POLTERABEND? apakah itu?

2:04:00 AM


uikss??

first of all, since aku cam bosan-bosan takde idea nak update blog ni, aku pun godek-godek la draft tengok mana-mana entry yang tak terpublish lagi kan. then aku terjumpa la entry ni. mak ooooii! sungguh lama dah aku type entry ni. pastu dok terkepam dalam draft. hehe. layan jela ek.

again! subject BEL sem ni banyak berikan idea yang bernas untuk aku update blog. kalau before this, aku ade cite pasal WORLD WEIRDEST TOURISTS ATTRACTIONS yang di present by faris aritu kan, arini aku nak amik tajuk hana pulak. aku tertarik dengan tajuk die iaitu GERMAN WEDDING CEREMONY. 

sebelum tu, mari kita menonton video ini dulu. oyehhh!


okey. what is Polterabend? Polterabend merujuk kepada 1 tradition wedding di German di mana tetamu akan memecahkan kepingan-kepingan porcelins ataupun ceramics beramai-ramai dengan cara membalingnya ke dinding rumah pengantin perempuan. Upacara ini dipercayai untuk membawa tuah kepada pasangan pengantin. Biasanya, pengunjung akan membaling sehari sebelum wedding ceremony itu bermula.
Segala jenis barang ceramics seperti cawan, pinggan, pasu bunga, even toilet bowl pon boleh dibaling. Jangan terkejut kalau korang tengok orang German bawak toliet bowl ramai-ramai pastu baling ke dinding. Tapi, barangan yang diperbuat daripada kaca amatlah dilarang sama sekali untuk dibaling. Ini kerana, kaca melambangkan kebahagiaan yang tidak sepatutnya dipecahkan. Bgeitu juga dengan cermin. Sebab mereka percaya, jika sesebuah cermin itu pecah, mereka akan ditimpa nasib malang selama 7 tahun. Uishhh, lama sungguh tuuu.
Selain itu, pengantin jugak dikehendaki supaya membersihkan tempat yang berlakunya Polterabend itu tadi sejurus sahaja upacara itu selesai. Ini kerana, terdapat simboliknya juga di situ. Ini menandakan bahawa pasangan itu mesti bersedia untuk menghadapi saat genting dan juga halangan yang bakal berlaku sepanjang perkahwinan mereka tadi. Supaya mereka dapat mengharunginya bersama-sama. Samalah macam mereka membersihan serpihan-serpihan porcelin yang dibaling tu. Ooo.. itu maksudnya rupanya.
source : Wikipedia
p/s : kat malaysia ni pun ada jugak adat polterabend ni. haaa, yang tu untuk pasangan yang dah berkahwin. props tak kisah, asalkan mudah dan ringan untuk dicapai. contohnya, pinggan mangkuk. biasanya terjadi ketika sedang bergaduh. Hehe
[ked's sketching]

You Might Also Like

6 Comments

  1. kat malaysia memang femes dengan piring terbang time suami mintak kahwin 1 lagi. hahahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha...funny...boleh gak kalau nak buat mcm tu time kahwin, sure kena libas dengan mak ayah sedara mara plak heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mau tak pecah dinding umah yang dah siap cantik bercat kak faye bile kite lempar segale bende tu.. hehe

      Delete
    2. lepas tu siap ada acara gusti hahahha...dah ke lain pulak kekeke...

      Delete
    3. uishh.. tu dah boleh training untuk olympic 2016 dah tu.. hehe

      Delete

Feel free to drop your comments here! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SKETCH'S PATH

Daisypath Anniversary tickers