SIAPA NAK DUIT RAYA?

12:00:00 PM


uikss??

siapa kat sini nak duit raya hempas laptop beramai-ramai please! hehe. takde lah, semenjak masuk umur 20 an ni, semangat nak bagi duit raya kat sepupu sepapat membuak-buak. yelah, tengok cousins yang atas kita dah kerja cam best je bagi duit raya kat kitorang yang bawah-bawah ni.

pagi semalam, aku tak tahu lah kalau kat tempat korang pun sama cam kitorang gak tapi selalunya 27 ramadhan kitorang akan ziarah kubur, adakan bacaan tahlil kat situ. biasalah kalau tahlil mesti lah dapat duit. hehe. pulak dah kali ni turn ayah aku yang sponsor duit tahlil. maka, dapatlah kitorang adik beradik duit lebih. terkesima jap dapat duit seringgit baru. first time taw ni.


then, salam-salam dengan atuk sedara aku yang baru je tukar duit dia kepada satu envelope not 20 ringgit, dapat lah merasa 80 ringgit dah kat situ. kikiki. wah, banyaknya duit raya advance yang aku dapat. aku pun cakap lah kat ibu, " ibu, tahun ni kak long nak bagi duit raya lah. boleh rolling duit ni je. "

sekali ibu cakap, " eleh, awak tu diri sendiri pun tak mampu nak sara, ni nak bagi duit kat orang pulak. tak payah! "

okey fine! dear my cousins, tunggu lah raya tahun depan insya Allah baru boleh merasa duit raya dari kak long ni hah. hahaha



[ked's sketching]

You Might Also Like

0 Comments

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers