semua sebab tak dapat bawak balik emas. 

[ked's sketching]

1 comment:

  1. setuju!heheh, tanpa mengira agama, bangsa, keturunan dll semuanya berkampung di depan TV. takpe 4 tahun lagi harap2 Lin Dan dah pencen hehehe...

    ReplyDelete

Feel free to drop your comments here! :)